Malang tidak berbau apabila seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban di Rantau Panjang mengalami pendarahan teruk di kepalanya.
Semuanya selepas dia dirempuh keretapi pada Selasa. Mangsa, Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, 9 dikatakan berbasikal jam 5.30 petang dan dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Kampung Rasal.
Sinar Harian melaporkan ketika dia sedang melintasi landasan, bahagian belakang tayar basikalnya dirempuh keretapi dan menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 3 meter.
Kredit foto: Sinar Harian
“Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan, doktor mengesahkan Muhammad Amirul Hakimi mengalami pendarahan di kepala," ujar ibu saudaranya, Rohaida Yaakub.
Difahamkan, pihak doktor meminta Muhammad Amirul untuk menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk membuang ketulan darah di kepalanya. - CARI |