Penyanyi Chris Brown sekali lagi berdepan dengan masalah undang-undang kerana memiliki seekor monyet liar jenis capuchin secara haram. Pihak berkuasa menerima laporan orang ramai apabila beliau didapati memuat naik beberapa keeping gambar monyet itu di media sosialnya.
Kredit foto: TMZ
Monyet itu, yang dinamakan Fiji, telah dirampas oleh Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar California selepas pihak itu mendapat waran untuk menggeledah rumah Brown. Menurut kenyataan pihak berkuasa, monyet itu kini dalam jagaan mereka dan berada dalam keadaan baik.
Kredit foto: The Inquisitr
Brown dikatakan membeli haiwan itu sebagai hadiah kepada anaknya, Royalty. Monyet jenis capuchin adalah haiwan larangan dengan berat kurang 10 pound. Sebarang pemilikan atau penggunaan dalam filem atau TV perlulah mendapat kebenaran.
Menurut jurucakap mahkamah, Brown akan dibicarakan pada 6 Februari atas dua kesalahan memiliki haiwan eksotik tanpa permit. Sekiranya didapati bersalah, Brown bakal dikenakan hukuman penjara 6 bulan. Wakil Brown yang dihubungi BuzzFeed News tidak memberikan sebarang ulasan.
Kredit foto: dird.md
Pihak berkuasa sering mendapat maklumat orang awam berkaitan selebriti yang memiliki haiwan terancam secara haram hasil posting mereka di media social. Awal bulan ini, seorang lelaki di Los Angeles didakwa di mahkamah kerana memiliki secara haram iaitu seekor anak harimau yang muncul dalam video Youtube Logan Paul.
Ini bukan kali pertama Chris Brown berdepan masalah perundangan. Sebelumnya, dia pernah didakwa kerana mengugut akan membunuh teman wanitanya Karrueche Tran pada tahun 2017. Sebelumnya dia menerima hukuman 5 tahun tempoh percubaan kerana membelasah teman wanitanya, Rihanna pada tahun 2015.
Kredit foto: YouTube
Nampaknya, kali ini mangsa Chris Brown adalah seekor monyet eksotik dan dia bakal berdepan hukuman 6 bulan penjara. Semoga menjadi pengajaran untuk orang awam dan selebriti yang lain. -CARI |