View: 2238|Reply: 8
|
'Baby Shower' Meghan Markle Cecah ASD200 Ribu!
[Copy link]
|
|
Pada 23 Februari lalu, Meghan Markle mengadakan majlis 'baby shower' untuk bayi dalam kandungannya yang kini berusia tujuh bulan.
Dilaporkan, majlis yang dihoskan kawan baiknya sendiri iaitu Serena Williams dan Amal Clooney telah menelan perbelanjaan mencecah ASD200 ribu.
Serena Williams bukan sahaja menjadi hos dalam majlis berkenaan, malah turut menajanya. Serena disifatkan netizen sebagai seorang rakan yang sungguh berguna kerana dia juga merupakan salah seorang rakan yang memperkenalkan Duchess of Sussex itu dengan Putera Harry.
Foto: HOLA! USA
Meghan Markle juga dilaporkan menaiki jet peribadi milik rakannya untuk ke New York sebagai hadiah kepadanya.
"Tak pernah lihat majlis semewah itu," kata salah seorang rakannya yang berkongsi tentang suasana majlis tersebut.
Majlis tersebut dijalankan di sebuah penthouse di New York City yang berharga ASD75 ribu satu malam. Antara yang turut hadir ialah Misha Nonoo dan Markus Anderson.
Sementara itu, bekas pelayan Puteri Diana, Paul Barrel juga khabarnya tidak bersetuju dengan majlis mewah yang diadakannya.
Foto: SplashNews
Selain itu, penulis buku 'A Biography of a Prince" juga ada menyatakan bahawa suaminya perlu mendidik Meghan dengan lebih baik jika tidak mahu negara mereka dikritik lebih hebat. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Org belanja.. apa nk mrh. Bkn pakai duit kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni iols xstujuk ngan cara meghan ni. Tapi kalu majlis sheols ditaja oleh serena, iols tutup sblah mata je. Jadahnya nak tego, is not the taxpayers money pun. |
|
|
|
|
|
|
|
la org lain yg bayo..................... |
|
|
|
|
|
|
|
member payung sis
marhaen brits nak marah dah kenapa
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang lain bayar pun jadi hal.
Kesian juga jadi Meghan ni. Serba tak kena yer. |
|
|
|
|
|
|
|
orang bagi hadiahkan baik ambik kenapa nak tolak benda baik terima sahajalah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|