View: 1043|Reply: 1
|
Dayung Sampan Untuk Jual Insurans
[Copy link]
|
|
BEIJING 26 Feb. - Seorang ejen insurans dari Chongqing, China memilih untuk menggunakan berdayung sejauh satu kilometer menggunakan papan luncur umenyeberang Sungai Yangtze dari rumahnya semata-mata untuk mengelak kesesakan lalu lintas ke tempat kerja.
Portal Oddity Central melaporkan, Liu Fucao yang menjual insurans di daerah Wanzhou Chongqing itu telah berjaya mengurangkan masa perjalanan dari sejam ke enam minit sahaja.
Liu akan menyimpan barang-barangnya seperti komputer riba dan blazernya di dalam beg kalis air sebelum berdayung atas papan luncur air sejauh lebih satu kilometer sehala setiap hari.
Apabila tiba di darat, Liu memakai jaket, stokin dan kasut sebelum berjalan dengan papan dayung ke tempat kerjanya.
“Lebih satu kilometer (berdayung menyeberangi sungai) tetapi jika memandu, saya perlu membuat lencongan ke tempat kerja.
“Saya hanya mengambil masa enam minit untuk menyeberangi sungai,” katanya.
Cara Liu ke tempat kerjanya itu telah menjadi tular di media sosial dan membuatkan orang ramai kagum namun dia menasihatkan mereka supaya tidak mencubanya tanpa menjalani latihan serta menggunakan peralatan keselamatan profesional. -AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Life insurance utk diri sendiri kena byr mahal jgk lah kan sbb berdepan risiko tinggi tiap2 hari dgn berdayung sampan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|