View: 9134|Reply: 21
|
Satu Pulau, Tapi Dimiliki Dua Negara?
[Copy link]
|
|
Pelik tapi benar! Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat satu pulau di Borneo yang dikongsi pemilikannya oleh Malaysia dan Indonesia, iaitu Pulau Sebatik.
Bahagian utara pulau ini dimiliki oleh Malaysia manakala bahagian selatannya dimiliki oleh Indonesia.
Sumber foto: Imej daripada Google
Pulau yang berkeluasan lebih kurang 452 kilometer persegi ini didiami hampir 100,000 penduduk di kedua-dua bahagian. Perjalanan dari bandar terdekat di Indonesia, iaitu Nunukan mengambil masa lebih kurang 30 minit menggunakan bot kecil. Perjalanan dari bandar terdekat di Malaysia, iaitu Tawau, Sabah mengambil masa yang lebih singkat iaitu sekitar 15 minit sahaja dengan menggunakan bot juga.
Penduduk di Pulau Sebatik lebih cenderung untuk ke Tawau bagi mendapatkan barangan keperluan harian mereka kerana ia lebih dekat dan murah kosnya berbanding ke Nunukan. Urusan jual-beli di Pulau Sebatik juga menggunakan kedua-dua matawang Ringgit dan Rupiah. Jadi, anda tidak perlu risau akan masalah kekangan bahasa dan budaya. Barangan yang dijual di sini juga kebanyakannya adalah barangan buatan Malaysia!
Yang menariknya, terdapat satu rumah yang secara geografinya terletak di kedua-dua negara kerana ruang tamunya berada di bahagian Indonesia manakala ruang dapurnya berada di bahagian Malaysia. Rumah ini sering menjadi kunjungan pelawat ke Pulau Sebatik disebabkan keunikannya.
Pemiliknya yang bernama Mangapara juga tidak jemu dengan kunjungan pelawat yang ingin merasai sendiri keadaan di dalam rumah dua negara ini.
Rumah yang berada di sempadan antara Malaysia dengan Indonesia (Sumber: Imej Google)
Bagi yang ingin berkunjung ke pulau dua negara ini, anda tidak perlu menggunakan pasport. Pengunjung hanya perlu mendapatkan pas masuk sahaja untuk keluar dan masuk ke pulau ini. Kalau anda tidak mabuk laut dan ingin merasai pengalaman berada di pulau dua negara, apa kata anda jadikan Pulau Sebatik sebagai destinasi pelancongan yang seterusnya? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik, baru tau..
Boleh masuk dlm wishlist ni |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa..sila2..Blh amik flight direct ke Tawau
|
|
|
|
|
|
|
|
dengan tanah terus dia claim ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tp pelik gak manusia ni, rumah mangapara tu jadi kunjungan for stupid reason. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti byk kes penyeludupan barang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang peliknya? Pulau Borneo pun dikongsi 2 negara.. Tak gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
borneo.. 3 negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik? borneo pon dua negara jugak |
|
|
|
|
|
|
|
zacEfron replied at 26-2-2019 11:03 AM
borneo.. 3 negara..
yup...Msia,INDON,Brunei... |
|
|
|
|
|
|
|
haha..kann? Tapi Mangapara tu pun mesti suka sebab maybe dia dapat la kutip bayaran masuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tengok dlm satu video yang barangan Malaysia byk dibawa ke Indo sebab lagi murah cthnya mcm gula, beras...
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak jer 1 pulau share ngan other country..
contoh:
1. Saint Martin : France & Belanda
2. Market Is : Sweden & Finland
3. Dall Is : USA & Canada
4. New Guinea: Papua NG & Indonesia
eh byk la.. |
|
|
|
|
|
|
|
next article...idea ni
|
|
|
|
|
|
|
|
1st tine dengar nama pulau Sebatik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik juga baru tau kewujudan pulau ni |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik gak ni..boleh plan visit ke sana.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|