Seorang juruterbang dirakam tertidur di dalam kokpit ketika sedang bertugas dan dirakam pembantunya.
Memetik Mirror, video memalukan itu tersebar beberapa hari selepas juruterbang syarikat berkenaan menamatkan mogok selama tujuh hari berhubung isu juruterbang keletihan dan waktu kerja yang panjang.
Kredit foto: AsiaWire
Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit tampil menjelaskan bahawa klip video berkenaan dirakam sebelum kejadian mogok tersebut berlaku.
Video itu memaparkan seorang juruterbang dengan pengalaman hampir 20 tahun tidur lena ketika sedang bertugas.
Lelaki itu juga dipercayai merupakan salah seorang pengajar yang mengendalikan simulasi di Pusat Latihan Penerbangan China.
Kredit foto: Shutterstock
Dalam satu kenyatannya, syarikat penerbangan itu berkata, juruterbang terbabit berdepan dakwaan termasuk mengabaikan prosedur keselamatan dan dia akan menerima hukuman setimpal atas kelakuannya itu.
Syarikat penerbangan itu juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menghukum pembantu juruterbang yang merakam dan menyebarkan video berkenaan kerana memilih untuk merakam daripada mengejutkan pegawai kanannya itu. - CARI
|