CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 8

Konon Nak Pinjam Tandas, Remaja Disamun Kawan Sendiri

[Copy link]
Post time 18-2-2019 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Tergamak seorang sahabat mengkhianati kepercayaan dengan menyamun rakannya sendiri.


Memetik Sinar Harian, remaja lelaki berusia 19 tahun disamun tiga individu selepas membenarkan rakannya menggunakan tandas di rumahnya di Jalan Petani, Kuala Terengganu, kira-kira 6.30 pagi kelmarin.




Kredit foto: Sinar Harian




Sebelum kejadian, mangsa didatangi rakannya yang meminta izin untuk menggunakan tandas di rumahnya.


Suspek kemudian meletakkan pisau ke leher mangsa sebelum dua lelaki lain masuk dan memegang kedua-dua tangan remaja itu. Difahamkan, mangsa mengenali salah seorang daripada dua lelaki berkenaan.


Menurut sumber, ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menaiki Proton Wira selepas mengambil wang berjumlah RM500 dari dalam beg mangsa yang berada di ruang tamu.


Polis kemudian menahan tiga lelaki berusia 17 dan 21 tahun di dua lokasi berbeza pada hari sama sebaik menerima laporan daripada mangsa.


Kesemua suspek direman enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 02:31 PM | Show all posts
ishh pergilah cari kerjaa ni merompak orang pulak, bukan tubuh badan cacat  ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:34 PM | Show all posts
Babi punya kawan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:43 PM | Show all posts
bangang g samun member sendiri..da sah2 la polis senang cari sbb mangsa kenal ko
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:56 PM | Show all posts
macam ni panggil kawan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya pencuri nie....huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak dibunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:42 PM | Show all posts
aku rasa setakat kenal gitu2 ja.... pastu nak pinjam toilet.

wartawan nak kasi sedap cerita kata kawan....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 11:05 AM | Show all posts
ko kena ngaji ngan botak chin n robin hood dulu dek

kalo nak involved dgn lebih profesional lg dlm bidang rompak rompakan nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.399278 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list