CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1931|Reply: 10

Ibu Bapa Rendam Anak Dalam Asid Untuk Sembunyikan Kematian

[Copy link]
Post time 18-2-2019 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami isteri ditahan selepas mayat anak perempuan mereka ditemui di dalam baldi berisi asid.








Mirror melaporkan, Monica Yvonne Dominguez, 37, dan Gerardo Zavala Loredo, 32, ditahan di Laredo, Texas pada minggu lalu selepas mendapat maklumat daripada jiran yang berasa curiga.


Menurut KGNS.net, pasangan itu didakwa cuba menyembunyikan kematian Rebecka Zavala, 3 dengan menghapuskan mayat mangsa.


Polis meminta bantuan bomba selepas gagal menemui kanak-kanak berkenaan di dalam rumah mereka.







Difahamkan, sebahagian tubuh mangsa ditemui di dalam baldi dipenuhi asid yang disembunyikan di dalam almari di salah satu bilik kediaman itu.


Monica mendakwa mangsa mati lemas ketika mandi tanpa pengawasan ibu bapanya.


Panik dengan keadaan itu, dia cuba menghapuskan mayat mangsa menggunakan asid dengan bantuan suaminya.


Menurut laporan, pasangan itu didakwa atas kesalahan mengganggu bukti, membahayakan keselamatan kanak-kanak dan salah laku terhadap mayat.


Jurucakap polis berkata, pihaknya kini menunggu laporan forensik untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan.









Kredit foto: The Sun




Gerardo dan Monica masing-masing dikenakan bon berjumlah ASD175,000 (RM713,738) dan ASD125,000 (RM509,813).


Sementara itu, The Sun melaporkan empat lagi anak pasangan terbabit berusia antara satu hingga 11 tahun diletakkan di bawah jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak susulan penangkapan mereka. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 12:48 PM | Show all posts

Belajar dari siri breaking bad ler ni.

Satu yang bagus di sini - kalau emak ayah tak jaga anak anak dgn betul, emak ayah buat jenayah mmg Child Service dtg dgn segera dan ambil anak mereka. Ditempatkan dgnkeluarga angkat buat sementara waktu sampai ahli keluarga terdekat layak utk menjaga kanak kanak ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 12:50 PM | Show all posts
Sampai hati parents macam nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:06 PM | Show all posts
Ya Allah, spesis mak pak musibat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:55 PM | Show all posts
mental punya orang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 04:44 PM | Show all posts
kejamnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2019 08:00 PM | Show all posts
kejamnya..sampai hati anak sendri tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rendam diaorang dlm asid tu hidup2 lagi..baru best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannye kamui....ya allah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Haish tergamak tt letak gambor baby yg dibunuh. Murung hidup i
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau breaking bad aku blaja cara nk dispose body, Dexter plak aku blaja cara nak hilangkan kesan darah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.094127 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list