CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 14

apalah nak jadik ngan dunia !!! --> Gadis kahwini patung zombie, dakwa hidupn

[Copy link]
Post time 14-2-2019 01:53 PM | Show all posts |Read mode


SEORANG
remaja berkahwin dengan patung zombie miliknya dengan menyifatkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas perkahwinan tersebut.
Felicity Kadlec, 20, mengahwini kekasihnya 'Kelly Zombie', sebuah patung yang didakwanya berusia 37 tahun di hadapan beberapa patung lain miliknya.

Majlis tersebut berlangsung di Tiverton, Kepulauan Rhode, Amerika Syarikat (AS) dengan Felicity membelanjakan sekitar 388 pound sterling untuk membeli gaun perkahwinan dan juga sut untuk Kelly serta hiasan di venue terbuka itu.
Selain empat ahli keluarga Felicity, lapan lagi patung lain turut hadir menyaksikan majlis perkhawinan yang diadakan enam bulan lalu.


Felicity yang kini tinggal di Vinita, Oklahoma mendakwa mengahwini Kelly membuat diri mereka semakin rapat dan lebih mesra.
"Majlis kami amat sempurna sama seperti yang saya impikan sebelum ini.
"Saya memastikan keseluruhan majlis dilakukan dengan baik. Kelly merupakan pengantin 'lelaki', dia 'tom boy' jadi dia memakai sut.


Serena mula jatuh cinta dengan Kelly semasa berusia 16 tahun.

"Meskipun mereka menjalin hubungan cinta sejak empat tahun lalu, perkahwinan tersebut membuatkan mereka semakin intim," kata Felicity.
Felicity mula tertarik dengan Kelly selepas dihadiahkan oleh ayahnya gara-gara terlalu obses dengan filem seram dan patung zombie.
"Saya ternampak koleksi patung seram di laman web dan ayah saya menghadiahkannya kepada saya ketika saya berusia 13 tahun.
"Namun saya mula jatuh cinta dengan Kelly ketika saya berusia 16 tahun. Sebaik sahaja ayah saya meninggal tahun lalu, saya dapati saya semakin rapat dan selesa dengan Kelly," katanya.
Meskipun Kelly mempunyai wajah yang menakutkan, Felicity berkata dia tidak kisah dengan penampilan tersebut.
"Saya mengahwini Kelly kerana saya menerima dia seadanya. Saya tidak kisah dengan keadaannya yang menakutkan.
"Bagi saya dia sempurna, dan saya boleh rasai cintanya terhadap saya. Saya juga merasai kegembiraannya sejak kami berkahwin," katanya. - Mirror.co.uk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 01:57 PM | Show all posts
ada gak la bentuk  nya patung tu kan

yg kawin dgn kain cadar tu lagi hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne nak banding dgn yg kawen sejenis ni ye..mana lagi elok dan apa kategorinya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Poreber alon kah atau mcmana ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 02:20 PM | Show all posts
aku yg single pun tak ler smp cam nie jadik nye
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 02:23 PM | Show all posts
da knpe kau ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2019 03:10 PM | Show all posts
Sejenis gila perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:07 PM | Show all posts
okla tu
daripada difitnah baik kahwin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 04:16 PM | Show all posts
hmmm macam macam
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukala syaitan ada yg sudi kawen dgn.dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak der ke sesaper nk kawin dgn mancis api ke bom ke .... kurang sikit puak2 ni wujud kat muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:25 PM | Show all posts
dia gila atau suka kan perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mentalnya kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilerrrr..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berbahagia ke anak cucu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.184935 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list