CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Mujahid Mohon Maaf Parkir Di Petak OKU

  [Copy link]
Post time 14-2-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa biasa je kalau kita bawak OKU..akan diberikan parking oku kerana ia akan memudahkan urusan. Arwah ibu aku dulu juga uzur dan memakai kerusi roda. Alhamdulillah kalau Mesra Mall ..sequrity disitu membuka dan memberi parking OKu untuk kami. Terima kasih kepada sequrity tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 03:15 PM | Show all posts
ooo mcm tu...pernah skali bawak arwah abg aku n sebab dia berkerusi roda so aku park dkt OKU..parking dlm mall..sebab parking biasa tak muat nk kluarkan kerusi roda tu. kaki dia plak tak boleh pijak langsung, kena terus pindah duduk dari kerusi ke kerusi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 03:47 PM | Show all posts
tapi penumpang ada org OKU kan. tak layak kah parking sana????? mohon pencerahan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
putput replied at 14-2-2019 03:47 PM
tapi penumpang ada org OKU kan. tak layak kah parking sana????? mohon pencerahan?

Mmg diwartakan parking oku utk driver oku.. Bukan utk penumpang org tua, penumpang kanak2 naik stroller bagai
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:17 PM | Show all posts
sabar...husnuzon...anak dia bawak orang tua berkerusi roda....lagipun dia mengaku silap...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:19 PM | Show all posts
ni ler namanya akal pendek
mentang-mentang daddy orang YB
jadi bila dah YB boleh park merata-ata .. even OKU space
so ... takde siapa berani nak usik .. cuit pun tak berani
tapi hahahaha mu silap .. YB ke apa ka .. salah tetap salah
yang OKU cuma atuk sahaja .. yang drive non OKU
jadi perlu ke sampai park kat OKU space?
akal oh akal ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2019 04:44 PM | Show all posts
Mesti petang tadi dia suruh bodyguard pi apply sticker OKU.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa.. Ada anak2 ko kan.. Drop la dulu pastu gi lah cari parking.. Kang driver oku nak park celah mana.. Aiyaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 06:34 PM | Show all posts
putput replied at 13-2-2019 11:47 PM
tapi penumpang ada org OKU kan. tak layak kah parking sana????? mohon pencerahan?

Tempat parking OKU boleh digunakan oleh pemandu OKU dan juga pemandu yang Membawa penumpang OKU.  Sebagai contoh jika penumpang OKU tu pergi ke shopping complex dengan menaiki taxi ..maka pemandu taci tu boleh parking taxi tu di disabled bay dengan syarat mesti mempamirkan kad OKU ataupun blue badge di dashboard kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-2-2019 06:34 PM
Tempat parking OKU boleh digunakan oleh pemandu OKU dan juga pemandu yang Membawa penumpang OKU.   ...

Ya ka? Katanya masih lagi jadi perdebatan.. https://paultan.org/2017/11/22/tempat-letak-kenderaan-oku-kalau-ingin-gunakan-ruang-berkenaan/

https://www.thevocket.com/layak-parkir-oku/
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:26 PM | Show all posts
klu parkir OKU cuma pemandu kerusi roda
payah la cmni

bukan semua OKU kerusi roda mampu amik lesen mandu OKU
cmtu dia suruh kwn,famliy drivekn smbil bawa dia yg OKU
pstu kene halang parkir situ

ape tak berasap ke hati OKU itewwwwwwww.............

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:29 PM | Show all posts
betul ke bawak oku tuuu??



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan rujukan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berdasarkan peraturan sedia ada ketika ini, pertama mereka mestilah merupakan seorang OKU yang memandu sendiri kenderaan yang telah diubahsuai untuk kegunaan OKU berdasarkan kekurangan fizikal masing-masing.

Pemandu itu pula perlulah memiliki kad OKU yang dikeluarkan jabatan berkenaan – tentunya dengan pengesahan daripada doktor. Kemudian, mereka perlu pula mendapatkan pelekat khas OKU untuk ditampal dengan jelas pada kenderaan yang akan digunakan itu tadi. Dan, pelekat itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.

Jika menepati semua keperluan ini maka barulah anda boleh meletakkan kenderaan diruang khas OKU. Tetapi, orang biasa juga kerap menyalah-guna dan meletak kenderaan mereka di situ. Jika ini berlaku, mereka yang berbuat demikian boleh diambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada – sekiranya kereta yang diletakkan tidak mempunyai pelekat OKU.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pangai sama mcm cina palat park kat parking oku tu. Meh aku skolahkan sket. Kalau takde sticker oku, turunkan la dulu org oku pastu park kat parking yg betul. Simple laaa lahabauuu

Ko menteri buat camni pastu org lain ikut, petik nama kau. Nak cakap ape lagi pastu?

Bingai. Sah2 kat plate keta tu ade emblem menteri. Syal laaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Namun, penguatkuasaan ke atas perkara ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mungkin berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, sedikit maklumat akan di ambil dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengetahui lebih lanjut – sekadar dijadikan satu contoh.

Memang, MBPJ mempunyai kuasa untuk mengenakan saman atau kompaun kepada kenderaan yang melakukan kesalahan ini. Di bawah peraturan Perintah Lalulintas MBPJ dengan kesalahan meletak kenderaan di kotak khas (sewa/OKU), pelaku boleh dikenakan saman RM100 bagi setiap kesalahan. Kadar saman ini pula mungkin berbeza-beza dari PBT yang lain.

Ini adalah apa yang tertulis dalam undang-undang sedia ada ketika ini. Namun beliau juga mengakui sejak beberapa waktu kebelakangan ini, ada berdebatan sedang berlangsung yang mendesak supaya penjaga OKU yang menguruskan mereka juga dibenarkan meletak kenderaan diruang berkenaan ketika membawa OKU sebagai penumpang untuk urusan harian.

Terbaru, satu kes sama berlaku di Pulau Pinang di mana kereta seorang wanita yang membawa ibunya yang juga OKU berkerusi roda dikunci tayarnya kerana menggunakan ruang khas berkenaan. Menurut penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mengambil tindakan, kereta berkenaan tidak mempunyai pelekat OKU.

Ini selari dengan penjelasan advokator berkenaan, serta sudah tertulis di dalam peraturan sedia ada bahawa setiap kereta yang diletakkan diruang khas OKU berkenaan wajib mempamerkan pelekat OKU yang dikeluarkan oleh JPJ. Setakat ini, peraturan yang ada sangat jelas.

Apa yang lebih penting, kita sebagai warga negara Malaysia haruslah lebih peka dan prihatin terhadap situasi dan keadaan golongan OKU. Dan, sekiranya sudah ada peraturan yang ditetapkan, adalah lebih baik untuk kita sama-sama patuh bagi mengelakkan kesulitan yang lain kemudiannya.

Bagi yang sihat dan cukup sifat, jangan pula mengada-ngada meletakkan kenderaan di ruang khas untuk OKU. Jadilah warga yang bertanggungjawab

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap jelas & sampai ulasan berkenaan ini. Kalau yang mana habaq pernah parkir kat oku sebab ada bawa ahli keluarga OKU. Itu atas budi bicara pihak tertentu sahaja.

Peraturan tetap peraturan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 10:56 PM | Show all posts
nampaknya rakyat tak mau maafkan menteri daaaaa

habis la terpaksa bawak dosa ke alam sono

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
YBlava replied at 14-2-2019 10:56 PM
nampaknya rakyat tak mau maafkan menteri daaaaa

habis la terpaksa bawak dosa ke alam sono

Aku baru pasan hang punya tered laba. Mahap na laba tered lebih kurang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:08 PM | Show all posts
Remyda replied at 14-2-2019 11:06 PM
Aku baru pasan hang punya tered laba. Mahap na laba tered lebih kurang

bedal je

benda kecik camni takkan mampu buat aku jadi poning pala






Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu..dia dah jelaskan keadaan sebenar dan meminta maaf..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.247148 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list