CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3169|Reply: 10

'Awak Ni Makcik Bawang Ke?'- Ini 7 Tanda Anda Mungkin Kaki Gosip Yang Kronik

[Copy link]
Post time 11-2-2019 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Tidak dapat dinafikan semua orang suka berkongsi maklumat dengan sahabat handai dari masa ke semasa. Bagaimanapun, jika berlebihan anda mungkin menjadi makcik bawang yang kronik.





Kredit foto: Carian Google





Tidak salah bercerita tentang sahabat lama yang baru bertunang di Facebook, tetapi janganlah sampai mendedahkan butiran yang dianggap sulit.


Untuk mengelakkan daripada menjadi kaki gosip yang kronik, anda perlu berjaga-jaga dengan tujuh simptom berikut yang dikongsikan seorang ahli terapi di laman Bustle.




Anda mungkin makcik bawang yang kronik jika;




1. Hidup Anda Sendiri Dikelilingi Drama


Anda mempunyai beberapa akaun sosial dan menggemari laman yang memaparkan cerita panas dan isu semasa. Malah, anda suka menyumbangkan buah fikiran tanpa diminta serta tag rakan-rakan setiap kali membaca cerita sensasi.


Hidup peribadi anda juga penuh dengan drama. Rakan-rakan dalam grup WhatApps tidak putus berkongsi cerita. Malangnya, kesemua cerita tersebut berbaur negatif.




2. Anda Tidak Boleh Simpan Rahsia





Kredit foto: Remaja





Setiap kali mendengar sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan, anda mula terfikir dengan siapa cerita itu perlu dikongsikan. Anda gatal mulut dan tanpa segan silu, mula memberitahu seseorang atau lebih malang lagi menyebarkannya kepada umum.




3. Sahabat Jarang Luah Masalah Peribadi Dengan Anda


Kerana tabiat anda yang tidak dapat menyimpan rahsia, rakan-rakan jarang meluahkan masalah peribadi dengan anda. Mereka mula hilang kepercayaan dan sentiasa berhati-hati selain berat mulut apabila bercerita tentang diri sendiri kepada anda.




4. Anda Dicari Bila Ada Gosip Panas


Bagaimanapun, jika masalah atau cerita itu melibatkan orang lain, anda adalah orang pertama yang akan diberitahu! Rakan-rakan kaki gosip sudah mengenali perangai anda yang bersuka-ria setiap kali mendapat cerita panas.


Jika anda dapati kebanyakan kawan-kawan menjadikan anda orang pertama 'menerima gosip', ini kerana anda adalah makcik bawang yang kronik.





Kredit foto: TudungSiCOmel







5. Suka Mulakan Perbualan Dengan Topik Gosip


Setiap kali berjumpa kawan-kawan, anda akan mulakan dengan topik umpatan. 'Eh, kau tahu Senah...'.


Anda bermasalah untuk bercerita tentang sesuatu yang membina dan bermanfaat kerana bergosip adalah pembuka bicara paling mudah buat anda.





Kredit foto: Remaja







6. Rasa Lega Lepas Kongsi Sesuatu Yang Sulit


Anda langsung tidak rasa bersalah berkongsi cerita peribadi orang lain, sebaliknya anda akan berasa lega kerana dapat menyampaikan maklumat.


Menurut pakar, ini mungkin disebabkan keinginan anda untuk menjadi tumpuan, ataupun anda cuba melarikan diri daripada masalah dan drama dalam hidup anda sendiri. Malangnya, rasa bersalah hanya akan datang kemudian.





Kredit foto: Carian Google







7. Orang Suka Bercakap Mengenai Anda Di Belakang


Tanpa disedari, anda sendiri menjadi bahan bualan rakan lain di belakang anda. Anda diberi gelaran makcik bawang dan manjadi mangsa gosip orang lain. Jika bernasib baik, seseorang akan menyampaikan butir cerita kepada anda semula.





Kredit foto: Mirror







Sebenarnya, ramai makcik bawang yang masih dalam peringkat penafian. Menurut pakar, jika anda tidak menyedari bahawa anda sebenarnya adalah kaki gosip yang tegar, sehingga itulah anda tidak akan dapat mengubah tabiat buruk itu.  Apa kata anda? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 01:47 PM | Show all posts
Jadi?
Ia penyakit ke tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 7/7 penyakit kronik sis
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:30 PM | Show all posts
Nasib tak masuk dalam senarai
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 04:15 PM | Show all posts
maaflah.. meols mmg avoid org macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
iol pun. Membaca mereply dlm forum je tapi real life memang if anyone nak bukak cerita nak begosip mmg iol sound je direct ‘aku xnak tahu’ hahahha and memang elak la dgn orang mcm tu. Putus kawan pun xpa. Haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
None of the above,  I cuma membawang kat forum jah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 07:53 AM | Show all posts
Aktiviti membawang dah jadi normal sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 09:51 AM | Show all posts
membawang sikit2 udah la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku perasan kwn aku xpernah nak ajak aku gosip...kalo aku tanya dorang ckp pasal sapa ni...mesti dpt jawapan "ko tu apapun xtau..buang masa bgtau ko.."  takpun " ahh dari ckp dgn ko baik aku ckp dgn dinding "...sedey je hahahahahah ditolak ketepi
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 03:52 PM | Show all posts
membawang yang akhirnya orang sekeliling takut untuk mendekati anda kerana menjadi target topik membawang anda. jangan sampai kerana membawang semua orang angkat kaki tinggalkan anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058549 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list