CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2992|Reply: 14

[Tempatan] Penipuan 1Bestarinet? YTL dalang menyedut dana pendidikan?

[Copy link]
Post time 8-2-2019 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Terbaca artikel ini hari ni, terkejut saya....jumlah wang keterlaluan yang kita belanja bersama ytl untuk internet sekolah. kalau betul mmg cilaka betul...habis duit rakyat...

http://mindarakyat.blogspot.com/2019/02/skandal-1bestarinet-didedahkan-kerajaan.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya....tp kt sek line slow yg amat....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya 8mb. Tapi da siap2 pecah, 2mb pejabat, 2mb bilik guru, 4mb makmal komputer. Baru 15 org murid guna internet, da slow line.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:15 PM | Show all posts
omg naya sgt nih         
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 06:25 AM | Show all posts
TT..
Harap lain kali kalau nak buka Thread .. jangan tepek link sumber berita sahaja.



Malaysia masih belum habis trauma daripada skim penipuan 1MDB, tambah pula dengan pendedahan kontrak-kontrak berat sebelah yang ditandatangani untuk projek ECRL dan HSR oleh kerajaan yang lalu, kini satu lagi skim penipuan sedang berlaku dalam tanah air kita, oleh bukan lain tetapi orang-orang yang mengaku mereka adalah rakyat Malaysia.

Penipuan yang dimaksudkan ini adalah skandal terbesar yang melandai Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu projek 1Bestarinet. 1Bestarinet bukan sahaja telah menyedut kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sepatutnya menjadi tunjang belakang generasi masa hadapan, malah ia juga telah membunuh semua pemain-pemain industri pendidikan tempatan, dalam sebuah skim yang telah menguntungkan pelbagai pihak, termasuk pegawai-pegawai dalam KPM sendiri.
Kontrak pembekalan 1Bestarinet telah pun menjadi kontroversi mulai 2015 apabila sekumpulan guru-guru mengatakan portal Frog Asia dan bekalan Internet disekolah disifatkan sebagai daif.

Ekoran ini, satu persidangan jawatan kuasa kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee) telah diadakan pada 13 Mac 2015, sempena persidangan ke-13 Parlimen, pada penggal ketiga, dan dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed. Malangnya prosiding yang berlangsung selama 2 jam ini tidak menyoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kos kepada KSU KPM ketika itu, iaitu Tan Sri Dr Madinah Mohamad, dan kesannya, kontrak 1Bestarinet dapat diteruskan lagi pada Jun 2016 untuk selama 3 tahun.

Namun baru-baru ini, kami menerima satu sumber berkaliber yang sanggup menampil kehadapan untuk menerangkan butiran kos dan kandungan kontrak Fasa ke-2 1Bestarinet yang bermula pada Jun 2016, secara lisan. Beliau menerangkan bahawa kontrak ini tidak melanggar sebarang perjanjian bekalan. Dalam erti kata lain, apa yang dijanjikan, telah disampaikan.
Walau bagaimanapun, apabila kos kontrak dipersoalkan, butir-butiran yang sangat mengejut dimaklumkan. Pada fasa 2 projek ini, sumber kami menerangkan bahawa kerajaan telah setuju dengan bekalan daripada YTL pada kadar RM130 sebulan untuk setiap sekolah, bagi setiap Megabit sesaat (Mbps) yang dibekalkan kepada pusat sumber, atau makmal komputer, atau bilik guru, atau ketiga-tiganya sekali. Ini bermakna, sekolah yang kecil akan terima bekalan 6Mbps pada kadar RM783, sekolah sederhana besar akan terima 10Mbps pada kadar RM1,304, dan sekolah besar akan terima 15Mbps pada kadar RM1,955.

Untuk khalayak ramai yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar dirumah dan pejabat, sudah pasti bahawa kadar yang dikemukan diatas ini adalah sangat keterlaluan. Tambah pula, jalur lebar yang kecil ini sudah semestinya tidak cukup untuk menampung 40 orang murid yang menggunakan secara serentak dalam makmal. Oleh itu, pihak kami terus melakukan penyelidikan dan penyiasatan pada tarif-tarif telco dan celco ketika itu. Jika di congak, pada tahun 2016, pakej TM Unifi untuk bisnes sekali pun adalah dalam sekitar RM4 sebulan untuk setiap Mbps yang dibekalkan. Oleh itu, harga yang dikenakan oleh YTL Communications kepada KPM adalah lebih daripada 30 kali ganda harga pasaran biasa. Bermakna, syarikat YTL telah memakan untung lebih daripada RM300juta atas angin untuk bekalan Internet yang daif untuk sekolah.



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 06:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2019 06:28 AM | Show all posts



Sumber kami terus menjelaskan beberapa perkara dalam kontrak yang membimbangkan, iaitu sekolah yang mendapat jalur lebar berdedikasi sebanyak 30Mbps menggunakan sambungan fibre dan dijaminkan perkhidmatan lebih daripada 99% dikenakan kadar RM19,000 sebulan setiap sekolah.
Ini adalah lebih daripada 213 kali ganda daripada apa yang sepatutnya dibelanjakan oleh kerajaan. Jumlah ini sangat mengejutkan, dan tidak hairan lah apabila pihak YTL dan KPM mengatakan bahawa butiran kontrak ini boleh menjejaskan keselamatan Negara, kerana ianya penuh dengan tipu muslihat.
Dalam bekalan ini, YTL telah berjaya meraihkan atas angin lebih daripada RM100juta tambahan daripada tabung KPM.

Dalam kontrak ini, terdapat beberapa klausa untuk perkhidmatan yang diberi jaminan sambungan lebih daripada 99%. Biasanya, jaminan seperti ini adalah khusus untuk pusat data dan pelayan, ataupun untuk pelayan syarikat-syarikat yang pendapatan hakikinya bergantung kepada kesinambungan Internet.

Namun untuk sekolah, perkara ini tidak masuk akal, kerana Internet disekolah tidak diguna pakai pada waktu malam sebagai satu contoh, dan juga jika bekalan Internet terputus sekali pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa kecuali kelas dalam makmal komputer ketika itu, memandangkan bilik darjah semuanya tidak dibekalkan dengan Internet pun.


Baiklah, jika kita berfikir bahawa YTL adalah bukan pemain telco dan oleh itu kadar harganya tidak berpatutan, akan tetapi mungkin mereka adalah pemain pendidikan digital yang hebat, oleh itu harga kontrak masih dapat diberi justifikasi.

Sumber kami terus menerangkan perincian kandungan 1Bestarinet yang dinamakan Frog VLE.
Mengikut sumber ini, kadar RM1,668 sebulan dikenakan kepada 10,556 sekolah dan institut perguruan, dan untuk sekolah di pendalaman, sebanyak tambahan RM450 dikenakan juga untuk menggunakan aparatus Frog.

Daripada kadar harga perisian Frog VLE untuk sekolah yang menjangkau kos melebihi RM650juta ini, terdapat 828 judul buku PDF dalam talian dimana 576 judul adalah buku teks percuma yang dibekalkan oleh KPM kepada YTL, dan selebihnya adalah judul berbayar yang dibekalkan oleh dua penerbit tempatan.

Lebih mengejutkan adalah sebanyak 6,785 buah video pendidikan yang disediakan daripada koleksi yang ditarik pautannya daripada Youtube.

“Disini, jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja tiada sebarang video baharu yang disediakan, malah hostingnya juga adalah melalui Youtube sahaja, yang sememangnya percuma”, jelas sumber kami.

Justeru, 1Bestarinet mengenakan bayaran langganan untuk Google Youtube yang kebiasaannya percuma.

Selain itu, Frog VLE memberi justifikasi bahawa ramai guru-guru dan murid-murid yang menggunakan platform ini untuk membangunkan bahan. Menurut sumber kami, terdapat lebih daripada 45ribu blog yang telah dibangunkan dalam Frog VLE oleh sekolah-sekolah Malaysia sepanjang 8 tahun beroperasi. Namun apabila diberikan perincian yang lebih mendalam, hanya 1,200 blog disifatkan sebagai lengkap, dan selebihnya adalah sekadar projek cubaan murid-murid ketika membuat latihan dalam makmal. Tegas sumber ini, hanya sebanyak 2.6% daripada 45ribu blog ini adalah hasil kerja yang lengkap setelah 8 tahun Frog VLE beroperasi.

Pada asasnya, Frog VLE dan bekalan Internet oleh YES, YTL Communications Sdn Bhd, telah mengenakan kadar kos perkhidmatan yang melampau, dan oleh itu, Kementerian Pendidikan, dan seterusnya, Kerajaan Malaysia, terpaksa membayar untuk satu perkhidmatan yang kos sebenarnya jauh lebih rendah. Untuk kontrak Fasa 2 ini, sejumlah lebih darioada RM1.5billion telah pun diikat janji. Jumlah ini bukan sekadar lebih baik diguna pakai untuk sektor pendidikan yang memerlukan, malah boleh mendapatkan kesan yang positif jika diagihkan dengan saksama untuk kegunaan sekolah dan murid-murid Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:41 AM | Show all posts
Projek ni if bukan bawah Muyiddin..bawah Ishammuddin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 11-2-2019 10:41 AM
Projek ni if bukan bawah Muyiddin..bawah Ishammuddin

Bawah muhyiddin katanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:53 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 11-2-2019 11:04 AM


yup aku rasa..

sebab ak ada dengar..Rosmah ada simpan 1 dokumen lengkap laporan kegagalan Bestari ni untuk titik yidin..tu sebab yidin ttiba diam lepas tu

tp projek ni betul2 buang duit...

dah la YTL tumpang kaw sekolah pacak tiang kabel dia...x bayar sewa pon kpd gomen...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:59 AM | Show all posts
selow nak mampus tenet sekola dedulu.

nak bukak myspace pom loading sampai 12mins
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 11-2-2019 10:53 AM
yup aku rasa..

sebab ak ada dengar..Rosmah ada simpan 1 dokumen lengkap laporan kegagalan Bes ...

Ye ek? Rosmah tau lah pasal ni? Hehehehe kita tgk apa atok nak buat

Ni bukan zaman 80,90an lagi boleh sorok bangkai gajah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 11-2-2019 10:59 AM
selow nak mampus tenet sekola dedulu.

nak bukak myspace pom loading sampai 12mins

Muda nya bellaa, masih bersekolah masa zaman myspace
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Muhyiddin dah stage 4... maafkanlah beliau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 02:17 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 11-2-2019 11:28 AM
Muda nya bellaa, masih bersekolah masa zaman myspace

haruslah.. waktu tu umo 14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.470079 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list