Ramai yang kecewa dengan keputusan Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail untuk tidak lagi bertudung setelah lima tahun tampil dengan imej tersebut.
Ramai peminat yang meluahkan rasa terkilan mereka terhadap isu itu dan mendoakan agar Emma kembali bertudung semula.
Emma bagaimanapun, tegas dengan pendiriannya dan menyatakan ingin menjadi dirinya sendiri.
Kredit foto: IG Mysketchbookshawl
Sepanjang imejnya yang bertudung, Emma telah membuka perniagaan tudungnya sendiri. Butik My Sketchbook Shawl milik Emma dibuka di Kuala Terengganu serta menyediakan khidmat pembelian atas talian.
Corak-corak selendang jualan butiknya itu menggunakan konsep lakaran batik hasil ilham Emma sendiri dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada peminat terutamanya.
Kredit foto: Mysketchbookshawl
Namun, lamanInstagram rasmi butik berkenaan baru-baru ini mengumumkan akan mengadakan jualan tutup kedai. Amboi, seiring dengan imej baru, kedai tudung pun ditutup?
Orang ramai turut terkesan dengan berita tersebut. Justeru, imej baru Emma yang sudah tidak bertudung lagi dikaitkan dengan penutupan perniagaannya.
Nampaknya, Emma sudah benar-benar tidak berminat lagi pada apa-apa yang mengaitkannya dengan tudung. Atau adakah dia tidak mahu dituduh hipokrit? - CARI
Post time 8-2-2019 11:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kejap lagi kang reputs cari bukak thread yg samaaa atau pon tgu lah dlm beberapa hari huwaaaaa... Apa kata chuols co write sesama.. Byk sgt benang sama keluarrrrr
Post time 8-2-2019 11:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Walaupun kita tak berapa gemar dengan tingkahlaku EM. Diakui kita suka tudung EM. Sayang betul insiden terbaru ini memberi kesan kepada produk ini. Dahlah hasil tangan EM sendiri. Boleh jadi koleksi terhad kerana ia satu karya seni.
org lain jual tudung korg pun sibuk nak jual tudung...tgk lopa untung berpuluh juta gighlah masing2 pun nak jual tudung ...hujung2 bisnes x menjadi tudung pun terbang melayang...
dia tak mau jadi hipokrit tapi dia masuk dlm kategori fasiq.
Para Ulama rahimahullah mengatakan bahwa orang fasiq adalah orang yang melakukan dosa besar dan tidak bertaubat darinya, atau orang yang melakukan dosa kecil secara terus menerus. Demikian karena jika orang terus menerus melakukan dosa kecil, maka itu menjadi dosa besar.