CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2266|Reply: 7

Kemahiran Setiap Lelaki Harus Miliki Dalam Kehidupan

[Copy link]
Post time 7-2-2019 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Apa yang membezakan lelaki dan budak lelaki? Perbezaaannya adalah kemahiran dan tanggungjawab seseorang lelaki itu.


Ini adalah empat perkara yang anda perlu mahir supaya boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.




1. Belajar cara mempertahankan diri.


Sebagai seorang lelaki yang akan menjadi ketua keluarga kelak, anda haruslah belajar cara-cara untuk mempertahankan diri. Tidak kisahlah mempertahankan diri daripada apa sekalipun.


Lelaki perlulah nampak gagah dan boleh diharap di mata wanita. Kalau semua benda anda nak takut, perempuan mana yang nak kan?










2. Penyelenggaraan asas kereta.



Lelaki perlu tahu cara-cara untuk penyelenggaraan asas kereta. Tidak perlu untuk menjadi mekanik yang mahir baru nak belajar tukar tayar. Penyelenggaraan kereta paling asas adalah seperti menukar tayar dan jumpstart kereta.



Kalau nampak tayar kereta awek pancit, bolehlah tolong tukarkan. Silap-silap, boleh bertemu jodoh pula. Siapa tahu, kan?









3. Belajar memasak.



Bukan wanita sahaja yang perlu tahu memasak, tetapi lelaki juga perlu tahu memasak. Masak makanan yang mudah saja pun sudah mencukupi seperti telur masak kicap, sotong goreng tepung dan sebagainya.



Lagipun, memasak adalah kemahiran yang bagus untuk dimiliki. Jika wanita yang anda suka tahu bahawa anda boleh memasak, pasti dia akan jatuh hati.





4. Kemaskan penampilan diri.



Misai atau janggut yang tidak kemas akan menampakkan lelaki itu sebagai seorang pengotor dan tidak kisah terhadap penampilan dirinya. Sebagai seorang lelaki, anda perlulah tahu cara-cara untuk membersihkan atau trim misai dan janggut supaya sentiasa kelihatan kemas.



Wanita mana saja mahukan lelaki yang kelihatan tidak terurus dan serabai.








Jadi, kepada lelaki diluar sana, belajarlah kemahiran-kemahiran ini untuk menjadi lelaki yang berguna kepada si dia kelak. Kalau anda rasa ada lagi tambahan, sila kongsi di ruangan komen, okey? - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang laki ni advantage dari segi teknikal..
Tak payah beriya belajar pun tau aje takat nak buat simple wiring atau plumbing..
Ai kalau nak tukar soket pun mau google dulu step by step pastu the dos and donts..
Sama jugak kalau masak, takyah beriya pun sodap..
Dulu pernah duduk ngan ayah berdua masa cuti sem sebab mak ngan siblings lain balik kampung nenek sakit..
satu hari tu gigih iols masak gulai ayam tapi fail semedang..
Esok pagi bangun ada seperiuk bapak meols masak gulai ayam tip top punya sedap..saja je dia masak awal2 nak hijack supaya tak perlu makan masakan meols..
Sentap tau..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:41 AM | Show all posts
Ini jer?

Macam mana pula dengan cari nafkah?
Jaga baby?
Membaiki peralatan rumah?
Mencuci?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 12:18 PM | Show all posts
aku suka buat wiring dan repair alat elektrik
asalnya dulu mmg suka memandai2 sampai jahanam mesin2
pernah 2 hari asik blackout siap komplen TnB buat penyambungan xbtol
padahal 2minggu sebelum tu aku btolkan rice cooker tukar thermal fuse je
buang rice cooker tu terus setel huhu
byk benda belajar dari pengalaman tapahape
skrg dah terer la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 12:26 PM | Show all posts
Sebab tu kena biasakan semua tu sedari kecik bukan dirajakan oleh orang tua yang akhirnya bakal menyusahlan bila dewasa kelak sebab tak pandai itu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je jenis tak reti apa. Officemate i. Dok hari2 cite tunang dia lipat baju sangkut baju iron baju segala tak pandai, tukar mentol lampu tak reti, lepas makan tggl pinggan atas meja. Ayoyoyo. Pure bodoh ke pemalas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang sebenaunya tolak ansur dan kerjasama utk membina persefahaman dan keserasian..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 03:49 PM | Show all posts
menolong isteri di dapur tak semestinya air muka tu akan jatuh anda berkahwin untuk hidup bersama bukan lah ambik orang gaji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068002 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list