CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4223|Reply: 37

[Tempatan] Hukum anak derhaka

[Copy link]
Post time 3-2-2019 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2019 09:31 AM | Show all posts
Eksklusif: Pastikan anak tak lepas tanggungjawab

Oleh Osman Lisut dan Halina Mohd Noor
[email protected]


Kuala Lumpur: Undang-undang lebih tegas perlu diwujudkan bagi membolehkan hukuman setimpal dikenakan ke atas anak yang sengaja mengabai atau mendera ibu bapa secara emosi, termasuk meninggalkan mereka bersendirian atau di rumah orang tua.

Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rahimah Ibrahim, berkata hukuman tegas perlu bagi membela nasib warga emas dan memastikan anak tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanggung jawab.

Beliau berkata, dengan peruntukan undang-undang khusus, anak tidak boleh lagi lari daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa atau meninggalkan mereka, selain dapat memastikan institusi kekeluargaan sentiasa terpelihara berikutan perubahan sosiodemografi di Malaysia.

“Ia juga adalah tanggungjawab sepanjang hayat anak terhadap ibu bapa mereka,” katanya kepada BH.


Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rahimah Ibrahim.

Status negara tua 2030

Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM), negara dijangka mencapai status negara tua pada 2030, dengan populasi penduduk akan mencapai 38.1 juta orang dengan 15.3 peratus atau 5.8 juta adalah warga emas.

Mengikut piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sesebuah negara dengan 7 peratus penduduk berusia 65 tahun akan dianggap negara menua. Jumlah penduduk Malaysia dijangka meningkat kepada 32.5 juta menjelang 2020, termasuk 2.3 juta warga emas.

Rahimah berkata, undang-undang melindungi warga emas penting kerana semakin ramai anak cenderung mengabaikan ibu bapa yang kian uzur, terutama dari segi kebajikan, malah ada sengaja membiarkan ibu bapa terdampar di rumah orang tua.

Beliau berkata, ekosistem keluarga yang dibina berdasarkan nilai kasih sayang, rasa percaya dan selamat dijangka berubah dengan penggubalan akta baharu itu.

Katanya, peranan mahkamah keluarga atau tribunal khas dilihat penting dalam menguruskan tuntutan dan pembayaran nafkah serta menjadi moderator di antara ahli keluarga.

Pemeriksaan BH mendapati undang-undang berkaitan tanggungjawab dalam aspek penjagaan ibu bapa sudah dilaksanakan di Bangladesh, China, India dan Singapura sejak 1990-an dan terbukti berkesan untuk melindungi hak warga emas.

Di Singapura, anak wajib menanggung ibu bapa berumur 60 tahun ke atas dengan membayar sejumlah wang setiap bulan atau secara sekali gus mengikut undang-undang dikenali Parental Maintenance Act 1995.

Tiada hukuman khusus

Bagaimanapun, tiada hukuman khusus diperuntukkan dalam akta itu ke atas anak yang tidak membayar nafkah, sebaliknya ia diputuskan oleh tribunal yang akan membuat keputusan terhadap tuntutan yang difailkan oleh ibu bapa ke atas anak.

Undang-undang di India dikenali Maintenance and Welfare of Parents and Senior Citizens Act 2007 dan Parents Maintenance Act’ 2013 di Bangladesh, masing-masing mengenakan hukuman denda AS$75 (RM307) dan AS$1,200 (RM4,915) atau jika gagal bayar, boleh dipenjara sehingga tiga bulan.

Di China pula, Law for the Protection of the Rights and Interests of the Elderly 2013 mewajibkan anak menyantuni dan melawat ibu bapa yang tua, selain menjaga keperluan rohani mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 09:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mn plak dgn mak/pak cuai yg sebabkan anak mati?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 09:35 AM | Show all posts
Innrukia replied at 3-2-2019 09:33 AM
Mcm mn plak dgn mak/pak cuai yg sebabkan anak mati?

mmg ada akta hukum.

ada tered i tu hari yang letak kompilasi mak pak cuai thadap anak-anak mereka.

contoh time tu, cuai biar anak mati dalam kereta etc.

nanti kang i tepek.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 09:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2019 09:36 AM | Show all posts
mohon @ultra78 p skodeng fb ummah-ummah derhaka yang aniaya mak bapak sendiri seperti di post yang sebelum ini.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-2-2019 09:35 AM
mmg ada akta hukum.

ada tered i tu hari yang letak kompilasi mak pak cuai thadap anak-anak mere ...

Erm enforcement ke laut la ni..

Kes si tanggang ni pun byk skrg.. nilai kemanusiaan tu dh makin hilang. Maklumla asik mengadap hp/internet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2019 09:46 AM | Show all posts
Innrukia replied at 3-2-2019 09:41 AM
Erm enforcement ke laut la ni..

Kes si tanggang ni pun byk skrg.. nilai kemanusiaan tu dh maki ...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1133851




tered pasal mak pak cuai tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 3-2-2019 09:33 AM
Mcm mn plak dgn mak/pak cuai yg sebabkan anak mati?

Akta kanak-kanak dah ade n blh digabungkan dgn Penal Code.
Perlaksanaan je kurang kemas.
Juga boleh digabungkan dgn akta2 yg govern JKM, hal2 wanita dan sebagainya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 09:52 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-2-2019 09:49 AM
Akta kanak-kanak dah ade n blh digabungkan dgn Penal Code.
Perlaksanaan je kurang kemas.
Juga bo ...

eh,teringat pulak.
tadi i baca news pasal keganasana terhadap wanita.

dicadangkan enakmen khas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-2-2019 09:46 AM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1133851



Terima kasih Syd. Nak pergi baca sebentar.
Teringin juga nak tahu statistik berkaitan kecuaian ni. Kementerian patut kaji mengenai isu ini.

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1133851
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 10:10 AM | Show all posts
awanearisu replied at 3-2-2019 10:01 AM
Terima kasih Syd. Nak pergi baca sebentar.
Teringin juga nak tahu statistik berkaitan kecuaian n ...

tq.

sbb tepek link tu semula.

senang umah nak klik.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum tu i nak tengok dulu bapak dipenjara kerana tak memberikan nafkah dan mengabaikan anak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-2-2019 10:10 AM
tq.

sbb tepek link tu semula.

Sama-sama. Saja buat link nak mudahkan diri sendiri sekali pergi baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 11:19 AM | Show all posts
sya sokong tentang isu ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya parent yg taguna akan end up dpt anak yg taguna. Konsep kifarah gitew.. Selama ni kita dimomokkan oleh drama melayu konon mak ayah baik dpt anak jahanam. Hakikatnya mak ayah lah yg membentuk anak yg baik atau tidak. U give wat u get back kekdahnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 01:25 PM | Show all posts
masuk matrik pun anak menggelupur puasa, nanti masuk U kena hibernasi untuk survive. lepastu nak demand anak soleh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 3-2-2019 12:39 PM
Aku percaya parent yg taguna akan end up dpt anak yg taguna. Konsep kifarah gitew.. Selama ni kita d ...

mak ayah baik d mata masyarakat.. tapi d belakang,  xtau la masih baik ke tidak.. adakah kategori xguna termasuk gini? ada juga kategori mak ayah yg rasa anak betul je sepanjang masa,  anak org lain salah,  maka ni pun penyumbang juga. anakku sazali mmg wujud disebabkan begini ye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 01:34 PM | Show all posts
lostfaith replied at 3-2-2019 10:17 AM
Sebelum tu i nak tengok dulu bapak dipenjara kerana tak memberikan nafkah dan mengabaikan anak.

sangat setuju... tangkap dan hukum bapak yang tau buat anak je tapi tak jalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak2... tanggungjawab zahir dan batin, emosi, spiritual dan psikologi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.080530 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list