View: 3196|Reply: 13
|
Gadis Ini Berenang Bersama Jerung Gergasi. Amboi Beraninya!
[Copy link]
|
|
Bagi mereka yang memiliki Thalassophobia (fobia kepada laut atau kawasan air yang luas), hanya mampu tengok sahajalah foto-foto dari akaun Instagram berikut, @oceanramsay. Mencuba aksi seumpamanya? Jauh sekali!
Amboi nampak seperti dah kenal lama ya. Ingatkan aksi sebegini hanya muncul di dalam filem sahaja! Ada juga yang berani melakukannya. Eh tunggu, hasil carian di laman sesawang IMDB, ternyata wujud seorang pelakon aksi lagak ngeri yang memiliki nama serupa pernah muncul dalam beberapa filem. Adakah kedua-duanya merupakan individu yang sama?
Dua orang penyelidik Jerung Harimau dengan beraninya berenang bersama-sama hidupan liar yang disifatkan bersaiz gergasi ini sambil merakamkan aksi mereka menggunakan kamera.
Menurut sebuah pangkalan data hidupan laut atas talian FishBase, hidupan laut yang turut dikenali sebagai The Great White Shark atau nama saintifiknya, Galeocerdo cuvier kebiasaannya memiliki saiz sepanjang 5 meter. Namun ia mampu mencapai saiz sehingga 7.5 meter panjang. Ish, berkali-kali ganda panjangnya berbanding ketinggian penulis sendiri!
Memetik BBC, aksi tersebut dirakamkan di perairan Hawaii pada 15 Januari 2019. Ia dirakam oleh dua orang penyelidik, Ocean Ramsay dan Juan Oliphant apabila seekor Jerung Harimau yang mereka gelarkan sebagai Deep Blue yang bersaiz 20 kaki panjang (melebihi 6 meter) telah mendekati kapal mereka ketika Ramsey sedang berada di dalam laut.
Kredit Foto: Instagram oceanramsey
Dalam sebuah kenyataan media yang dilaporkan oleh BBC, Ramsey, 32 tahun dilaporkan berkata, "Hari ini merupakan hari yang cukup istimewa. Meskipun saya sering bekerja bersama-sama jerung-jerung ini di seluruh dunia, namun haiwan ini amat jarang ditemui di Hawaii, dan jerung ini barangkali antara yang terbesar pernah dirakam".
Nah, tak cukup dengan gambar, mari kita tonton rakaman video berikut pula.
Selain bergambar bersama, Ramsey juga telah menyentuh sirip jerung tersebut, tindakan yang telah mengundang kritikan daripada seorang pakar Biologi Marin terkemuka berkaitan jerung, David Shiffman.
Kredit Foto: Instagram oceanramsey
Menurut Washington Post, kritikan tersebut disampaikan melalui akaun Twitter beliau.
Aksi-aksi berbahaya Ramsey telah tular dan ternyata menarik minat netizen untuk memperkatakan dan mengikuti perkembangan pakar-pakar Biologi Marin dalam usaha memulihara hidupan liar seperti Jerung Harimau ini.
Gadis pemulihara jerung yang juga seorang model ini memiliki akaun Instagram, Twitter dan juga laman sesawang rasmi sendiri, Swimming With Sharks yang menganjurkan usaha pemuliharaan jerung.
Ianya mendebarkan dan dalam masa yang sama juga mengagumkan. Semoga gambar-gambar dan rakaman video ini menjadi sumber inspirasi buat generasi muda yang berminat untuk mendalami bidang Biologi Marin dan memiliki keberanian seperti Ramsey. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkin jerung tu dah kenyang... kalo tak pompuan tu mesti dah selamat jadi lauk |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls pon rse jerung tu dah kenyang |
|
|
|
|
|
|
|
antara dua spesis mahluk dalam gambar tu.... mahluk yg kecik tengah berenang tu jauh lebih bahaya dari mahluk besar tu. mahluk tu punca kepada kematian berjuta mahluk lain, pemusnah ekosistem, flora dan fauna, pembunuh spesis lain. the verry selfish bastard creature.
Manakala jerung tu...... berenang dengan aman tanpa ada sebarang rekod jenayah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by namieamuro at 31-1-2019 01:51 PM
ekceli kite ni dh misunderstood psl prangai shark..best pulak layan karekter shark kt natgeo shark week..acik shark tidak ler dan dan tu serang org mcm dlm movie tu..iols pn masih lg menelaah psl shark ni..menarik sbenanye..ade shark tu siap bole jinak manje2 dgn divers tu..
korg g usha oceanramsey ni..bkn shark ni aje die berenang bersame gitu..byk lg umat shark yg die beramah mesra gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hairu tengok dokumentari shark ni, mostly shark yang researcher tangkap ada mata kail dekat mulut diorang, semua sebab sport fishing ni |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau seorang wanita yang berani, white shark tu jangan buat main. Tapi selalunya jerung ni kalau ia kenyang jarang ia akan menyerang orang. |
|
|
|
|
|
|
|
berani btol
nasib baik x kene ngapp |
|
|
|
|
|
|
|
Disamping kekenyangan, suit stripe ular air dpt mengurangkan selera jerung drpd menyerang manusia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|