|
Bukan kontroversi pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah saja menjadi perhatian masyarakat, kes pembantu peribadi Nur Sajat juga masih panas bertebaran di laman sosial.
Tertarik dengan isu itu, Caprice yang terkenal dengan keprihatinannya terhadap isu semasa turut tampil memberi 'sedas dua' kata.
Menurutnya, pergaduhan antara dua lelaki dewasa adalah perkara biasa dan masyarakat tidak sepatutnya diperbesarkan.
Lebih panas, nama usahawan kosmetik terkenal itu turut tidak terkecuali daripada menerima sindiran pedas daripada Caprice.
"Kalau dalam kad pengenalan awak ada 'Muhammad', saya boleh mempertahankan diri mengikut lunas undang-undang," sindirnya secara sinis.
Bagaimanapun, ramai netizen mendakwa Sajat tidak akan berani berlawan dengan Caprice memandangkan Bahasa Inggerisnya 'berterabur'.
Kredit foto: IG Caprice
Baru-baru ini, kecoh apabila tular sebuah video menganai individu dipercayai pembantu peribadi Sajat didakwa menampar seorang pekerja farmasi Guardian di KLCC.
Wah, pedas betul sindirannya itu. Adakah Sajat akan tampil mempertahankan dirinya dan membuat serangan balas terhadap Caprice? - CARI
|
|