Air adalah sumber utama dalam kehidupan harian bukan sahaja pada manusia, malah untuk semua hidupan lain termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Antara sumber air yang paling besar adalah sungai. Dengan air itulah kita makan, minum, mencuci pakaian dan banyak lagi aktiviti. Betul, kan?
Tapi, masyarakat dewasa ini semakin kurang peka dengan kepentingan menjaga kebersihan sungai. Mereka bukan sahaja tidak menjaga kebersihan, malah turut menyumbang kepada pencemarannya.
Banyak sungai yang tercemar di atas muka bumi ini dan sekarang, jom kita lihat antara lima sungai paling kotor dan jijik di dunia!
5. Sungai Mississippi, Amerika Syarikat
kredit foto : iluminasi.com
Sungai Mississippi adalah salah satu daripada sungai yang terpanjang di dunia. Ia digunakan jutaan penduduk Amerika Syarikat dan merupakan sungai penting yang terbesar dalam sistem perparitan di Amerika Syarikat.
Sungai ini berwarna coklat disebabkan sisa buangan toksik seperti nitrat, benzena dan arsenik. Kebanyakan sisa toksik ini dilepaskan oleh kilang-kilang perindustrian dan para petani yang menyebabkan sungai ini mengandungi paras nitrogen tinggi, sekali gus mengakibatkan hidupan akuatik mati kerana paras oksigen semakin berkurang di dalam sungai tersebut.
4. Sungai Mantaza-Riachuelo, Argentina
Kredit foto : iluminasi.com
Sungai yang mengalir sepanjang Buenos Aires, ibu kota Argentina ini merupakan sungai paling kotor di Amerika Selatan. Keadaan menjadi semakin parah dengan kewujudan industri perkilangan di sekitar sungai dan membebaskan pelbagai bahan buangan bertoksik seperti merkuri yang mengakibatkan peningkatan kes penyakit kanser di kalangan warga penduduk.
Sungai ini juga dikenali sebagai Slaughterhouse River atau diterjemahkan kepada Sungai penyembelihan kerana ia menjadi 'rumah' kepada bahan buangan dari rumah-rumah penyembelihan haiwan dan isi rumah penduduk di sepanjang sungai tersebut. Terlalu banyak buangan setiap hari sehinggakan sungai ini berbau sangat BUSUK!
kredit foto : iluminasi.com
3. Sungai Buringanga, Bangladesh
kredit foto : iluminasi.com
Sungai terbesar di Bangladesh ini merupakan sumber air utama bagi jutaan penduduk Bangladesh. Namun, ia dipenuhi najis manusia, bangkai binatang dan sampah sarap.
Sungai ini terlalu kotor dan jijik, sehinggakan warnanya bertukar hitam! Tiada hidupan air yang dapat meneruskan hidup di dalam sungai tersebut.
kredit foto : iluminasi.com
kredit foto : iluminasi.com
kredit foto : iluminasi.com
2. Sungai Citarum, Indonesia
kredit foto : iluminasi.com
Sungai ini mengalir melalui wilayah Jawa Barat dan merupakan sumber air utama bagi penduduk dalam jumlah yang besar seperti mana di India.
Permukaan air sungai ini sangat padat dengan sisa buangan seperti plastik, tayar, perabot, logam berat, bahan kimia dan banyak lagi sehinggakan air sungai tidak kelihatan langsung! Dahsyat bukan?
Oleh kerana sungai ini sangat penting untuk jutaan penduduk, ini memaksa mereka untuk terus menggunakannya walaupun keadaan sungai itu begitu kotor dan jijik.
Mengikut laporan, sejumlah 50,000 kematian tahunan dicatatkan membabitkan penduduk di sana.
kredit foto : iluminasi.com
kredit foto : iluminasi.com
kredit foto : iluminasi.com
1. Sungai Ganges, India
kredit foto : iluminasi.com
Dianggap sebagai sungai paling suci dalam agama Hindu. Sungai ini tercemar dengan bahan-bahan kumbahan, plastik, toksik termasuk persembahan keagamaan. Masyarakat bukan sahaja mandi, memasak, mencuci pakaian di tebing sungai, malah mayat juga dibuang di sungai tersebut!
kredit foto : iluminasi.com
kredit foto : iluminasi.com
kredit foto : iluminasi.com
Jijik bukan? Sebagai manusia yang bertamadun, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan sungai kita. Sanggupkah anda minum air dari sungai-sungai seperti yang anda lihat di atas? Cuba kongsikan sungai di dalam Malaysia yang mengalami pencemaran teruk seperti di atas. - CARI |