Sebuah dokumentari baru mengenai penyanyi terkenal mendiang Michael Jackson yang bakal ditayangkan memuatkan dakwaan penari Wade Robson bahawa Michael merogolnya selama tujuh tahun ketika beliau masih kanak-kanak.
Kredit foto: Carian Google
Dokumentari bertajuk Leaving Neverland itu bakal ditayangkan pada Festival Filem Sundance, penghujung bulan ini.
Kredit foto: Carian Google
Susulan dakwaan tersebut, keluarga mendiang menyelar Wade Robson dan menuduhnya sebagai seorang penipu besar.
Selain itu, Robson juga pernah menyaman Michael sebanyak ASD1.6 Bilion (RM6.5 Billion), tetapi ditolak mahkamah.
Kredit foto: Carian Google
Pengakuan berbelit Robson bermula ketika perbicaraan Michael Jackson pada 2005 apabila membuat pengakuan bersumpah sebagai saksi bahawa Michael tidak pernah melakukan sebarang penderaan seks terhadapnya.
Beliau bagaimanapun mengubah kenyataan pada 2016 dan menyaman keluarga Michael dengan mengatakan beliau sebenarnya telah dirogol penyanyi itu selama tujuh tahun ketika berusia tujuh hingga 14 tahun.
Kredit foto: Carian Google
Namun, saman itu ditolak mahkamah kerana keluarga Michael tidak boleh dipertanggungjawabkan atas tuduhan ke atas Michael.
Tidak berpuas hati, Robson meneruskan usahanya menyeret keluarga itu dengan penerbitan dokumentari Leaving Neverland.
Kredit foto: Carian Google
Wade Robson yang sebelum ini merupakan salah seorang kanak-kanak yang selalu menemani Michael ketika zaman kecilnya, pernah terlibat dalam kisah cinta tiga segi penyanyi Britney Spears dan Justin Timberlake apabila dikatakan menjadi orang ketiga, sehinggalah Justin mencipta lagu Cry Me A River.
Keluarga Michel Jackson mengecam tayangan dokumentari tersebut di Festival Filem Sundance dan HBO, tetapi tidak diendahkan.
Michael sememangnya terpalit beberapa kes salah laku, tetapi kini sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya. Wajarkan namanya masih diperkatakan? - CARI |