Walaupun selepas beberapa jam ditanam, seorang bayi berusia tiga minggu masih hidup dan selamat.
Bayi berkenaan dipercayai ditanam hidup-hidup oleh ahli keluarganya sendiri kerana kononnya dia telah dirasuk.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/22/140308arwr5bw8wlyrbb5r.jpg) Foto: Daily Mail
Daily Mail melaporkan, insiden yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu disedari oleh penduduk kampung selepas terdengar suara bayi menangis berhampiran sebuah kolam.
Slah seorang penduduk menemui bayi tersebut sebelum membawanya ke hospital.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/22/140308mrgflwp4wugxog4r.jpg) Suspek yang ditahan, Foto: Daily Mail
Pihak polis berkata, ibu bapa mangsa yang masing-masing berusia 30 dan 28 tahun menanam bayi itu dengan bantuan dua lagi ahli keluarga.
Ini semua gara-gara mempercayai kata-kata bomoh yang mendakwa bayi tersebut telah dirasuk.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/22/140309crrarffvwtjzaaaa.jpg) Bomoh, Foto: Daily Mail
Polis menahan empat daripadanya termasuk bomoh namun ibunya berjaya melarikan diri.
“Mangsa ditanam hidup-hidup oleh ibu saudaranya sendiri kerana disuruh oleh kedua ibu bapa bayi terbabit." -CARI |