Seorang bakal doktor dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas pertuduhan muncikari atau menjadi bapa ayam pada Ogos tahun lepas.
Bagaimanapun tertuduh, Mohd. Luqman Zulkepli, 29, yang berasal dari Panji Alam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.
Kosmo melaporkan, Luqman yang merupakan seorang pelajar perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri itu didakwa melakukan muncikari terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki di sebuah hotel.
Luqman (tengah) Kredit foto:Kosmo
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 2.43 pagi hingga 6.15 petang pada 27 Ogos dan 28 Ogos.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM5,000 atau sebatan tidak lebih enam kali jika sabit ke-salahan. -CARI |