CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1067|Reply: 4

[Tempatan] Kalau Tak Suka Nama ADAM50, Tukar Jadi GuanEng50 atau MatSabu50 Tapi Jangan Mans

[Copy link]
Post time 16-1-2019 11:46 AM | Show all posts |Read mode








SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih apabila inisiatif Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang diperkenalkannya akan dimansuhkan tahun ini.

Ujar Najib, beliau memperkenalkan ADAM50 bertujuan menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda dan mengalakkan minda rakyat supaya menyimpan untuk masa depan, namun akhirnya ia dimansuhkan dengan menggunakan isu hutang negara RM1 trilion sebagai alasan.

“ADAM50 merupakan dana pertama dalam sejarah negara ini bertujuan untuk menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda.

“Niat saya untuk mewujudkan ADAM50 ialah untuk galakkan minda rakyat supaya menyimpan untuk masa depan. Ramai orang kita yang tidak menjangka keperluan kita dan anak kita pada masa depan.

“Bila dah ada akaun ASB atau AS1M, ibubapa boleh menyumbang berdikit-dikit dan lama-kelamaan ianya akan bertambah sehingga cukup untuk menampung keperluan kewangan apabila anak mereka masuk universiti.



“Walaupun ibubapa tidak tambah langsung, wang permulaan RM200 ini akan menjadi sekitar RM587, tapi kalau tambah RM10 sebulan ia akan meningkat kepada RM4,000 manakala RM50 sebulan akan jadi RM20,000 dan kalau RM100 akan jadi RM40,000 apabila umur anak ini cukup 18 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa keputusan menghentikan inisiatif tersebut dibuat berikutan kurang mendapat sambutan di mana sejak ia dilancarkan 1 Januari tahun lalu, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan sepanjang tahun ini mendaftar dengan program ini.

Kata Zeti, memandangkan kedudukan kewangan kerajaan semasa perlu dikukuhkan, ia tidak dapat memperuntukkan dana tambahan.

“Satu lagi bantuan dan insentif yang baik untuk rakyat telah dimansuhkan oleh kerajaan PH.

“Kalau tak suka nama ADAM50 pun, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50 ataupun MatSabu50. Janganlah mansuh,” luah Najib kesal.

ADAM50 merupakan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan BN pimpinan Najib dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 untuk ADAM50, program ini bermatlamat menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru dilahirkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 11:54 AM | Show all posts
matsabu50...wakakakakkakakaakaka

sembang pasai 50....selalu saya ada baca kawan kita akt sini selalu asyik taip 50 januari...rupanya ini hasilnya...wakakakakkakaka

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapo suruh letak namo cucu ko jib...letak la nama cucu atok plak..
Allycat50 ka
Meliaq50 ka
Sabun50 ka
Matganja50 ka
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 12:43 PM | Show all posts
Mazslee50   lebih sesuai  DS....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 12:50 PM | Show all posts
bergendang sakan skang abg jibb skang....ahaks!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.094131 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list