Memetik sumber FB Urang Sabah, polis mengesahkan telah menahan dua orang lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan mencuri lembu dan kerbau di sekitar perkampungan Laya-Laya , Daerah Tuaran pada 12.10 tengah malam semalam.
Kredit foto: Facebook
Kereta yang dinaiki oleh dua suspek itu telah ditahan oleh polis peronda daripada IPD Tuaran dan daging kerbau yang telah dipotong-potong dijumpai di dalam kenderaan Proton Wira mereka Menurut siasatan, kedua-dua pencuri ini giat menjalankan aktiviti haram mereka di daerah Kota Belud dan Tuaran.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, selepas laporan itu diunggah di internet, netizen yang geram dengan kejadian lembu jalanan menghalang dan mengakibatkan banyak kemalangan menggesa kedua-dua pencuri itu dilepaskan dan mencadangkan lebih banyak lembu-lembu terbiar dicuri.
Kredit foto: budak bakong
Antara komen yang diutarakan termasuklah kegagalan pemilik lembu mengawal haiwan ternakan mereka. 'Kalau lembu dilanggar mati, semua nak minta ganti rugi tapi kalau pemandu mati pemilik lembu berpakat tidak mengaku' kata seorang netizen.
Kredit Foto: Harian Metro
Tidak cukup dengan itu, pengguna jalan yang geram dengan kawanan lembu liar juga mencadangkan di area mana pencuri-pencuri lembu perlu beraksi. Antara yang dicadangkan termasuklah dareah Tambunan, Kota Belud, Kiulu, Tuaran, Pitas dan Keningau.
Kredit Foto: Berita Harian
Sekiranya membaca suratkhabar tempatan, memang betul banyak kes kemalangan maut terjadi di kawasan-kawasan yang disebut di atas. Mungkinkah ini luahan rasa geram netizen terhadap pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab? |