Bila seseorang itu minat kepada seorang artis, tidak kiralah di peringkat antarabangsa mahupun tempatan, janganlah terlalu taasub hingga ingin membanding-bandingkan mereka.
Baru-baru ini, seorang peminat K-Pop di Twitter dikecam netizen apabila membandingkan artis kegemarannya, Namjoon dari kumpulan K-Pop, BTS dengan artis tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kredit foto: Twitter
"Who has done so much for music industry? RT for Namjoon. Like for Siti Nurhaliza."
Rata-rata netizen menghentam individu berkenaan selepas melihat status yang tidak masuk akal ini. Ramai juga peminat K-Pop lain turut berkongsi rasa malu terhadap perangai peminat K-Pop yang seorang ini.
Dipercayai, peminat K-Pop ini pernah memuat naik status mendakwa dirinya mengalami masalah depresi dan isu itu tidak terlepas dari pandangan netizen.
Kebanyakan peminat K-Pop menyatakan bahawa mereka juga meminati genre tersebut tapi tidaklah sampai tahap obses macam ini.
Tak kisahlah kalau nak bangga dengan artis pujaan, tapi tak perlulah nak bandingkan pencapaian mereka. Tolonglah berpijak di bumi yang nyata. - CARI |