CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23709|Reply: 180

[Jenayah] [UPDATE: Video MENYAYAT hati, IBU TERDUDUK MERAUNG #1] Kes 2 budak MAUT kena TET

[Copy link]
Post time 9-1-2019 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 9-1-2019 06:03 PM


Ibu tidak sangka kenalan suami sanggup bunuh dua anaknya
By admin -  9 Januari 2019


YAN – Ibu kepada dua kanak-kanak yang ditetak hingga mati di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, di sini, malam tadi tidak menyangka suspek yang merupakan kenalan suaminya sanggup bertindak kejam terhadap anak-anaknya.

Noor Hasyelawati Yusoff, 37, berkata kedua-dua anaknya yang masih kecil itu tidak melakukan kesalahan kepada sesiapa pun, malah salah seorang daripadanya masih menyusu badan.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Noor Hasyelawati berkata ia berlaku kira-kira 11.45 malam ketika dia baharu hendak tidur bersama dua anaknya itu iaitu Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz, setahun, di dalam sebuah bilik, manakala anak sulungnya Mohammad Hakim, 7, tidur bersama ibunya, Jamilah Ismail, 60, di bilik bersebelahan.

“Waktu itu saya baru masuk tidur dan terdengar suara seorang lelaki yang juga kenalan suami saya memanggil nama suami saya di luar rumah sebelum lelaki itu memecah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.

“Suami ketika itu tiada di rumah kerana pergi ke laut dan abang ipar saya yang tidur di tingkat atas rumah turun untuk melihat keadaan itu tetapi dilibas dengan parang dan cedera di pipi kiri,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Melihat keadaan itu, Noor Hasyelawati berkata dia bersama abang iparnya itu, Sobri Saad, 52, melarikan diri keluar dari rumah dan mendapatkan pertolongan daripada jiran.

Namun, selepas masuk semula ke rumah untuk mendapatkan anak-anaknya, suri rumah itu mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia, namun bersyukur kerana anak sulung dan ibunya yang berada di bilik sebelah selamat.

Noor Hasyelawati berkata, selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek yang tidak bekerja melarikan diri dengan sebuah motosikal, namun berjaya ditangkap polis dengan bantuan penduduk kampung.

Ibu kepada dua kanak-kanak yang ditetak hingga mati di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, di sini, malam tadi tidak menyangka suspek yang merupakan kenalan suaminya sanggup bertindak kejam terhadap anak-anaknya
“Ketika dia keluar daripada rumah dia sempat menjerit kepada saya ‘anak hang dah selamat mandi darah dah’,” kata Noor Hasyelawati.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah berjaya ditahan sejurus selepas kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat dua beradik itu juga telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.


[UPDATE] Kelu lihat 2 anak 'bermandi darah'


“SEBAIK lelaki itu beredar saya masuk semula ke dalam bilik tidur, dan terkejut melihat keadaan mereka berlumuran darah di kepala dengan kesan kelar dan tetak di atas katil sudah tidak bernyawa.”

Begitu kata Noorhasyelawati Yusoff, 37, ibu kepada Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz Idris, 1, yang mati dibunuh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, suspek yang juga penganggur turut menjerit ke arah Noorhasyelawati ketika dia pergi ke rumah ibu saudaranya untuk mendapatkan bantuan.

Lelaki itu kemudian memberitahu wanita terbabit bahawa anaknya sudah ‘bermandi darah’ apabila Noorhasyelawati berpatah-balik, sebelum dia meninggalkan rumah berkenaan.

Difahamkan, Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya dikelar pada leher.

Sementara, anak sulungnya Mohammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya, Jamilah Ismail, 60, terselamat.

Noorhasyelawati berkata, ketika kejadian, dia dan dua anaknya itu sedang tidur dalam bilik di tingkat bawah rumah, manakala anak sulungnya tidur dengan neneknya di bilik bersebelahan.

Menurutnya, dia terjaga apabila terdengar suara orang memangil nama suaminya Idris Saad, 47, sebelum terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu.

“Saya terus keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 52, di sebelah kiri muka sebelum dia meluru pula ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal apabila terlindung dengan langsir.

“Saya kemudian terus berlari keluar rumah meminta bantuan ibu saudara di sebelah rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


SOBERI menunjukkan kecederaan pada pipinya

Sementara itu, Soberi berkata, dia yang sedang tidur di tingkat atas terjaga apabila mendengar bunyi ‘kecoh’ lalu turun dan terlihat kelibat lelaki berparang di dalam rumah.

“Ketika itu keadaan gelap dan samar-samar sebelum dia terus menyerang saya menyebabkan cedera di pipi kiri sehingga menerima 10 jahitan.

“Saya yang bimbang terus berlari keluar dan tidak sangka dia sanggup membuat anak saudara saya seperti itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 1:41 PM

Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...


“SELALU balik sahaja dari sekolah cucu saya (Nurul Hanim) akan makan dahulu, namun semalam dia tak mau sebelum masuk ke dalam bilik dan tidur sehingga ke malam."

Begitu kata Jamilah Ismail, 60, nenek kepada Mohamad Hafiz Idris, 1, dan kakaknya Nurul Hanim Idris, 5, yang maut selepas dikelar dan ditetak oleh lelaki yang mengamuk di Kampung Tengah, Sungai Yan, Yan, malam semalam.

Jamilah berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa apabila cucunya yang mesra dipanggil Angah itu berkelakuan sedemikian.

Menurutnya, malah ketika bangun seketika malam tadi pun, dia tetap tidak mahu makan apabila ditanya sebelum masuk semula ke dalam bilik dan terus tidur.



“Tidak lama kemudian saya yang berada bersama seorang lagi cucu lelaki Mohammad Hakim, 7, (cucu sulung) di dalam bilik lain terdengar orang menjerit dan mengamuk di luar rumah.

“Saya hanya dengar lelaki itu bertanya di mana menantu saya (Idris Saad, 47) selepas dia menendang pintu dapur.

“Saya beritahu Idris tidak ada sebelum adik menantu saya yang berada di tingkat atas turun ke bawah, namun dia diserang dan cedera di telinga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, ketika kejadian, menantunya tiada di rumah kerana turun ke laut dan tidak menyangka lelaki terbabit tergamak membuat cucunya seperti itu.

“Ketika berlari keluar menyelamatkan diri pun, saya terdetik di dalam hati apalah dia nak buat dekat cucu (mangsa).

“Malah, Angah ketika pulang ke sekolah sempat menunjukkan lukisan dilukisnya dan saya meminta dia menyimpan elok-elok dan tunjukkan dekat mak dia nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 11:48 AM

Wartawan temuduga nenek mangsa dan visual katil berlumuran darah

2 budak maut dikelar

DUA kanak-kanak maut dikelar seorang lelaki di Kampung Sungai, Yan, malam tadi.



Dalam kejadian 11 malam itu, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, kanak-kanak perempuan, 4, dan kanak-kanak lelaki, 1, yang berada di dalam bilik bersama ibunya kemudian diserang suspek sebelum dikelarnya.



Menurutnya, suspek bagaimanapun ditahan sejurus selepas kejadian.

“Siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 7:54 AM

Dua beradik maut disembelih
NORJULIANA YAACOB | 09 Jan 2019


YAN - Dua beradik maut disembelih oleh seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah di kediaman mereka di Kampung Kuala Sungai Yan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.55 malam tadi.

Katanya, suspek berjaya ditahan polis beberapa jam selepas kejadian.

"Mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 1 tahun dua bulan dan empat tahun," katanya

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah. ..sedihnya baca....dah tahu laki penagih dadah ...lagi mau teruskan. ....

Innalillah. ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah...runtuh jantung aku nak baca ni
mohon acik2 kepam pemuja2 zamani tulang bengkok taik dadah memuji2 penagih dadah yg dah sembelih anak2 ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah..

Tapi rakyat malaysia gigih nak suh halalkn ketum dan ganja bagai

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2019 08:05 AM | Show all posts
Dipercayai penagih ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 9-1-2019 08:14 AM

tu sbb aku sokong sgt cadangan kumpulkan semua penageh tegar ni kat sebuah pulau terpencil.biarkan dorang hidup sendri disitu.aman negara khennn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 08:19 AM | Show all posts
akusukaq replied at 9-1-2019 08:13 AM
tu sbb aku sokong sgt cadangan kumpulkan semua penageh tegar ni kat sebuah pulau terpencil.biarkan d ...

sokong!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:23 AM | Show all posts
Allahuakbar
pagi2 dah baca news macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 9-1-2019 08:13 AM
tu sbb aku sokong sgt cadangan kumpulkan semua penageh tegar ni kat sebuah pulau terpencil.biarkan d ...

Sokonggggg.....pastikan tak berenang balik tanah besar.
Letak papan tanda awas.

Budak2 tu anak dia ka..berita pendek sgt. Parents depa mana...
Kecik lg...anak2 syurga bergembiralah di syurga....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:32 AM | Show all posts
berita pendek sangat ni. siapa penagih tu? bapak diorg or sedara terdekat? mak dia mana? jadi hamba dadah sampai otak tak berfungsi. teruk sungguh realiti zaman sekarang.  

kesian budak2 tu tak berdosa. kenapa ko sembelih diorg bukan diri ko sendiri ha????
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Penagih ni sehatus diasing kan disebuah pulau sahaja. Hantar kan je stok dadah biar depa isap sampai mampus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 08:46 AM | Show all posts
2 budak maut dikelar


DUA kanak-kanak maut dikelar seorang lelaki di Kampung Sungai, Yan, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, kanak-kanak perempuan, 4, dan kanak-kanak lelaki, 1, yang berada di dalam bilik bersama ibunya kemudian diserang suspek sebelum dikelarnya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun ditahan sejurus selepas kejadian.

“Siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 7:54 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:50 AM | Show all posts
kesiannya..teringat kes kat puchong tu..bapak kelar anak..taik dadah gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 09:01 AM | Show all posts
4-year-old girl, younger brother slashed to death
January 9, 2019 @ 8:39am


(Left) The remains of the two children found in their home at Kampung Sungai in Yan. (Right) The suspect was arrested shortly after his fatal attack. -NSTP

YAN: A four-year-old girl and her younger brother were slashed to death by a man, who ran amok and barged into their house at Kampung Sungai here last night.

It was learnt that the suspect had initially got into an argument and attacked a person before he barged into the victim’s at 11pm.

All hell broke loose when the suspect found the girl and her one-year-old brother with their mother inside a room in the house.

The suspect, who was armed with a sharp object, attacked the three of the family before leaving the house.

Kedah Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Mior Farid Al Atrash Wahid said the suspect was arrested shortly after the incident.

“Checks showed the suspect have criminal records involving dadah related offence,” he said, adding that the case is being investigated under Section 302 of the Penal Code for murder.

It is learnt that the police will apply for a remand order against the suspect this morning to facilitate investigation into the case.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 09:06 AM | Show all posts
ada budak penagih kt kg aku penah ugut nak tikam nenek aku sb tegur dia mundar mandir kt kwsn umah. takut weh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:10 AM | Show all posts
aku rasa sedara terdekat family nie....

penagih2 dadah nie patutnya ditembak mati jer.... diorang nie lah yang jadi penjenayah kecik2 mcm peragut, cungkil besi jalanan....etc semata2 nak beli dadah..

bila dah dibawah pengaruh dadah, tu yang rogol anak sendiri. dah tak blh bezakan mana mak mana anak

kalau ada sapa2 yg cakap penagih dadah blh dipulihkan tu hanya 0.1% jer... yg lain2 tu mmg akan kembali menagih... sbb urat saraf dah rosak...minda tak berfungsi sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:10 AM | Show all posts
Ya Allah
Geramnya baca budak kecik, umur baru setahun kena kelar
Kenapa ko tak bunuh diri sendiri jer setan?!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:12 AM | Show all posts
innalillah
mak bdk2 tu cmna?
xcedera ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.116091 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list