CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3277|Reply: 24

Dah Rompak, Tinggal Najis!

[Copy link]
Post time 8-1-2019 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Sudahlah merompak, ditinggalkan pula najis merata-rata di kediaman mangsa.


Harian Metro melaporkan, kumpulan perompak 'geng najis' terus melakukan jenayah pecah rumah di Bandar Tasik Puteri, 5 pagi semalam dengan meyusup melalui tingkap tandas sebelum meninggalkan najis berhampiran sinki di hadapan rumah seorang warga emas.


Suspek sempat melarikan buku cek milik penghuni yang dikatakan tidak menyedari kediamannya diceroboh.




Kredit foto: Harian Metro/NSTP




Khairirul Fazli A Rani, 44, pengawal keselamatan yang membuat rondaan ketika kejadian berkata, dia dimaklumkan bahawa sebuah rumah hampir dipecah masuk seorang lelaki jam 5 pagi.


Menurutnya, seorang penghuni rumah berdekatan berusia 20-an mendakwa terlihat kelibat seorang lelaki selepas terdengar bunyi tingkap di tingkat bawah rumahnya diumpil.

“Dia yang terkejut dengan kehadiran penjenayah terbabit menjerit menyebabkan suspek terus melarikan diri.

“Pemeriksaan di rumah itu menemui satu beg plastik mengandungi buku cek, resit bayaran dan cermin mata, selain kasut baru serta selipar dipercayai digunakan penjenayah,” katanya.


Penemuan barang itu membawa Kharirul ke rumah pemilik buku cek yang terletak di kawasan perumahan sama.

“Pemilik buku cek yang juga lelaki warga emas berusia lingkungan 70-an terkejut mendapati rumahnya berselerak selain mendakwa sukar bangun tidur berbanding hari lain.

“Pemeriksaan di rumah itu mendapati beberapa barang miliknya termasuk buku cek hilang dilarikan penjenayah selain penemuan najis manusia,” katanya.


Ini merupakan insiden kedua dalam tempoh tiga hari di kawasan perumahan sama. Menurut laporan, seorang kontraktor di Bandar Tasik Puteri kerugian RM3,000 selepas rumahnya dipecah masuk penjenayah yang turut meninggalkan najis di ruang parkir depan rumah mangsa. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon la punya kerja ni....vera merata dan sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Berak selepas pecah rumah amalan Indon
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu pukau kata uncle aku kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:30 PM | Show all posts
ha ah, biasa dengar orang tua cakap kalau ada tinggalan begitu, itu ilmu yang diamalkan pencuri tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 03:43 PM | Show all posts
Nasib baik beg LV dia pencuri tak ambil. Ni mesti pencuri tak tahu nilai beg tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 03:46 PM | Show all posts
Malang bertimpa dah kena rompak nak kena bersihkan najis pula
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 04:34 PM | Show all posts
pukau?

mau tak sedar tido kalo dah pukau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 06:53 PM | Show all posts
kenapa tak berak kat bank sahaja
bole rompak juta2, pak guard, staff bank semua tido kene berak

mngkin kene taik banyak2 dlu baru bole  jalan agknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
santet kat taik dia boleh? kasi panas dia punya juboq
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 06:55 PM | Show all posts
ingatkan perompak 1mbabi tadi.
lepas rompak, tinggalkan najis. pastu dok bersinis2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam UMNO...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 07:02 PM | Show all posts
Pukau ke klu taktik gini ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu pukau indon ni. Amalan nya pas merompak, diorang akan berak kat situ.

Selain dari meninggalkn berak, ada juga pengamal yg mesti MAKAN makanan kat rumah mangsa.

Ada ilmu yg lain, pas rompak rumah, diorang akan tinggalkan duit2 syiling. Yg ni konon nya diorang “membayar balik” utk barang hasil curian.

Semua ni ada maksudnya; untuk membuatkan ilmu mereka ampuh dan tidak mudah ditrace oleh mangsa.

Tapi tak semestinya indon, ada jugak orang local yg menuntut ilmu ni dari indon.

Anyway yg kena berak tu la kesian. Dahla harta habis, kena cuci taik orang lagi. Sakit hati.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 8-1-2019 06:53 PM
kenapa tak berak kat bank sahaja
bole rompak juta2, pak guard, staff bank semua tido kene berak


Kahkahkah dua plo sen utk lawak ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompem pukau org dalam rumah tu dgn taik dia. Nauzubillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu biar tertido ke penghuninye
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Najis sungguh spesis perompak ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:15 PM | Show all posts
Beuh, teruk sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 12:43 AM | Show all posts
tunggu la dalam seminggu dua.
nati si perompak tu mesti ada buat sinis kat fesbuk

"aii tuan rumah, ngemas ke?? dgr citer haritu janji dah taknak ngemas...
hari tu janji nak buat rumah bau wangi, nape bau taik??

tak tunai janji ke??"


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.075784 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list