CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1380|Reply: 1

Berhati-hati, Mesej Palsu Whatsapp Gold Tular Lagi!

[Copy link]
Post time 8-1-2019 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Marketing Mind




Netizen diminta berhati-hati apabila menerima mesej tentang WhatsApp Gold yang kononnya menawarkan ciri-ciri premium kepada mereka yang memuat turun aplikasi tersebut.


The News Minute pada 6 Januari lalu melaporkan, mesej itu berunsur penipuan dan hanya memuat turun perisian hasad (malware) ke dalam telefon pintar.




Kredit foto: Current Hacking News




Salah satu mesej tersebut berbunyi, "Wow! Akhirnya Whatapp Gold Versi Rahsia telah didedahkan, versi ini hanya digunakan selebriti terkenal.

"Anda mesti memuat turunnya sekarang untuk menggunakan ciri-ciri seperti logo Whatsapp Gold dan tema-temanya, mesej sulit tanpa memaparkan nombor telefon anda, mod wifi percuma, panggilan video, siapa yang melihat gambar profil anda, panggilan percuma dan lain-lain," tulisnya.


Dalam mesej sama, turut dipaparkan pautan untuk memuat turun Whatsapp Gold.  


Berikutan kemunculan mesej tersebut, sekumpulan netizen yang prihatin meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan yang disebarkan.







Kata seorang netizen, "Hari ini, Whatsapp Gold dibincangkan dalam radio dan ia adalah benar.

"Satu rakaman video akan diedarkan esok melalui WhatsApp dan ia dinamakan Martinelli. Jangan buka video itu! Jika ia memasuki telefon anda, tiada apa pun yang boleh dilakukan untuk membaikinya.

"Tularkan mesej ini jika anda mengenali seseorang. Sekiranya anda menerima mesej untuk mengemas kini Whatsapp Gold jangan buka! Mereka baru sahaja mengumumkan bahawa virus ini sangat serius. Hantar mesej ini kepada semua orang," katanya.


Mesej tentang WhatsApp Gold pernah tular pada 2016, meminta pemilik telefon pintar memuat turun kemas kini aplikasi berkenaan.


Dua tahun lalu, mesej palsu WhatsApp Gold menawarkan ciri-ciri seperti membolehkan pengguna melakukan sembang video, menghantar 100 gambar secara serentak dan memadamkan mesej selepas beberapa jam.




Kredit foto: Daily Express




Namun, sebarang kemas kini WhatsApp dilakukan melalui aplikasi tersebut dan bukannya menerusi mesej yang dihantar kepada penggunanya.


Pihak WhatsApp mengesahkan mesej terbaharu tentang WhatsApp Gold itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mereka.

"WhatsApp Plus tidak mempunyai kaitan dengan kami dan kami tidak menyokongnya," kata syarikat itu seperti dilaporkan Evening Standard.


Sementara itu, firma keselamatan teknologi maklumat Sophos memberitahu, walaupun video Martinelli tidak wujud, orang ramai perlu berhati-hati dengan WhatsApp Gold.


Sekiranya anda menerima mesej tentang WhatsApp Gold, buat tidak tahu sahaja dan terus padamkannya. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
phishing ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.617600 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list