Haiwan yang comel memang seronok dijadikan sebagai haiwan peliharaan seperti kucing ataupun arnab. Tapi, siapa sangka haiwan buas seperti buaya pun ada yang layan macam haiwan peliharaan!
Tular di Facebook, apabila seorang gadis dari Kelantan kelihatan begitu mesra dengan seekor buaya jinak yang katanya dijumpai di belakang rumahnya. Memang jinak habis sebab gadis ini berani memangku buaya tersebut tanpa rasa takut.
Kredit foto: Facebook
Meremang bulu roma bila tengok gadis ini tanpa rasa takut memeluk haiwan buas tersebut. Bahkan, netizen sendiri rata-rata mengatakan bahawa gadis ini mencari penyakit dengan reptilia ganas ini.
Kredit foto: Facebook
Beraninya, sekali dia ngap memang tak pasal-pasal! - CARI
jgn risau dia xkan makan tuan dia
sbb buaya paling extreme dlm air je
kat luar dia x kuat, dia lebih utk melarikan diri
tuannya paling teruk pon kene gigit xnk lepas je
18 jahitan je x byk pon
motif mungkin si gadis rela memangku buaya original
dari memangku buaya darat yg dok ngap sana, ngap sini
jgn esok ko daftar nikah kawen ngan boya ni plak dikk