CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] [Edisi Terlajak Perahu] Kritik Agong letak jawatan, UPDATED #175 Ulasan A. Kadi

  [Copy link]
 Author| Post time 9-1-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu yang memuat naik komen berunsur hinaan dalam media sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun tersebut.

“Kita telah menahan pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling, 45, selain pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah, 26, dan Nur Alia Astaman, 25, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi turut menasihatkan masyarakat supaya menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2019 06:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 06:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:25 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-1-2019 08:05 AM
kenapa yg kene report ni sume stok2 kerjaya yg bagus dan opkoz highly skilled talent? CISCO, Doktor
...

Easy.

sbb IQ level yg berbeda



Yg IQ level low akan sembah sanjung la golongan tanjak ni semua sbb lembab tak reti menilai.... Yg IQ normal ada kerjaya selalunya bijak menilai tapi ada bodoh nya terselit pegi komen in public......

nk ikutkan apa yg diorg ckp tu semua THE UGLY TRUTH........... ummah low IQ jah takleh terima kenyataan anggap golongan tanjak ni bagus
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 9-1-2019 06:25 PM
Easy.



true indeed.well said
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:38 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 9-1-2019 02:01 PM
kau sembang mcm babi pun boleh terbang kan?

macam buraq ke?

anyway..ko butthurt nape..ko kan ngaku orang asal aka asli..nape ko bisu tak mau tolong suku kaum ko di gua musang lojing tu..hanya orang yang ko benci cam siti kassim je yang ade compassion kat kaum ko...sian..geng2 sanjungan kau tu lak yang pi kacau kaum ko..masyaawloh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2019 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
berani buat berani tanggung,
masuk lokap makan tanggung berak cangkung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 07:53 PM | Show all posts
katowjo replied at 9-1-2019 06:38 PM
macam buraq ke?

anyway..ko butthurt nape..ko kan ngaku orang asal aka asli..nape ko bisu tak  ...

Sendiri terlondeh tak terjaga, ada hati nak backup siti kasim.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 08:30 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 9-1-2019 07:53 PM
Sendiri terlondeh tak terjaga, ada hati nak backup siti kasim.

yang kelakarnye ko yang mengaku penduduk asal /asli tanah melayu yang dipersetankan pas(perasan arab) dan umno(geng bugis,pornogoro) dan dilakukan di negeri ex agong duk backup puak yang rampas tanah kaum ko sendiri...

masyaawloh zorro...bertaubatlah..ko tak kesian ke kat kaum kau orang2 asli di malaysia teutama di serambi moscow tu ie lojing gua musang etc...prfthhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 09:01 PM | Show all posts
katowjo replied at 9-1-2019 08:30 PM
yang kelakarnye ko yang mengaku penduduk asal /asli tanah melayu yang dipersetankan pas(perasan ar ...

Jawa sesat ni bodoh sgt ke segala isu lain kau angkut sampai penduduk gua mana dalam thread ni?  Jahiliahnya laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 04:22 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 9-1-2019 09:01 PM
Jawa sesat ni bodoh sgt ke segala isu lain kau angkut sampai penduduk gua mana dalam thread ni?  J ...

ok la tu ..ko sebagai orang asli...berjuang untuk puak2 yang menindas kaum kau..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 09:55 AM | Show all posts
katowjo replied at 10-1-2019 04:22 AM
ok la tu ..ko sebagai orang asli...berjuang untuk puak2 yang menindas kaum kau..

penyembah lembu mcm kau diam2 gi betulkan kuil2 sana...  jgn sembarang pacak.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 01:34 PM | Show all posts
Human rights group slams govt following arrests under Sedition Act
Published 18 hours ago on 09 January 2019

By Emmanuel Santa Maria Chin


KUALA LUMPUR, Jan 9 — A human rights group chided the government for still using the Sedition Act following the arrest of two men and one woman for posting comments on social media deemed insulting to Sultan Muhammad V.

Amnesty International Malaysia’s executive director K. Shamini Darshini slammed the arrests, saying the enforcement of the archaic law was a major step backwards for the country.


“The news of the arrest is a major step backwards in promoting the freedom of expression in the country.

“The Sedition Act has been enforced for far too long and used to stifle free speech in the country,” read the statement.


The trio had reportedly published posts deemed as insulting to Sultan Muhammad V after the Kelantan Ruler abdicated as the 15th Yang di-Pertuan Agong on Sunday.

Sultan Muhammad is the first Malay Ruler to ever step down as the Agong and abdicated slightly over two years into his five-year term.

Amnesty urged the Pakatan Harapan government to drop all charges against those arrested and reinstate a moratorium on laws deemed as repressive.

The group cited the Sedition Act 1948 and Communications and Multimedia Act 1998, while also opposing detention laws allowed under the Security Offences (Special Measures) Act 2012, the Prevention of Crime Act (Poca) and Prevention of Terrorism Act (Pota).

“The Malaysian government must repeal these laws in the next Parliament sitting which begins in March.

“Along with call for the Sedition Act’s full abolition, we are urging the government to drop all pending charges under this repressive law immediately and without condition,” said the group.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 03:21 PM | Show all posts
Syd replied at 7-1-2019 06:42 AM
Cara-cara nak kantoikan ummah yang kuat membawang.

Yang tak agak-agak membawang, berdebar tak?

soalan yg bagus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2019 05:33 PM | Show all posts
Batal kewarganegaraan kerana raja cadangan melampau
A Kadir Jasin  |  Diterbitkan Hari ini 10:58 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:58 pagi


ULASAN |

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menemui Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Johor Baru.

Laporan media massa, antara lain, mengatakan yang mereka bersetuju berterus terang antara satu sama lain dan akan berjumpa lagi jika ada isu yang hendak dibincangkan.

Baguslah. Pertemuan kali ini adalah atas kehendak Sultan.

Maka dalam semangat yang sama, saya rasa kita pun hendaklah berterus terang juga antara satu sama lain.

Kalau raja-raja boleh berterus terang dan berbaik sangka dengan perdana menteri, masakan kita sesama rakyat jelata tidak boleh berterus terang, terbuka dan bertolak ansur.

Baru-baru ini ada pihak yang dilaporkan menggesa agar kerakyatan orang yang dituduh menghina raja-raja dilucutkan.

Kalau silap sikit kita lucutkan kewarganegaraan, akhirnya tidak banyaklah warganegara kita yang tinggal. Lagipun, rasanya bukanlah mudah untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang.


Kita bukan negara diktator atau negara raja berkuasa mutlak yang boleh lucut kewarganegaraan atau campak seseorang ke dalam laut dengan sesuka hati.

Sebagai negara raja berperlembagaan, kita hanya dibenarkan bertindak mengikut undang-undang dan Perlembagaan.

Jadi apabila kita membuat cadangan janganlah keterlaluan atau bercanggah dengan perlembagaan sehingga kita nampak tidak cerdik dan anti-demokrasi.

Kedaulatan Undang-undang

Kita ada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti menghina institusi raja atau mana-mana juga institusi negara seperti Parlimen, mahkamah hatta menghina rakyat biasa sekali pun.

Saya pun sudah sekali disoal siasat oleh polis kerana laporan menuduh saya menghina dan mengancam Yang di-Pertuan Agong dan akan disoal siasat sekali lagi sebab ada laporan daripada ketua-ketua Umno dan PKR Kedah atas tulisan saya mengenai pertabalan sultan negeri itu.

Apa-apa pun kita hendaklah selalu beringat bahawa tindak-tanduk menjadikan institusi raja sebagai eksklusif dan tidak boleh disentuh itulah antara punca banyak kerajaan beraja di dunia akhirnya dihapuskan.

Institusi raja sebagai sebahagian daripada ciptaan manusia tentulah tidak lengkap. Raja tidak maksum. Kalau kita berpegang kepada ajaran al-Quran, kita tahu yang tidak seorang pun daripada kita terlepas daripada melakukan kesalahan.


Oleh yang demikian kita perlu saling menegur dan memberi peringatan. Hanya Rasullah maksum.

Misalnya kalau kita tahu ada tauke cuba rasuah raja kita atau ada orang yang pergi merata tempat cari tanah kerajaan kononnya bagi pihak raja, isteri raja dan anak raja kita kena bersuara.

Saya baru saja bagi tahu seorang menteri besar Pakatan Harapan (PH) mengenai dakwaan bahawa seorang tauke Cina sedang mencari tanah kerajaan di sebuah pulau kononnya bagi pihak anak seorang sultan.

Dan saya bagi tahu seorang sahabat wartawan yang mewakili sebuah syarikat hartanah China iaitu kalau di China mereka buang maharaja, apabila mereka buat bisnes di Malaysia mereka wajib hormat raja-raja kita. Mereka jangan buat kerja yang merendahkan daulat Raja-raja kita.

Eloklah kita semua selalu beringat bahawa dalam zaman Internet dan media sosial ini dinding ada telinga dan siling ada mata.


Syukur alhamdulillah bukan semua orang tidak baik. Sebaliknya banyak orang kita yang baik.

Kita ambil iktibar daripada cerita pengorbanan dan keberanian dua orang kakitangan awam wanita yang mengambil risiko besar menyimpan laporan asal Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun diarahkan untuk memusnahkannya.

Hasil tindakan berani mereka itu kini kita tahu bahawa laporan yang dibentangkan di parlimen telah dipinda atas arahan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak ketika menjadi perdana menteri.

Adalah kesilapan besar bagi para pembesar kita, termasuk Raja-raja, menganggap bahawa rakyat jelata tidak tahu apa yang berlaku pada musim panas yang lalu!

Kaji sejarah

Kepada pihak-pihak yang mahu kewarganegaraan rakyat Malaysia ditarik balik kerana kononnya menghina raja, saya sarankan mereka belajar daripada sejarah kalau mereka tidak mahu menjadi “penyokong yang membawa rebah”.

Mereka boleh mulakan dengan mengkaji sejarah kerajaan-kerajaan beraja di dunia supaya mereka faham dari mana kita datang, di mana kita berada dan ke mana arah tujuan kita.


Ada ahli sejarah mengatakan bahawa kerajaan beraja di negara kita adalah antara yang tertua di dunia.

Hal itu boleh dibahaskan, tetapi buat masa ini memadailah kalau saya katakan bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai raja berbanding bilangan penduduk, keluasan wilayah dan kekayaan ekonomi.

Jadi mungkin benarlah hujah yang mengatakan bahawa Malaysia adalah antara negara beraja tertua di dunia.

Kesultanan Melayu Indonesia tinggal adat sahaja

Ahli sejarah dan pengkaji politik sering mengambil Perang Dunia Kedua sebagai titik pemisah antara era lama dengan era baru.

Era baru sering dirujuk kepada era pasca-penjajahan apabila tanah jajahan negara-negara beraja Eropah mula mendapat kemerdekaan.

Sebelum Perang Dunia Kedua ada beratus-ratus negara dan negeri yang diperintah oleh raja.

Ambil contoh India. Ketika British mula mengundurkan diri, terdapat 565 negeri beraja yang diiktiraf secara rasmi tetapi selepas merdeka semuanya dihapuskan.

Di Indonesia sejarahnya lebih kejam. Banyak raja Islam dan ahli keluarga mereka dibunuh atau terbunuh ketika revolusi nasionalis pimpinan Sukarno.

Hari ini hanya tinggal satu atau dua sahaja kesultanan Indonesia yang masih mendapat pengiktirafan rasmi. Itu pun mereka berfungsi sebagai institusi adat sahaja.

Di dunia sekarang terdapat 29 raja moden yang memerintah kira-kira 40 buah negara, termasuk Ratu Inggeris yang dianggap raja di banyak negara Komanwel.

Di Malaysia kita ada sembilan raja yang memilih salah seorang daripada mereka menjadi Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun mengikut giliran.

“..Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan


Raja kita

Selamat bertakhta.”



A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Bersatu sebagai pimpinan pusat parti itu.

Rencana ini asalnya dimuat naik di blog beliau." Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 06:28 PM | Show all posts
melayu. berhentilah jadi barua ,penjilat..baik kadir jasin ...baik penjilat  monarki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 11-1-2019 06:28 PM
melayu. berhentilah jadi barua ,penjilat..baik kadir jasin ...baik penjilat  monarki

Dan jadilah penjilat Mao Zidong..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-1-2019 05:33 PM
Batal kewarganegaraan kerana raja cadangan melampau
A Kadir Jasin  |  Diterbitkan Hari ini 10:58 pa ...

aku baca byk kali artikel ni, tp mcm takde substance je
apa objektif yg pakcik kadir ni nak sampaikan sebenarnya????? nak suruh kita sapot monarki or menolak monarki??
aku x paham
ada sapa2 bleh tlg explain kat aku?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 11:56 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-1-2019 11:06 PM
aku baca byk kali artikel ni, tp mcm takde substance je
apa objektif yg pakcik kadir ni nak sampa ...

kesimpulannya kita kena support penolakan monarki

semua raja-raja dalam dunia ini akan dihapuskan.
yang tinggal akhirnya nanti hanyalah 4 raja adja: King of Hearts, Spades, Diamonds and Clubs

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-1-2019 11:06 PM
aku baca byk kali artikel ni, tp mcm takde substance je
apa objektif yg pakcik kadir ni nak sampa ...

Lorr eh, pak kadir cara halus tegur raja2..kalau raja asyik buat hal rakyat ada kuasa nak tolak. Dia bagi contoh negara yang dah lenyap sistem diraja sebab perangai raja sendiri. Jadi pak kadir  rasa tak adil orang yg kritik raja akan dilucutkan warganegara. Bagi dia itu cadangan yg melampau. Dia tegur jangan jadikan raja terlalu kebal/ekslusif..nanti hujungnua rakyat mengamuk kang lenyap terus.

Tambah dia ni zaman internet, jangan raja ingat boleh sorok, sekejap jer orang tahu kesalahan tu, contoh jual tanah rakyat kat Cina.

Kesimpulan Pak Kadir, puak2 yg bagi cadangan utk tarik kerakyatan, boleh jadi akan jadi rakyat berontak dan takut2 terus lenyap sistem beraja.

Ampun tuanku.

P/s: nak kritik ikut cara Pak Kadir ni halus lagi bermakna, tak perlu caci maki, tak pasal2 kena buang kerja. Memang kita semua tengah marah kat raja2 skg ni, tapi maki dan hina secara terbuka tu diri sendiri takda adab lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.416689 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list