CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5815|Reply: 14

Topeng oksigen, tandas pesawat... ini 11 rahsia penerbangan yang ramai tak tahu

[Copy link]
Post time 3-1-2019 04:05 PM | Show all posts |Read mode

MEREKA yang kerap menaiki pesawat pastinya sudah terbiasa dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
Namun kali ini mStar Online mahu kongsikan dengan anda, 11 rahsia mengenai penerbangan yang mungkin tidak diketahui ramai, memetik artikel dari Insider.

1. Topeng Oksigen
Sebelum pesawat berlepas, anda sering diingatkan mengenai topeng oksigen oleh kru kabin sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.


Adakah anda tahu sebenarnya topeng oksigen hanya boleh bertahan selama 15 minit sahaja?



Kedengaran menakutkan namun begitulah yang didedahkan oleh HuffPost.
Pada kebiasaannya, topeng berkenaan berupaya mengepam oksigen sekitar 12 ke 15 minit sahaja.

2. Bunyi loceng
Menurut posting blog oleh Qantas Airlines, bunyi seperti loceng yang kedengaran sewaktu anda berada dalam pesawat sebenarnya merupakan satu kod rahsia.
Kru biasanya menggunakan bunyi loceng tersebut untuk berkomunikasi dalam kabin.
Namun kadang-kala, ia juga digunakan untuk menyampaikan mesej kecemasan atau pertukaran haluan.

3. Meninggal dunia dalam penerbangan
Biarpun kru dilengkapi dengan kemahiran perubatan sekiranya berlaku kecemasan, mereka masih tidak mempunyai kelayakan untuk mengesahkan kematian.
Jadi, secara teknikalnya tidak wujud kematian dalam penerbangan kerana kematian seseorang penumpang hanya boleh disahkan selepas pesawat mendarat sahaja.

4. Jenazah di tempat duduk pesawat
Sekiranya ada individu yang meninggal, biasanya mereka akan kekal di tempat duduk asal melainkan ada kerusi kosong di bahagian belakang.
Hal ini kerana pesawat tidak mempunyai tempat khas untuk menempatkan jenazah.
Biasanya, kerusi akan direbahkan dan jenazah akan ditutup dengan kain.

5. Tandas pesawat
Tandas dalam pesawat biasanya boleh dibuka dari luar.



Ia direka sebegitu bagi tujuan keselamatan.

Biasanya terdapat kunci khas di sebalik tanda larangan merokok yang dilekatkan di pintu tandas.
Ia direka sebegitu sebagai salah satu langkah keselamatan dalam pesawat.

6. Minuman
Anda seharusnya berfikir dua kali sebelum memesan teh atau kopi dalam pesawat.
Menurut uji kaji yang dijalankan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar pada 2004 dan 2012, 1 daripada 10 pesawat yang wujud biasanya menyediakan minuman yang mengandungi coliform, bakteria yang biasanya ditemui dalam najis manusia.
Biarpun tidak bahaya, ia sekali gus menandakan kehadiran mikro organisma lain seperti E. coli.

7. Bayaran pembantu penerbangan
Petugas dalam pesawat tidak akan dikira waktu kerja dan pembayaran mereka selagi pintu pesawat tidak ditutup.







Maknanya, mereka juga tidak lagi akan dibayar selepas pintu pesawat dibuka, lapor The Points Guy.
Secara ringkasnya, mereka hanya akan dibayar mengikut waktu kerja sewaktu penerbangan sahaja.

8. Kuasa kapten
Mengikut peraturan persekutuan yang dikenali sebagai Pilot in Command (PIC), ia memberi kuasa tanpa had kepada kapten sewaktu berada dalam pesawat.
Dengan PIC, kapten boleh menahan mana-mana penumpang, mengeluarkan saman dan menghalang penumpang yang kelihatan sakit daripada menaiki pesawat.

9. Pas penerbangan
Nampak seperti biasa sahaja namun kandungan yang tertera di pas penerbangan anda sebenarnya mengandungi banyak maklumat tersembunyi.

10. Meja dalam pesawat
Sekiranya anda memesan makanan dalam pesawat, anda pastinya akan menggunakan meja yang dilekatkan di bahagian belakang kerusi hadapan.



Aspek kebersihan yang sering kali dipandang enteng oleh penumpang.


Namun tahukah anda meja berkenaan merupakan benda paling kotor dalam pesawat.
Ia biasanya dibersihkan sekali sehari sahaja.

11. Bidan dalam pesawat
Pembantu penerbangan bukan sekadar pelayan di udara, malah mereka juga mempunyai kepakaran lain.
Sewaktu latihan, mereka turut diajar pelbagai perkara teknikal termasuklah menyambut kelahiran bayi ibu-ibu mengandung sewaktu mereka berada dalam pesawat.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 02:16 PM | Show all posts
thanks sharing
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 02:59 PM | Show all posts
good info TT

i believe mesti dia guna kod rahsia among them if ada 'dead body' in the cabin
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 04:51 PM | Show all posts
bila baca jenazah akan duduk di kerusinya sehingga pesawat mendarat...terus teringat citer Phobia yg kebrapa ntah...seram gila stewardess tu kena handle mayat puan diraja tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:32 PM | Show all posts
tak hygiene nya pesawat,,hmm betui ka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 04:26 PM | Show all posts
good reading
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice to know
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2019 11:40 AM | Show all posts
good info..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 02:35 PM | Show all posts
sama gak yang share info pasal bilik hotel. remote tak bersih la, cadar tak ganti la, gelas tak cuci la. letih gak kalo masuk hotel semua benda nak check. akak tawakal je. mana yg boleh dicuci, akak cuci dulu sebelum guna. takkan nak kena bawak towel, cadar, selimut sendiri tiap kali nak check in hotel. kalo mcm tu baik dok kat rumah je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 01:29 PM | Show all posts
Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Great sharing, TT. Seram plak part the dead body remains at the seat cover dengan kain je.. Iyks!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
good info.. tapi part dead body tu scary plak rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 09:28 AM | Show all posts
ooo seram bila ada dead body wooo.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 14-1-2019 02:35 PM
sama gak yang share info pasal bilik hotel. remote tak bersih la, cadar tak ganti la, gelas tak cuci ...

Betul. Kalau cadar, selimut atau apa nampak tak bersih atau berbau, minta tukar. Gelas, cawan dan kettle memang tak guna. Sebab pernah baca pasal orang rebus panties dalam kettle dan guna gelas atau cawan untuk cebok. Rela minum mineral water tak payah kopi teh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047669 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list