CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2164|Reply: 10

[Tempatan] terowong seram jln ampang

[Copy link]
Post time 2-1-2019 03:18 PM | Show all posts |Read mode


ehhh, ada hantu selama ni kat kg baru. jgn pandang belakang.




EKSKLUSIF: Seram sejuk wartawan dijengah 'kelibat' berjubah putih

• Kelibat seakan-akan lelaki berjubah putih mengintai di sebalik tangga di salah satu hentian Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, ketika waktu menghampiri jam 1 pagi cukup mengejutkan.

• Pengalaman mistik wartawan BH ketika menyertai petugas RapidKL menyusuri terowong laluan bawah tanah yang terletak lebih 40 meter di bawah Tanah Perkuburan Islam Ampang itu, membuka 1,001 persoalan mengenai kesahihan misteri lelaki berjubah putih yang sekian lama dikatakan ‘menghuni’ fasiliti LRT yang mula beroperasi sekitar 1999 itu.

KUALA LUMPUR: Jauh di bawah Tanah Perkuburan Islam Ampang yang menjadi tempat bersemadinya seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma, terbentang jajaran terowong bawah tanah yang cukup penting.

Dikatakan ‘tersembunyi’ daripada pengetahuan ramai sejak 20 tahun lalu, terowong terletak lebih 40 meter di bawah tanah atau menyamai kedalaman tujuh hingga lapan tingkat bangunan itu menyimpan kisah unik, termasuk berunsurkan mistik.

Pastinya kisah mengenai lelaki tua berjubah putih antara yang menghiasi kisah mistik terowong bawah tanah itu, selain dikatakan turut beberapa kali menampakkan diri di sekitar stesen transit aliran ringan (LRT) Kampung Baru dan Dang Wangi.

Kru dokumentari BH berpeluang menyusuri terowong unik yang dibina khusus sebagai laluan keluar alternatif sekiranya berlaku kecemasan dalam LRT, iaitu akses daripada terowong tren laluan LRT Kelana Jaya di Stesen Kampung Baru-KLCC.

Bukan untuk merungkai kisah mistik, namun kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk menyelami kesahihan kisah yang menyelubungi terowong itu.




Imej misteri muncul dalam foto

Apa yang pasti, kru BH sendiri turut dijengah kemusykilan apabila kelibat seakan-akan lelaki berpakaian putih samar-samar muncul dalam satu foto yang dirakam, sebelum memasuki terowong terbabit.

Kewujudan imej misteri itu hanya disedari beberapa hari selepas tinjauan di terowong terbabit, namun sejauh mana kaitan imej berkenaan dengan kisah mistik lelaki berjubah yang ‘menghuni’ kemudahan LRT itu sukar dipastikan.

Kisah mistik berkaitan terowong bawah tanah LRT heboh ketika awal operasinya iaitu sekitar 1999, apabila timbul dakwaan staf diganggu ketika kerja pengorekan.

Menjejakkan kaki menyusuri terowong gelap bersama-sama petugas RapidKL untuk tujuan latihan kecemasan, perasaan seram sejuk mula dirasai kru BH mengingatkan pelbagai cerita yang tersebar mengenai lokasi terbabit, apatah lagi jam ketika itu menghampiri jam 1 pagi.


KETUA Jabatan Operasi Rel Laluan Kelana Jaya PRASARANA, Muhammad Syafiq Abdullah.
Mungkin ‘rezeki’ penulis apabila Ketua Jabatan Operasi Rel Laluan Kelana Jaya PRASARANA, Muhammad Syafiq Abdullah, berkongsi cerita berdasarkan pengalaman bekerja berhampiran terowong itu.

“Mula-mula dulu ada gangguan seperti terdengar suara orang bercakap dan macam-macam lagi, tetapi tak ada mistik sangat seperti dihebohkan.

“Sebab itu, sekiranya ada latihan kecemasan, kita selalu pesan kepada staf jangan celupar dan jaga adab. Malah, jika ternampak apa-apa mencurigakan jangan sesekali tegur, sebaliknya buat saja kerja seperti biasa,” katanya yang sudah hampir 20 tahun bersama perkhidmatan LRT.

Buka lebih banyak cerita

Reaksi Muhammad Syafiq ibarat menyimpan kisah lebih menarik mengenai terowong yang sukar dikongsi, namun perkongsian hampir tiga jam sepanjang berada di ruang bawah tanah itu, membuka lebih banyak cerita.

“Sejujurnya, saya sendiri ada pengalaman apabila pernah terserempak orang tua memakai baju putih dan berserban, ketika hendak menamatkan operasi di Stesen LRT Kampung Baru.

“Ketika itu sekitar awal pagi dan saya ada tegur dia (lelaki berjubah), tetapi tiba-tiba disedari hilang di kawasan dinding begitu saja, berhampiran kawasan bawah kaunter.

“Gangguan begini bukan hanya berlaku sekitar Stesen LRT khususnya di Kampung Baru, tetapi mana-mana pun ada. Apa yang penting kita buat kerja kita dan biarkan ‘dia’ dengan dunianya dan kita pula dengan dunia kita,” katanya.





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2019 03:20 PM | Show all posts
kat sini pun ada hantu...kalau bagi komen tak pernah tak bowdow...rupanya jurutera letrik...tak padan dengan kereja komen macam bowdow.....mesti guna orang dalam....wakakakakkakakakakak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2019 03:22 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 2-1-2019 03:20 PM
kat sini pun ada hantu...kalau bagi komen tak pernah tak bowdow...rupanya jurutera letrik...tak pada ...

hantu kunyit pun dah banyak sekarang, membiak dgn cepat


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 03:23 PM | Show all posts
lavakru replied at 2-1-2019 03:22 PM
hantu kunyit pun dah banyak sekarang, membiak dgn cepat

tanah suboq...musim pulak musim hujan...wakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2019 03:25 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 2-1-2019 03:23 PM
tanah suboq...musim pulak musim hujan...wakakakakakkakakaka

minggu lepas, 2 ekor hantu kena tangkap dalam kereta, kena bedal kaw kaw hantu2 tu


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 03:39 PM | Show all posts
nape logo nstp dlm bulatan merah tu dikatanya mistik?
sepatutnya logo otosan meloya yg jauh lebih mistik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2019 05:56 PM | Show all posts
lavakru replied at 2-1-2019 03:25 PM
minggu lepas, 2 ekor hantu kena tangkap dalam kereta, kena bedal kaw kaw hantu2 tu

tu hantu duboq....wakakakakkakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
good reasoning. biarkan mereka dgn dunia mereka kita dgn dunia kite.

yg risaunya yg duk dlm dunia kiter ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu tu bunuh org ke.. kalo jumpa org jahat lg naya
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 01:37 PM | Show all posts
sinalegna replied at 2-1-2019 08:45 PM
Hantu tu bunuh org ke.. kalo jumpa org jahat lg naya

betul sis. dlm dunia skrg nie lagi rela jumpa hantu dari org jahat sbb jahat dorg lagi teruk dari hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 01:38 PM | Show all posts
btw dari zaman dulu lagi mmg dah kecoh kat dang wangi nie ada 1 kind of aura. tempat benda2 tu melepak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.059305 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list