CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 1

Nelayan Terima Ganjaran Lumayan Kesan Alat Pengintipan Bawah Air

[Copy link]
Post time 2-1-2019 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Sekumpulan nelayan menaikkan peralatan di bawah permukaan air di perairan China. Kredit foto: South China Morning Post


Nelayan-nelayan di China boleh mencari pendapatan tambahan dengan mengesan 'peralatan di bawah permukaan air yang meragukan' di sekitar perairan negara berkenaan.

Seperti dilaporkan oleh South China Morning Post pada 1 Januari, sebanyak 11 nelayan dari wilayah Jiangsu dan tujuh individu lain menerima ganjaran tunai dalam satu majlis anjuran pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.

Sebagai gambaran, seorang nelayan dari Lianyungang menerima ganjaran sebanyak 50,000 yuan (AS$7,300) kerana menemukan peralatan di bawah permukaan air pada Januari 2018.



Sebahagian daripada nelayan yang menerima ganjaran wang tunai daripada kerajaan China. Kredit foto: South China Morning Post




Sebanyak 11 peralatan dilaporkan kepada Kementerian Keselamatan Negara China pada 2018 di mana enam daripadanya adalah 'peralatan milik negara asing yang berupaya melakukan penyiasatan, identifikasi dan pengintipan'.

Walau bagaimanapun, butiran terperinci tentang 11 peralatan tersebut dan jumlah sebenar ganjaran yang diberikan kepada kesemua nelayan berkenaan tidak didedahkan.


Nelayan-nelayan di Jiangsu mempergiatkan usaha mencari peralatan di bawah permukaan air di sekitar Laut China Timur di mana kapal-kapal tentera laut Jepun dan Amerika Syarikat sering melakukan rondaan.





Salah satu peralatan di bawah permukaan air yang ditemukan di perairan China. Kredit foto: South China Morning Post


Tindakan kerajaan China menggerakkan orang awam dalam usaha membanteras kegiatan pengintipan di sekitar perairan negara berkenaan bukan satu perkara yang baharu.

Pada 2009, dua bot nelayan China menyertai tiga kapal tentera laut negara tersebut mengusir kapal pengintipan milik Tentera Laut Amerika Syarikat, USNS Impeccable di Laut China Selatan, berhampiran selatan Hainan.

Selain itu, media China melaporkan, seorang nelayan dari Wenzhou menerima ganjaran tunai kerana menemukan dron di bawah permukaan air milik negara asing di pantai berdekatan kampungnya.


Mungkin kerajaan Malaysia juga boleh memperkenalkan insentif serupa bagi menggalakkan nelayan-nelayan tempatan menyumbang dalam usaha menjaga keselamatan negara. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang jalan kan senang tangkap dron? Ikan pun dapat dron pun dapat. Takkan itu pun nak kena ajar macam lava
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042934 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list