Pelbagai cara dilakukan untuk menyambut Tahun Baru 2019, antaranya ialah percikan bunga api, selawat beramai-ramai, pesta makan-makan dan sebagainya. Namun apabila tular video berdurasi 53 saat memaparkan sekumpulan anak muda menyembur kenderaan yang lalu lalang dengan 'snow spray' seakan berparti, ia menimbulkan kemarahan netizen.
Kejadian yang berlaku pada malam tahun baharu di Teluk Cempedak, Kuantan itu jelas menunjukkan sekumpulan pemuda yang seronok melakukan perkara itu pada tiga buah kereta dan sebuah motor yang melalui jalan tersebut. Gelagat tidak senonoh itu turut disaksikan oleh ramai pengunjung yang merakamkan situasi tersebut seolah-olah juga berseronok.
Hal ini membuatkan ramai netizen marah kerana kebiadapan yang ditonjolkan dan lebih kasihan kepada penunggang motosikal yang disembur hingga mengabui pandangan dan menghalang jalannya.
Difahamkan ia juga bersempena ulang tahun ke-90 Teluk Cempedak yang diraikan bersama pengunjung. Pelbagai aktiviti turut dilakukan seperti Jom Jadi Baik oleh GAMIS Pahang dan sebagainya namun ia berakhir sebelum jam 12 tengah malam.
Lebih memalukan ialah apabila pengunjung yang mahu pulang tetapi diserbu oleh anak muda yang tidak prihatin tentang keselamatan orang lain, seperti di dalam video tersebut.
Justeru itu, ramai netizen meluahkan rasa kesal mereka seperti rakyat Pahang yang masih belum bersedia menyambut tahun baharu, kerana masih berfikiran cetek.
Kredit foto: FB
Berlaku pertelagahan pendapat antara sesama netizen apabila penduduk Pahang meminta supaya jangan dimasukkan sentimen kenegerian dalam tuduhan tersebut. Lebih memeranjatkan pula ialah ada yang memuat naik gambar dua pemuda yang turut terlibat dalam video tersebut yang disifatkan sebagai 'pekerja' berdedikasi.
Malahan, netizen menggesa mangsa yang terlibat dalam kes semburan 'snow party' tersebut membuat laporan polis supaya mereka yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.
Kredit foto: FB
Sedih melihatkan generasi pelapis negara berkelakuan biadab sebegini. Sampai bila kita harus berdiam diri dengan sikap biadab ini? Apa tindakan kita untuk memperbetulkan keadaan? - CARI
|