Objek yang didakwa Nessie seperti yang dilihat oleh Caroline Barnett melalui Loch Ness Webcam pada 19 Disember. Kredit foto: Mirror
Seorang wanita dari Farmborough, Bath di England mendakwa beliau telah melihat Raksasa Loch Ness 'berkubang' dalam tasik yang terletak di Scotland itu melalui rakaman video yang disiarkan secara langsung dari tebingnya.
Memetik laporan Mirror pada 22 Disember, Caroline Barnett, 42, menyedari terdapat objek sedang bergerak di dalam tasik tersebut ketika menonton Loch Ness Webcam pada pukul 10.20 pagi, 19 Disember.
Perunding perniagaan itu memaklumkan Daily Record bahawa raksasa berkenaan kelihatan tenggelam timbul serta mempunyai saiz yang menyamai sebuah bot.
"Saya pernah ke Loch Ness beberapa tahun lalu tetapi tidak melihat Nessie ketika itu. Saya tidak tahu sama ada saya mempercayai tentang kewujudannya tetapi saya menganggapnya sebagai hadiah Krismas walaupun ia agak mengejutkan.
"Saya mengambil beberapa rakaman video tetapi telefon saya kehabisan bateri. Saya tidak tahu apa ia sebenarnya, ia tidak dapat dijelaskan," katanya.
Kredit video: YouTube - News Live
Sementara itu, pegawai dari Pendaftar Rasmi Penemuan Raksasa Loch Ness, Gary Campbell mengesahkan apa yang dilihat oleh wanita tersebut.
Beliau memberitahu, Barnett pada mulanya menyangka objek yang dilihat itu adalah sebuah boat namun ia bergerak-gerak serta tenggelam timbul di dalam tasik.
"Warnanya agak gelap dan berada di kawasan timur tebing tasik," jelasnya.
Imej pertama yang dikatakan merakam raksasa Loch Ness yang terkenal dengan gelaran Nessie pada 1934. Kredit foto: Mirror
Penemuan Barnett itu sekali gus menjadikan apa yang didakwa sebagai raksasa mitos Scotland tersebut dilihat sebanyak 13 kali tahun ini.
Sehingga kini, masih belum ada pihak yang dapat mengesahkan sama ada Nessie benar-benar wujud namun misteri yang menyelubungi raksasa itu telah memberi pulangan sebanyak 41 juta kepada kawasan sekitar Loch Ness. - CARI
Post time 27-12-2018 10:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hehe dulu masa aku gi round Skotland, Scottish guide tu cakap, normally the monster's sightings take place in summer, then aku tanya why, dia jawab because plenty of whiskey around by then. Cibai tul aku ingat betul serious lah, kah kah kah ...
Post time 27-12-2018 10:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hehe dulu masa aku gi round Skotland, , Scottish guide tu cakap, normally the monster's sightings take place in summer, then aku tanya why, dia jawab because plenty of whiskey around by then. Cibai tul aku ingat betul serious lah, kah kah kah ...