CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2608|Reply: 30

[Tempatan] Bolehkah Melayu berfikiran kritis?

[Copy link]
Post time 27-12-2018 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Bolehkah Melayu berfikiran kritis?
Tajuddin Rasdi - December 27, 2018 8:55 AM

Setelah menganalisa beberapa berita yang disebar di WhatsApp saya dan isteri dalam kumpulan saudara mara dan rakan handai yang berjumlah lebih dari 10 “group”, saya membuat kesimpulan orang Melayu tidak boleh berfikiran waras, tidak tahu menilai secara kritis dan tak mahu fikir langsung jika sesuatu berita itu dikaitkan dengan isu Melayu dan Islam.

Boleh dikatakan kalau diceritakan dongeng 1001 malam tetapi ia berkait dengan menegakkan ketuanan Melayu dan melindungi Islam dari tercemar, orang Melayu akan percaya bulat-bulat dan tungang langgang.

Kalau berita atau isu yang dicoretkan itu mempunyai “watak jahatnya” sebagai orang Cina, orang India, DAP, Kristian, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, maka orang Melayu akan “totally lose it” atau dia hilang akal, tak tahu di mana otak dan fikirannya. Yang dia tahu adalah marah yang membuak-buak dan muka yang merah padam.

Melayu akan jadi tidak waras dan akan percaya bulat-bulat, akan tidak perlu selidik fakta atau sumber berita, akan percaya habis-habis dan tidak perlu tahu hujung pangkal; yang jahat memang Cina, Kristian, DAP, India, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Sekarang pula kita kena tambah senarai hitam musuh ketat orang Melayu yang disarankan seorang mufti seperti P Waytha Moorthy, P Ramasamy, M Kulasegaran dan V Ganavaritsu. Nasib baik Karpal Singh dah meninggal dunia, kalau tidak tsunami terjadi pun boleh dipersalahkan orang tua tu! Itulah lojik Melayu yang saya analisa.

Siapa orang Melayu yang tidak boleh berfikiran waras ini? Adakah mereka orang kampung? Adakah mereka sekolah setakat darjah 6? Adakah mereka ini kaki kedai kopi dan kedai mamak? Kalau itu sajalah golongannya, tuan-tuan, saya tak tulis artikel ini.

Kalau orang berpendidikan rendah berfikir macam tu memang kita boleh agak dan fahami dan maafkan. Tetapi sebaliknya, bukan golongan macam ini saja. Kebanyakan 99% Melayu kenalan saya yang pernah belajar di universiti luar negara, universiti tempatan, dah ada Master dan dah ada PhD, semuanya sama macam orang kampung dan kaki kedai kopi yang tidak berpendidikan tinggi.

Saya mempunyai ramai kenalan Melayu dan saya berani katakan yang tidak boleh berfikiran rasional, tidak tahu berfikiran kritis, tidak mahu berfikir panjang-panjang adalah orang-orang yang jawatannya tinggi-tinggi belaka.

Apa jawatan mereka? Guru sekolah menengah, guru besar, profesor madya, profesor VK7-6-5, arkitek, jurutera, pegawai tinggi GLC, pegawai eksekutif dan doktor. Bukan calang-calang pendidikan, tuan-tuan. Semuanya extra hebat belaka. Tapi fikiran? Macam tak sekolah tinggi pun. Percaya bulat-bulat, tunggang langgang dan habis-habis. Sebab? Nak menegak ketuanan Melayu dan keagungan Islam. Dosa fitnah? Tak kisahlah. Dosa mencerca? Sikit saja. Dosa menyampai-nyampai? Tak ada hal punya beb.

Apa nak jadi dengan orang Melayu macam ini saya pun tak tahu. Negara kita ni bakal hancur dengan Melayu yang tak boleh nak urus emosi dan berfikiran rasional. Tengoklah kes Kuil Seafield dan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Waytha dituduh tak semena-mena. Kenapa tuduh dia bertanggungjawab? Dia pukulkah? Polis kata samseng yang pukul. Dia arah kah? Polis kata mungkin One City punya lawyer bagi upah. Belum tahu lagi sebab penyiasatan tak habis. Tetapi orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp mempunyai “karamah” dan ilmu ghaib. Tak payah siasat. Tak payah soal suspek. Tak payah “post mortem”. Waytha salah. Dia perlu dipecat serta merta dan dihadapkan ke mahkamah. Boleh kita gantung dia minggu depan hari Jumaat? Begitu fikiran kaumku, orang Islam seagamaku. Malu saya dengan kawan-kawan bukan sekaumku, bukan seagamaku. Di mana nak sorok batang hidungku?

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menulis satu bab kegemaran saya. Tajuknya adalah Bencana Lisan. Kitab panjang lebar ini diringkaskan oleh seorang hamba Allah dan dibukukan dalam buku berjudul Bimbingan Mukminin. Dalam lebih 100 buku yang saya baca tentang Islam, ini adalah buku “favourite” saya. Saya khatam “cover-to-cover”.

Dalam bab Bencana Lisan, Imam Al-Ghazali menukilkan 20 bencana lidah kita yang bakal mengheret kita ke neraka. Tak kiralah kita dah pergi haji 4 kali, umrah 12 kali, lidah kita yang menginterpretasi maklumat berita dan cerita bakal menjerumus kita ke api neraka jahanam.

Saya amat takut dan berhati-hati dalam tulisan dan cakapan saya setelah membaca kitab itu. Pernahkah orang Melayu yang bukan ustaz atau ustazah menatap kitab ini? Saya berani kata kalau tanya 50 orang Melayu, mereka akan kata mereka tak pernah dengar pun kitab ini. Kalau tanya 100 Melayu ada kemungkinan yang kata pernah dengar tapi tak pernah beli. Kalau tanya 200 orang Melayu kemungkinan ada yang membeli tapi tak tahu simpan di mana. Kalau tanya 400 Melayu mungkin jawapan yang ada adalah pernah beli, ada kat rak buku tapi takut nak baca sebab ustaz kata kalau baca buku sendiri kita jadi sesat.

Minda kritis orang Melayu setakat itu saja. Mereka suka dengar ceramah dan celoteh Ustaz Kazim Elias, Ustaz Zamihan Mat Zin dan Ustaz Mat Don. Buat apa nak baca? Tanya ustaz sajalah. Kalau ustaz kata Ramasamy salah, maka salah Ramasamy lah tu. Kalau mufti yang ada PhD kata Waytha tu orang jahat maka jahatlah Waytha tu. Tak payah bukti, tak payah hujah panjang. Dua-dua mereka Hindu. Orang Hindu memang sembah berhala dan pakai sistem kasta. Zakir Naik pun cakap macam tu. Tapi Zakir Naik bukan ustaz. Tak apa, dia pandai cakap orang putih dan pandai ilmu agama Hindu. Kalau dia cakap dia memang betul dan tak ada yang salah. Dari orang Melayu jual goreng pisang sampai Pak Profesor mendokong Zakir, Azhar Idrus, Zamihan, Datuk Seri Hadi Awang dan siapa-siapa lagi yang pandai cakap Arab, serban besar, jubah panjang, selendang pula “style” Akil Hayy.

Kenapa orang Melayu suka sangat percaya pada fitnah dan dongeng WhatsApp? Tak takutkah pada dosa? Kenapa perlu takut? Tak pernah pun dengar khutbah Jumaat kata percaya kat WhatApp tu berdosa. Tak ada dalam kitab lama pun tentang bencana Instagram, WhatApp, Facebook atau Twitter. Maka itu tak berdosalah. Lagi pula kalau tersilap pun, kita nak jaga kedaulatan Melayu dan Islam. Perjuangan suci kononnya.

Aduhai, kesian orang Melayu, kata Datuk Ismail Kamus selalu. Beliau pernah berpesan, “Kita harus membetulkan yang biasa dan biasakan yang betul”. Kata-kata hikmat itu saya pegang sehingga hari ini. Kita umat Islam harus ada integriti. Kita perlu menilai maklumat, cerita dan berita dengan kritis, jika tidak, kita tumpang sekaki di neraka nanti. Bagaimana berfikiran kritis? Ada 4 perkara perlu ditanya untuk memastikan sesuatu berita, cerita dan maklumat itu kemungkinan besar sahih atau tidak.

Pertama, tahukan sumber berita itu. Tanya di mana berita ini didapati. Siapa penulis? Di mana ia diterbitkan? Perlu ada nama penuh penulis, walaupun penulis itu menggunakan nama samaran. Perlu tahu di mana ia diterbitkan. Sinar Harian kah, Berita Hariankah dan sebagainya. Kalau Facebook, Instagram, Twitter, semua tak boleh pakai. Sebabnya? Tidak ada penyunting berita dan cerita. Tidak ada editor yang bertanggungjawab.

Kedua, tanyakan apakah cerita keseluruhannya? Jangan reaksi apabila dengar India pukul Melayu. Lepas tu pergi demonstrasi di Dataran Merdeka. Mungkin Melayu kacau anak dara India maka dia kena belasah. Itu cerita penuhnya. Kebanyakan orang Melayu suka dengan sekerat cerita, bukan separuh pun, sekerat. Orang Melayu hebat, ada firasat dan ilmu ghaib jin. Maklumat sekerat dia boleh jadikan satu buku ceritanya. Tak boleh macam tu. Tidak kritis namanya. Tahu cerita sepenuhnya sebelum bertindak.

Ketiga, apa niat pembawa cerita, penulis isu dan pembawa bicara? Kalau dia boleh untung dari berita itu kerana dia parti lawan maka itu ada “conflict of interest” atau konflik kepentingan peribadi. Kena cuba teka-teka niat orang yang tulis. Mungkin dia nak bodek supaya dapat jadi menteri atau dapat projek atau menang pilihan raya.

Kempat, rujuk sumber lain tentang isu dan berita yang sama. Sekali-sekala tu tengok dan baca Roketkini. Ini Roketkini pun tak tahu binatang apa, tahu DAP juga yang salah. Cuba rujuk FMT atau Malaysiakini, jangan asyik baca Kosmo, Sinar Harian atau Utusan Malaysia berkurun-kurun sampai cucu pun dah nak masuk universiti.

Itulah dia empat petua nak tahu cerita sahih ke tak sahih dan petua nak lindung dari kita tersadai di neraka. Tak laku solat kita, puasa kita, haji kita dan sedekah kita. Lidah kita melalui WhatsApp, Instagram, Facebook dan Twiter menjunamkan masa depan kita di dunia dan di akhirat. Nasib-nasib kena tangkap polis menyebar berita palsu. Dunia pun terbang akhirat entah ke mana.

Wahai orang Melayu, tolong betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

https://www.freemalaysiatoday.co ... -berfikiran-kritis/

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ketuanan melayu sohai terdiam membaca artikel di atas...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah Melayu kelahiran Dasar Ekonomi Baru kata @Maideen.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Butoh la bangsat punya melayu penulis artikel.

Dah panas melayu secara kritikal thinking reject his point of view terus tulis konklusi melayu Tak boleh pikir.


Gi mampos la sial.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...99% kawan2 dia yg "totally loose it" tu profesional katanya.. besar sgt percentage tu.

Kalau ikut pengalaman aku plak bila ada sharing yg berunsur hasutan perkauman mcm ni semua krik2 malas nak layan sbb nak marah membuak2 pun bukan boleh ubah keadaan..

Sebab semua faham nak ubah keadaan kena tgok la capacity kita kat mana.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaum lain pun sama. Bodohnya engko itu pun nak melatah. Habis balaci forum ini pun melatah sekali kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2018 02:06 PM | Show all posts
buat penat tulis panjang2 tapi sendiri pun bodoh dan buta hati...
yg menjadi mastermind mengambil kesempatan dari kes Waytha utk melagakan Melayu dan India dgn mengupah gengster Melayu...
melayu ke yg pukul Adib tu...
keling2 tu semua..apa yg kau nak pertahankan...
bukan tanah kau...dah dapat pampasan..g la berambus...
kelahanatan perangai keling ni la akhirnya menyusahkan semua org...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah buktinya melayu sememangnya tak boleh berpikir secara kritis.  tak boleh atau tak berani kritik diri sendiri.  60 tahun lepas tanah yg kita pijak ini milik Melayu  .  tapi dlm 60 tahun ini juga tanah ini dah kita gadai tanpa ada galang sebagai peganti.  Kita tidak berjiwa besar.  Kita hanya mampu berpuas hati dgn apa kita ada.tapi se hukum karma nya..  kesinambungan itu tidak setakat terhenti disitu.  Ombak yg membadai tidak pernah akan lelah.  Mungkin dlm 60 tahun lagi kita bakal hilang semua.

Jadi insaflah saudara ku.  Ambillah masa UTK bermuhasabah.  Takdir itu takkan mampu kita jadikan alasan kpd anak cucu kita nanti. Sayangilah apa yg kita ada hari ini.  Sesungguhnya Allah takkan menolong ummah nya yg tidak mahu berubah.

Sekian..   wssalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 27-12-2018 02:47 PM

sejarah telah membuktikan sebenarnya kita Melayu boleh berlaku BESAR.  Tabung haji,  pusat zakat  ..  telah menunjukkan satu Kesatuan yg telah mendapat pengiktirafan dunia.  Kita seharusnya terus berpikir  .   Tidak cukup utk kita melabel sana sini..  cina kampong  , keling paria atau sebagainya  ..  tidak perlu . Itu sifat ke budak an.  
kita perlu lebih banyak perbincangan.  Jangan mudah sentap..   tidak perlu baling kerusi.  Mungkin agak sukar pada permulaan..  tapi niatkan kita perlukan perubahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:03 PM | Show all posts
kena sedar bahawa yg dtg tanah melayu ni spesis bukit dan pariah...
mungkin setelah sekian lama hanya 20% yg betol2 ada semangat Malaysian
dan sedar mcm mana mereka boleh kekal di Tanah Melayu selepas merdeka..
baki 80% tu lah monyet2 yg sedang cuba nak ambik alih Tanah ni dari Melayu...
Cina/India tidak terpinggir/ditindas di zaman BN..
tengok lah apa jadi skrg...
nak kritis pebende nya lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 27-12-2018 03:03 PM
kena sedar bahawa yg dtg tanah melayu ni spesis bukit dan pariah...
mungkin setelah sekian lama han ...


ko paham maksud kritis  ??


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
maka makin terserlah lah melayu ni dah tak boleh berpikir secara wajar.  Bila Bukak mata saja mereka akan terfikir isu kuil..  Isu Cina sana bukit Cina sini bukit.  macam la keling tu bina kuil atas tanah mak bapak depa.
Ini disebabkan mereka taksub pada org2 politik.  Dihasut dan dipesongkan cara mereka berpikir.
Mereka seolah tidak sedar tanpa wang mereka hanya umpama anjing menyalak bukit. Berubah lah..  Tebus lah maruah mu.  Memanglah duit bukan segalanya cakap melayu pemalas  ..  tapi duit lah yg boleh menghalau kau dari tanah air mu.
Inilah hakikat yg non bumi sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:42 PM | Show all posts
dess402 replied at 27-12-2018 03:20 PM
maka makin terserlah lah melayu ni dah tak boleh berpikir secara wajar.  Bila Bukak mata saja mereka ...

ada baca tak baru2 ni kaum India bina illegal Kuil lagi kat Pandamaran?so lepas tu apa..?
drama Tamil lagi?
masa govt nak buat hiway kat area T Maluri...
the whole area was cleared...except 1 pulau yang ada berhala cina ni...
aku tunggu je saat2 dia nak sodok berhala tu...
well tu zaman BN...
so takde lah sape2 berani nak upah gengster melayu g buat kacau...
bukan mcm skrg cina dan india dah rasa mereka above the law...






Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Prof ni cina nyamar melayu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum apa2 lagi dah.ada 2-3 ekor melayu yg tak boleh terima kritikan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 03:52 PM | Show all posts
ala @Alais engkau tu fact pun salah, apatah lagi nak berfikiran kritis hahahahaha...dah tahu ker nak jual kereta pakai penilaian yang mana satu??? kritis la sangat....org melayu ok jer, engkau tu yang fact semua salah hahahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 04:02 PM | Show all posts
cakap pasal minda kritis, pasal 1MDB tu ramai je malayu tak pakai minda kritis........ Tulisan dia pun ada bau2 Pakatan......sudah lah....


@badaksumbu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
- Suka mengkritik,
- Benci dikritik

(Melayu)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 27-12-2018 04:10 PM
monreyes replied at 27-12-2018 03:42 PM
ada baca tak baru2 ni kaum India bina illegal Kuil lagi kat Pandamaran?so lepas tu apa..?
drama T ...


cik  ..  Itulah sebab awak kena sedar dizaman millinium ini sekadar politik tidak cukup.  Nkau perlu juga kuasa ekonomi.  Pasai Cina India sekarang semua dah Bukak mata.  Ini kalau dah rata2 bangsa nkau harapkan duit brim..  apa sebenarnya yg melayu ada  ??   Ini bukan lagi dizaman nkau boleh buat rusuhan..  Rogol Cina India sana sini..  bukan.   dunia dah makin global.  Jadilah manusia yg bertamadun.
berubah lah kalau nkau sayangkan anak cucu nkau dan mahu lihat depa hidup aman bahagia  .

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu marah bila ada melayu kritik melayu,
Tapi sangat memuji Noam Chomsky, iaitu yahudi yang ngutok yahudi ...

Disitu kita tau level mana jatidiri nya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.091645 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list