View: 4558|Reply: 14
|
Tujuh Perairan Misteri Dan Berhantu, Memang Seramlah
[Copy link]
|
|
Perairan misteri dan berhantu? Lautan yang terbentang luas tentu sahaja mengundang pelbagai misteri di dalamnya. Peristiwa kapal hilang semasa berlayar, dan kehilangan pesawat di kawasan lautan seringkali menjadi misteri. Kisah misteri Segitiga Bermuda tentu anda pernah dengarkan? Namun bukan hanya Segitiga Bermuda sahaja kawasan lautan yang misteri dan mengerikan.
Mari kita singkap mengenai tujuh lokasi di lautan yang dikatakan misteri dan berhantu.
Segitiga Bermuda di Samudera Atlantik
Kredit foto:google
Seperti yang dinyatakan, Segitiga Bermuda merupakan kawasan lautan yang paling misteri kerana kawasan ini membentuk 3 titik segitiga yang antara Bermuda, Puerto Rico dan Miami.
Kawasan ini terkenal kerana banyak kisah berkenaan kehilangan kapal laut dan pesawat hilang dalam lingkungan segitiga ini. Pencarian secara besar-besaran telah dilakukan namun tidak ditemui sehingga sekarang.
Berikutan itu, muncul beberapa teori mengenai misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengatakan kapal dan pesawat yang hilang tersebut masuk ke lubang hitam besar di kawasan tersebut. Malah ada juga yang berpendapat ada medan magnet yang sangat kuat dan luar biasa menariknya hingga tenggelam.
Pelbagai andaian, teori dan cerita mengenai kejadian ini. Namun semuanya tidak dapat betul-betul dipastikan kebenarannya.
2. Segitiga Michigan di Amerika Syarikat
Kredit foto:google
Tasik ini juga mempunyai misteri yang sama seperti Segitiga Bermuda. Kisah yang popular ialah mengenai seorang kapten bernama George Donner yang hilang secara misteri semasa melombong arang batu pada tahun 1937.
13 tahun kemudian, Northwest Airlines 2501 hilang dari radar di kawasan ini. Pesawat tersebut membawa 55 orang penumpang dan 3 orang kru. Bangkai pesawat tidak ditemui sehingga sekarang.
Ada beberapa orang mengaku melihat benda-benda aneh terbang di kawasan ini. Tetapi misteri di Segitiga Michigan belum diketahui kebenarannya.
3. Laut Sargasso di Samudera Atlantik
Kredit foto:google
Lautan ini merupakan satu-satunya laut di bumi yang tiada garis pantai . Ciptaan alam yang unik ini terletak di tengah Samudra Atlantik Utara dan dikelilingi oleh arus lautan. Berada antara Gulf Stream di barat, Atlantik Utara di utara, Canary Current di timur dan Atlantik Utara di Selatan .
Walaupun Laut Sargasso dikelilingi oleh arus yang kuat namun arusnya tidak bergerak dan keadaan iklim disana terasa dingin.
Bagaimanapun suhu air di dalam laut jauh lebih hangat daripada permukaannya. Permukaan airnya padat dengan rumput laut berwarna coklat yang dikenali sebagai Sargassum. Ia seolah seperti air sungai yang mengalir di tengah laut. Dahulu ketika berada di kawasan itu, Columbus berfikir bahawa dia telah berada dekat dengan darat sedangkan dia berada ratusan jauh batu dari daratan.
Laut Sargasso sering dikaitkan dengan Segitiga Bermuda. Laut ini juga dikenali sebagai 'Makam Kapal' atau 'Laut Kapal Hilang'. Kisah sebuah kapal dagang Perancis , Rosalie yang pernah ditemui sangat misteri.
Ia sebuah kapal yang pernah hilang pada tahun 1840, kemudian dijumpai dalam keadaan yang masih utuh tanpa kru kapal atau mayat didalamnya.
Antara 1960-an dan 1980-an, banyak perahu dan kapal ditemukan hanyut disitu tanpa kru kapal.
4. Segitiga Naga di Jepun
Kredit foto:google
Segitiga Naga ini hanya berjarak sekitar 100 km dari ibu kota Jepun iaitu kota Tokyo. Ia berada kawasan Samudera Pasifik, atau lebih tepatnya berada di sekitar pulau Miyake, Jepun.Kisah dahulukala menyatakan bahawa dulunya perairan ini dihuni oleh tiga ekor naga.
Maka melalui kisah ini tempat ini dinamakan Segitiga Naga. Setakat yang diketahui ada 5 kisah misteri kehilangan kapal di kawasan ini.
Antara tahun 1952 hingga 1954, kajian pernah dilakukan sehinggalah kawasan ini disimpulkan sangat berbahaya oleh sesiapapun sehingga di beri gelaran Lautan Iblis.
5. Segitiga Alaska
Kredit foto:google
Segitiga Alaska dikatakan bertanggung jawab atas kehilangan lebih kurang 16,000 orang secara misteri sejak tahun 1998. Setiap tahun, dilaporkan minima 4 orang dari 1000 orang di Alaska yang hilang tanpa jejak dikawasan ini.
Bukan hanya menelan manusia, Segitiga Alaska juga menyebabkan beberapa kapal laut dan pesawat terbang hilang ditelan laut. Beberapa pakar berpendapat bahawa mereka yang hilang dikawasan ini diakibatkan oleh medan magnet yang terlalu kuat dikawasan ini.
6. Los Roques di Caribbean
Kredit foto:google
Lokasi laut paling mengerikan di dunia selanjutnya iaitu Los Roques di Caribbean. Kawasan ini mula dikenali sejak kapal yang ditumpang oleh Vittorio Missoni dan 5 kru kapalnya hilang secara misteri di kawasan perairan ini.
Kejadian misteri ini pernah juga terjadi pada tahun 2008, di mana ada kapal yang lenyap secara tiba-tiba dan bangkai kapalnya tidak dijumpai sehingga kini.
7. Segitiga Masalembo di Indonesia
Kredit foto:google
Segitiga Masalembo terletak di perairan Indonesia. Kawasan ini berada di laut antara pulau Kalimantan, Sulawesi, dan Jawa dengan membentuk tiga titik segitiga.
Ada beberapa kapal laut dan pesawat terbang yang pernah hilang secara misteri di kawasan ini, yang paling terkenal iaitu pesawat Adam Air pada tahun 2007. Pesawat yang membawa 102 penumpang tersebut hilang secara misteri namun telah dijumpai 4 tahun selepas kehilangannya di Siompu, Buton, Sulawesi Tenggara.
Selain itu, kapal laut bernama KMP Senopati dan Kapal Tampomas juga pernah mengalami peristiwa yang sama, iaitu hilang secara tiba-tiba di kawasan ini.
Setelah penulis melongkar kisah-kisah perairan yang disebutkan seperti di atas melalui sumber carian di google, jelaslah bahawa banyak misteri dilautan yang tenang dan biru di bumi kita ini. Apa-apa pun sebagai umat Islam perkara-perkara ghaib itu memang wujud kan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada kaiju kot kt segitiga naga tu...{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Bermuda Triangle paling legendary |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa byk nama guna segi tiga. Inspired by segi tiga bermuda ke? |
|
|
|
|
|
|
|
great info
suka baca pasal lautan pasal my late grandpa seorang kapten kapal
da banyak lautan dia redah, dan byk benda misteri dia pelajari tp sayang dia bawak semua smpi ke mati.
mungkin tak sanggup nak kongsi dgn anak cucu .. hrmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Wah...mesti banyak pengalamannya , insan yang bertuah kerana bukan semua dapat lihat keajaiban kat dunia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 kawasan segitiga ada tapi yang paling famous tetap segitiga bermuda |
|
|
|
|
|
|
|
duduk rumah di tepi pantai pon mcm2 misteri. apatah lagi tengah laut |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 MH hilang dalam salah satu ni? mana tahu ade segi tiga lain yg kita x tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
semuanya segitiga hurmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kat indonesia pun ada laut misteri noo..huhu takut
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih ke atas informasinya yaa |
|
|
|
|
|
|
|
nice info |
|
|
|
|
|
|
| |
|