Tujuan benang Takwil Puisi ini dibuka adalah sebagai ajakan kepada forumer untuk mentakwilkan atau mentafsirkan naskah puisi yang diambil daripada forumer yang terpilih. Walaubagaimanapun, tujuan utama adalah untuk menarik perhatian forumer/pembaca mengisi masa terluang dengan membaca dan menghargai nilai-nilai estetika yang terkandung di dalam garapan puisi-puisi yang terhasil daripada proses imaginasi dan kreativiti forumer itu sendiri. Bukankah membaca puisi itu untuk dinikmati?
Puisi yang dipilih akan diberikan sebanyak 200 kredit. Puisi forumer yang terpilih hendaklah disertakan sekali dengan pengertian atau maksud untuk dijadikan sebagai skema jawapan. Empunya puisi diharamkan sama sekali untuk menyertai Takwil Puisi ini.
Setiap tafsiran yang tepat atau hampir tepat akan mendapat 200 kredit. Tiada pemenang mutlak!!! Jika tujuh orang misalnya mentakwil puisi tersebut dengan betul, ketujuh-tujuh mereka layak untuk mendapat 200 kredit!!! Takwil Puisi diadakan setiap hari rabu, puisi seterusnya akan dilampirkan pada minggu hadapan berserta jawapan puisi minggu ini dan nama forumer yang meneka dengan tepat atau hampir tepat akan diumumkan pada benang seterusnya.
Baiklah .... Cukup bertangguh waktu.
Di sini saya mulakan Takwil Puisi ini dengan sajak pertama, yang berjudul ....
Sepi menyelimuti keheningan malam
Bayu menderu disulami rintik hujan
Post time 19-12-2018 12:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KILL_NANCY replied at 19-12-2018 10:58 AM
@hibernation
@noor2
Aduhhhh. ..ganjaran hebat tapi akak bukan jenis sentimental atau berpuitis. ..apapun demi ganjaran...akak cuba...
Budak hitam..
Lembutnya tangan dan kaki bak sutera
Perutnya membukit dalam kekenyangan sentiasa
Mata bersinar kegirangan sentiasa
Kecantikan bulu sentiasa membuat sesiapa melihat tertawan
Setiap hari bagai terapi sekeluarga
Ketawa geram melihat si budak hitam
tanpamu disisi hilanglah nyawa
terima kasih tag. kita pun meng'Google' nak memahamkan apa itu takwil. #noob
nak tafsir perenggan demi perenggan ke atau kena buat satu perenggan (summary) ...?