CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1382|Reply: 0

Tangisan Nurul Najihah kehilangan insan tersayang

[Copy link]
Post time 18-12-2018 05:40 PM | Show all posts |Read mode



KUALA KEDAH 18 Dis. - Sabtu ini, sepatutnya menjadi detik indah buat Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25, apabila bakal menamatkan zaman bujangnya bersama insan tersayang, Muhamad Adib Mohd. Kassim, 24.

Bagaimanapun, impian gadis itu tidak kesampaian apabila tunangnya itu disahkan meninggal dunia malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.


Pada upacara pengkebumian Allahyarham Muhammad Adib di Tebengau di sini hari ini, Nurul Najihah ternyata tidak dapat menahan sebak dan sesekali menangis mengenangkan tunangnya itu.




Malah, ketika talkin dibacakan, wanita itu juga dilihat menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa orang anggota bomba wanita.
Sejurus selesai menabur bunga mawar di pusara tunangnya, Nurul Najihah segera di bawa keluar daripada kawasan tanah perkuburan tersebut selain sekali lagi terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarganya.
Cuaca redup hari ini mengiringi perjalanan terakhir wira negara, Muhammad Adib yang diselamatkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau di sini.
Jenazah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Selangor itu selamat dikebumikan kira-kira pukul 1.45 petang ini yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan ribuan penduduk setempat serta kenalan-kenalan lain yang ternyata meratapi pemergian anggota bomba tersebut. - UTUSAN ONLINE




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039001 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list