CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1144|Reply: 2

Dapat markah 100/100 dalam Matematik A-Level, Yu Xuan diiktiraf 'Top in the Worl

[Copy link]
Post time 17-12-2018 04:09 PM | Show all posts |Read mode

GEORGE TOWN: Seorang pelajar yang mencatat keputusan 100 markah dalam kertas Matematik A-Level mendapat kejutan yang lebih besar apabila Pendidikan Antarabangasa Penilaian Cambridge menganugerahkannya gelara 'Top in the World' bagi subjek itu.
Teh Yu Xuan (gambar), 19, mengaku dia amat meminati Matematik tetapi berkata dia tidak pernah terfikir bahawa dapat mencapai markah penuh 100/100 dalam subjek Matematik A-Level.
"Saya mengharapkan markah itu kerana saya menyukai Matematik sejak sekolah rendah tetapi tidak fikir ia akan menjadi kenyataan.
"Ini adalah berita yang sangat baik untuk saya dan keluarga kerana ibu bapa saya selalu memberikan semangat.



"Saya mungkin boleh belajar Matematik Tulen atau Matematik Gunaan pada masa akan datang, kerana saya mahu melakukan sesuatu yang saya minat demi mencapai impian saya, "katanya.
Yu Xuan ialah seorang pelajar Sains di KDU Penang University College dan menerima anugerah tersebut pada majlis Anugerah Pelajar Kecemerlangan Cambridge 2018 yang diadakan bulan lepas.
Anugerah yang berganti penerima setiap tahun sejak 2004 itu diberikan sebagai pengiktirafan di atas kejayaan pelajar yang mengikuti ujian Cambridge di peringkat A-Level dari lebih 40 negara.
Anugerah 'Terbaik di Dunia' adalah pelajar yang mendapat markah tertinggi untuk kertas peperiksaan subjek tertentu. - The Star





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 05:17 PM | Show all posts
Tahniah ler
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa form 3 dulu, ada sorg classmate aku, Chinese gak, score gila dlm subject math. Since kelas peralihan, markah dia paling rendah 98%. Selalunya dlm ujian or exam mesti 100%.
Tapi.. subject lain bnyk yg hancussss.. paling teruk subjek bahasa Cina...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.073362 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list