View: 3836|Reply: 63
|
[Tempatan]
Wanita ramai di IPT, tetapi kurang di alam pekerjaan - kajian
[Copy link]
|
|
Wanita ramai di IPT, tetapi kurang di alam pekerjaan - kajian
Najib Aroff, Astro Awani | Disember 13, 2018 04:26 MYT
KUALA LUMPUR: Golongan wanita mempunyai kadar penyertaan dalam tenaga kerja yang rendah dan kadar pengangguran tinggi berbanding golongan lelaki, menurut kajian Peralihan Persekolahan ke Pasaran Pekerjaan oleh Khazanah Research Institute (KRI).
Ia disebalik penyertaan wanita yang 15 peratus lebih tinggi di segala peringkat pendidikan berbanding lelaki.
“Wanita merangkumi 70 peratus kumpulan pelajar yang akan memasuki alam pekerjaan, namun penyertaan dalam tenaga kerja adalah rendah.
“Kajian turut mendapati golongan muda lelaki terus ketinggalan dalam penyertaan pendidikan manakala golongan wanita muda terus berdepan halangan dan diskriminasi pasaran pekerjaan,” kata kajian tersebut.
Selain itu kajian turut mendapati wujud risiko terhadap jumlah golongan muda yang tidak aktif atau tidak menyertai sistem pendidikan mahupun pekerjaan.
“Semakin lama mereka berada di luar pasaran pekerjaan, semakin sukar dan melibatkan kos yang tinggi untuk membawa mereka kembali memasuki sistem pekerjaan,” kata kajian itu.
Justeru kajian itu mencadangkan penambahbaikan program latihan kepada bukan sahaja graduan sebaliknya golongan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi bagi melengkapkan mereka dengan kepakaran yang diperlukan industri.
Pada masa sama kajian tersebut turut mencadangkan Dasar Pasaran Buruh Aktif (ALMP) perlu menilai kembali cakupan mereka dan tidak hanya tertumpu kepada graduan.
Ia termasuk program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS).
Program tersebut juga dicadang melakukan penilaian terhadap impak, kemampanan, kos berkaitan, alternatif lain yang lebih terangkum, cekap kos serta capaian lebih luas.
“Banyak negara di dunia menggunakan teknologi untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam pelaksanaan ALMP bagi memastikan kumplan sasar menerima manfaat,” kata kajian itu lagi.
Penggunaan teknologi akan membolehkan penilaian tepat dilakukan berkaitan keperluan golongan muda, membina profile mereka dan menyediakan data masa sebenar untuk dasar lebih bersasar.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramai kat IPT tu tak ramai dalam alam pekerjaan kenapa?
1. salah amik jurusan?
2. peluang kerja tak banyak?
3. laki tak bagi keje ker?
bukan sikit peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk ummah yang sambung belajar nih.
ada yang dapat dari zakat jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe salah jurusan, mentaliti as long masuk U so grab ajer. mybe. They dont go for passion maybe?.
Cth i suka arts & literature tapi in marketing & pr contra jugak but since exposure play role dlm pemilihan dan aras mana kita berada
maybe jugak sbb husband tak bagi. and klu betul..hampeh sungguh level husband yg gini |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan ni cuti beranaklah..cuti anak sakitlah...pemalu lah...susah nak go forward |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang laki ok.
dia sendiri yang nak pilih jadik suri rumah.
gittew.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 13-12-2018 12:39 AM
kadang-kadang laki ok.
dia sendiri yang nak pilih jadik suri rumah.
betul jugak...jadi isteri yg solehah |
|
|
|
|
|
|
|
keje beranak je.. lepas tu harga pengasuh serupa gaji sebulan kalau dah keje beranak je.. tak berbaloi..
so akhirnya jadi suri rumah..
dah akhir tak dapat bayar PTPTN |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar tinggi2, hujung2 giling rempah di dapur...kembali ke lumrah hukum alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk uni sebab nak upgrade duit hantaran jah.
Tapi office aku banyak wanita dari lelaki (5:1) |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah nak jadi surirumah tangga, tapi sila pastikan bayar PTPTN ye kalu ade amik |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 13-12-2018 08:37 AM
maybe salah jurusan, mentaliti as long masuk U so grab ajer. mybe. They dont go for passion maybe?. ...
Bidang belajar kaum lelaki kat U pompuan main rembat je....asalkan duit hantaran naik. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak zaman skrg sibuk cari boifren kaya supaya x kehe..boleh selfie ootd...ber media sosial... |
|
|
|
|
|
|
|
ye ker... opis iols ni bersepah perempuan. Department iols je dah 90% pempuan.. even my HOD & GM pun perempuan walhal dalam bidang construction.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa x salah pun kalo yg blaja tinggi ni jd surirumah sbb yg aku tengok ramai golongan ni yg celik dgn ilmu parenting. so anak2 pun terdidik dengan baik depan mata dorang. n ramai jugak yang buat bisnes online dr rumah. x makan gaji. may b golongan mcm ni x termasuk dalam survey kot.
cuma utk aku sendiri mmg pilih utk keje sbb aku still ada tanggungjawab kat family aku yg susah payah bg aku blajar dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe ramai yg jadi suri rumah....
suri rumah yng ada degree...aku rasa boleh educate anak2 dia sendiri dgn lebih bagus
tapo opis aku....bnyk jek pompuan dr lelaki...hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
surirumah pun kerja juga, ingat boleh goyang kaki ke. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu2 ramai yg perempuan kan,, yg berbusiness like founder2 pun ramai perempuan.. celah mana yg kata perempuan ramai tak berkerja... iollss tgk jejantan ramai la yg pemalas jaman now,, semua harap bini yg tggung,, lepas tu sibuk cr betina lain.. haaa gittew |
|
|
|
|
|
|
| |
|