View: 8509|Reply: 66
|
Siapalah Yang Cipta 'Me Time' Sampai Sanggup Tinggal Anak..
[Copy link]
|
|
Menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah tetapi merupakan satu amanah dan komitmen yang berterusan sehinggalah anak-anak meningkat dewasa. Semasa anak-anak kecillah ibu bapa perlu berusaha menjaga dengan baik, mendidik, dan meluangkan masa bersama agar apabila anak-anak besar nanti, hubungan antara anak-anak dan ibu bapa tetap mesra.
Kredit foto: Google( Gambar sekadar hiasan)
Berbeza dengan zaman sekarang yang kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Anak-anak sudah biasa tinggal di taska atau di rumah pengasuh dan masa ibu bapa bersama anak-anak sudah menjadi begitu terhad. Malah, dengan wujudnya istilah ‘me time’ bagi mereka yang bergelar ibu bapa, ia seolah-olah menjauhkan lagi hubungan ibu bapa dengan anak-anak gara-gara memerlukan masa untuk bersendiri atau keluar berdua dengan pasangan untuk mengeratkan hubungan suami isteri, dalam masa yang sama melepaskan tekanan melayan karenah anak-anak.
Bagi golongan ibu yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, mereka juga dikatakan memerlukan ‘me time’ agar dapat mengembalikan mood dan menghilangkan keletihan menjaga anak-anak dirumah. Jadi, keluarlah si ibu ini ber’me time’ seorang diri atau bergembira bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan menjaga anak-anak di rumah.
Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Seorang pengguna facebook yang juga merupakan seorang perunding motivasi ini telah berkongsi satu kisah yang telah menjentik hati ibu bapa moden masa kini. Baginya, apabila seseorang sudah memasuki fasa perkahwinan dan bergelar ibu bapa, corak kehidupan mereka akan berubah dan mereka perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut tanpa kompromi kerana ia sudah menjadi tangung jawab yang perlu dipikul.
Ibu bapa perlu terima hakikat. Apabila sudah berkahwin dan ada anak, kehidupan tidak sama dengan masa bujang dahulu.
Netizen ini bersetuju bahawa tidak perlu ada istilah ‘me time’ bagi ibu bapa kerana ia dianggap seperti mementingkan diri. Dek kerana ingin memenuhi kemahuan diri, anak-anak dan pasangan ditinggalkan untuk seketika.
Ibu bapa dulu-dulu tiada pun nak 'me time'
Sememangnya zaman telah berubah tetapi ia tidak boleh menjadikan alasan bahawa anak-anak adalah beban dan pemberi tekanan dalam hidup. Ibu bapa zaman dahulu tidak memerlukan ‘me time’ seperti ibu bapa moden sekarang kerana amanah dan tanggung jawab menjaga anak-anak tiada bezanya.
Hargai anak semasa mereka masih kecil
Netizen mengakui apabila anak-anak sudah besar, masa mereka pula begitu terhad bersama anak-anak kerana masing-masing sibuk dengan persekolahan dan aktiviti-aktiviti mereka sendiri. Penat menjaga anak-anak yang masih kecil hanyalah sementara dan hargailah masa mereka dengan sebaiknya.
Tidak salah untuk ber’me time’ tetapi apa salahnya melakukan ketika bersama anak-anak tidak kiralah di rumah atau di luar. Atau carilah peluang untuk ber ’me time’ di rumah ketika anak-anak sedang leka bermain atau tidur. Anak-anak adalah penghibur dan penyejuk hati ibu bapa. Jika kalian merupakan ibu bapa yang bijak, kalian pasti merebut masa yang ada untuk sentiasa bersama anak-anak dengan perasaan yang sangat bahagia. Setuju tak? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Pokchik punyer Me Time...tinggalkan bini bini jah..... main golof .. heaven rasanya
Kih..kih..kih..kih
|
|
|
|
|
|
|
|
I punya 'me time' ialah bila dapat outstation or gi kursus or gi office trip. So tak le rasa guilty sangat {:run
Kalau kat rumah pulak, since anak2 semua memang waktu tidur diorang pukul 9 tak kira la hari sekolah or cuti, so lepas diorang tido baru i boleh duduk aman damai depan tv or main candy crush kat henpon |
|
|
|
|
|
|
|
Naper Ropizam ni bunyi mcm butthurt dgn org yg nak 'me time'...lantak diorg la..iols ok je dgn mana2 golongan, yg jenis nak usung 1 family ke, yg jenis nak 'me time' ke...ada aku kesah... |
|
|
|
|
|
|
|
cara orang release stress lain-lain. sapa-sapa pun takleh judge macam mana orang ni orang itu buat macam mana dengan life dia. dia nak me time untuk destress biarkan. dia gembira tanak jauh dari anak-anak.. good for them. ko tak duduk tempat dia ko takkan tau situasi dia kat rumah tu macam mana. ko rasa ko bahagia dating dengan laki sekali dengan anak-anak semua lantak pi la. kalau dia nak berdating dengan laki dia tanpa anak sukati la. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam la mak2 ni ber'me' time hari2..pelik pulak karangan mak cik hasanah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam la bini tu ber-me-time hari2 atau tiap2 minggu.
Paling2 pun sebulan sekali.
Lepas tu ingatnya bini tu hati tenang sangat kot. Walau dapat masa sendiri, hati & otak tu masih fikir pasal mereka yang kena tinggal.
Kalau laki dia tak bising, dah kenapa butthurt sangat? |
|
|
|
|
|
|
|
me time yg paling syok klu dapat gi spa/urut/facial atau wat rambut
tu pon da cukup heaven da pada aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak gayanya Ropizam mengundang hencapan secara berjemaah di sini {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
betul..lantak la sesape pun nak ber 'me time' ..mcm la curi masa ropizam tu...mak budak tu..taulah dia nak rehat bila...ni la problem...bila semua suka cara hal org...and ko je yg betul...
KE dia tak dpt me time...or dengki ngan bini dia nak me time...
I drive kete jem...pon me time...kekdg gi bercuti...setahun sekali tinggal bebudak kejap je dlm 3 hari...
Mcm me time tu 3 bulan...huk aloh.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan xmau me time
aku yg sasau kalo anak2 xde depan mata
rindu hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
No "me time" dari pandangan seekor jantan. Memang taklah nak setuju. Dia apa tau, most men tak luangkan masa with their kids sebab ada fikiran kolot thinking that theyre the breadwinner so they dont need to attend to their kids. Eucks! Malang nau sapa kawen ngan si ropizam ni. If iols jumpa depan mata pun memang iols ludah kahak. Have some respect for your woman lah, give her rooms to indulge herself.
Otherwise, for those yang dah apply "me time" into their lives, please dont abuse it ya. Terok pun kau bagi once a month camtu. Be reasonable bila nak cari org to sit your kids. Jangan mak bapak kau tenat kau senang hati simpan anak ngan derang. Try to compromise let say ada geng yg blh tolong jaga anak kau hari tu and you deal with them to sit their kids masa lain. Jangan bagi malu kat org lain, kang kata beratus kali punya "me time" sampai bagi nama buruk sbb menyusahkan org jaga anak kau.
Think it both ways. But i really cant agree with ropizam. Ughhh. Bila terfikirkan ayat dia tu makes me puke in my mouth abit. Tolonglah jangan narrow sangat sampai nak halang org ber"me time". Foolish sangat! |
|
|
|
|
|
|
|
sejak berkeluarga mmg xkan wujud istilah me time
mmg kalo bole pegi mana2 aku mesti akan ajak 1 family ikut skali
bg aku diorg penghibur aku setiap masa
kalo member ajak minum pon malas nk pegi sbb lagi suka duduk rumah dgn family
kalo duduk sorg atau cari barang sorg mmgla bosan ya amat sgt2, bole jd gila kot
makan sama2 main sama2 berjalan sama2 belajar sama2
aku happy bila aku tgk family aku happy
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by siputsedut at 12-12-2018 03:54 PM
Pedulik la .lain parents lain cara besarkan anak..tak guna kalau mak stress2 dok jerit kt anak siang malam...sama jgk anak dpn mata pun tak dpt spend masa berkualiti dgn anak..aku mmg seminggu 3x keluar pergi kickboxing class..kekadang aku angkut anak2 n diorang main dgn anak2 org lain kt situ..kalau aku x angkut apaknya jaga...aku kene jgk keluar bersenam kalau x aku stress sbb bdn penat bdn lemau aku rasa mcm x boleh berfungsi sebagai nak dan isteri..dua tiga bln sekali keluar movie date ngn husband...time dating upah adik dtg jaga dkt rumah. So far anak2 aku happy je..bila masa aku ada kt rumah..time tu aku dok ngadap keje skolah anak...main2 ngn anak..dgr anak cerita...bacakan storybook...tgk movie sama2..yg pasti .keje rumah mmg aku tangguh buat lps anak tido...takde masalah pun..happy parents happy kids... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku suami isteri kena ada gak sehari ka sekali ka me time.
Jaga la anak tu gilir2 time turn me time tu. Kalau setiap hari
nak me time. selayaknya dapat tapak kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi i me time OK utk ibu yg tidak bekerja kut,klu working mom mcm xsesuai ME time, yg working ni dah masa banyak kat tmpt keje , outstation bagai, so lebih cari masa utk quality time with our children
For non working mother, i strongly suggest for Me time, it can be just hanging out at the salon, having ur hair & nail done |
|
|
|
|
|
|
|
rasa bercanggah sikit antara cerita di atas dengan istilah 'me time" tu. orang yg me time ni.. bila dia letih or stress je baru me time. tujuan dia untuk rehat. kesihatan mental ni nak kena jaga juga.
kalau dah me time tiap2 hari.. tu bukan me time... tapi memang dasar pemalas nak jaga anak feeling nak bebas macam orang bujang. |
|
|
|
|
|
|
|
couldn't agree more. lain org lain cara nak handle stress and lelah.. yg penting end goals dia, win-win situation. pepandailah balance kan.
tak suka org yg judgmental tanpa ilmu. tau nak kecam je..cakap jelah jealous.
|
|
|
|
|
|
|
|
betullll... baru la rasa bersemangat lepas tu nak menguruskan rumahtangga kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tri-max: me time yg paling syok klu dapat gi spa/urut/facial atau wat rambuttu pon da cukup heaven da pada aku
Betul ni. Rasa lega sungguh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|