“Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat."
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari menafikan menterinya, Dr Maszlee Malik merancang memasukkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah, lapor Harian Metro.
Tegasnya, Dr Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya beliau merujuk kepada sejarah Malaysia secara am.
Shahrul menggesa pihak media memperbetulkan laporan berhubung dakwaan itu.
Kredit foto: IG Maszlee Malik
“Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.
“Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.
“Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - CARI
BACA JUGA: Mahu Kes 1MDB Masuk Dalam Subjek Sejarah, Najib Tempelak Dr Maszlee |