CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11575|Reply: 51

Merungkai Misteri Srengenge

[Copy link]
Post time 25-11-2018 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NaemZamhury at 25-11-2018 11:42 PM

Srengenge merupakan sebuah karya agung Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Dato’ Shahnon  Ahmad yang telah merangkul Anugerah Novel Terbaik pada tahun 1973. Novel tersebut juga telah di ulang cetak sebanyak tiga kali dan turut diterjemahkan kepada tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Thailand dan Rusia. Karya ini juga telah diadaptasi ke layar kaca untuk tayangan RTM pada tahun 2017.

Menurut penulis, Srengenge merupakan frasa Jawa Kuno yang membawa erti ‘matahari’. Srengenge membawa kita menyelusuri permasalahan yang terjadi bila mana arus kemodenan mahu diadaptasi ke dalam kulawangsa desa yang jauh terpencil dan ketinggalan dari kelangsungan hidup manusiawi kini. Malah,ianya menjadi duri dalam daging kerana pegangan dan kepercayaan spiritual yang masih teguh dianuti oleh masyarakat kampung tersebut.

Srengenge merupakan sebuah bukit yang berada di kampung penulis sendiri di daerah Sik, Kedah iaitu Bukit Enggang. Bukit ini melatari panorama sepanjang perjalanan ke daerah Sik. Namun, terdapat pelbagai kisah misteri yang belum terungkai disebalik agungnya karya Srengenge ini.

‘Sarang’ Sang Bunian

Cerita mistik yang acap kali terjadi di sekitar daerah Sik ini berkait rapat dengan ‘kerasnya’ Bukit Enggang itu sendiri. Kisah turun temurun daripada nenek moyang seakan tidak pernah menjadi sejarah kerana ianya seringkali berulang membelenggu masyarakat kampung. Natijahnya, arus permodenan belum mampu untuk ‘membunuh’ kepercayaan yang dipegang oleh masyarakat di sini.

Kisah yang sangat masyur adalah berkenaan kaum bunian yang berkampung di bukit tersebut sejak sekian lama. Pernah satu ketika, seorang Ustaz hilang setelah menuju ke Bukit Enggang yang mana akhirnya pencarian terhenti apabila beliau dijumpai selang beberapa hari kemudian.
Apa yang mengejutkan adalah  kisah yang disampaikan oleh Ustaz tersebut bahawa beliau sebenarnya sudah beberapa tahun berada di alam itu dan sudah pun mempunyai anak dengan seorang puteri bunian di alam mereka. Selang beberapa tahun kemudian, Ustaz tersebut meninggal dunia. Beberapa orang kampung yang merupakan pawang/bomoh di kampung tersebut melihat dengan jelas seorang puteri bunian yang berada di sisi jenazah menangisi kematian suaminya.

Selain itu, terdapat suatu kisah di mana penduduk-penduduk kampung meminjam pinggan mangkuk untuk kegunaan kenduri kendara mereka daripada alam bunian. Dan pastinya hubungan manusia dan jin yang digelar bunian ini agak rapat sehinggakan boleh menjalinkan hubungan kemasyarakatan.

Namun, konflik terjadi tatkala orang-orang kampung melanggar perjanjian antara mereka dengan masyarakat bunian dengan tidak menghantar kembali pinggan mangkuk yang rosak atau pecah kepada bunian setelah majlis selesai. Malahan orang-orang kampung bertindak menukar pinggan mangkuk yang rosak atau pecah tersebut dengan yang baru. Oleh kerana sikap tidak jujur pada perjanjian tersebut, ‘persaudaraan’ yang terjalin antara mereka terus terputus hingga ke hari ini.

‘Transit’ Hantu Raya

Disamping itu, Bukit Enggang juga merupakan ‘transit’ kepada hantu-hantu raya yang ‘dibuang’ oleh bomoh atau si pemakai pada masa dahulu. Oleh sebab itu, sekolah-sekolah, taman-taman perumahan dan kebun-kebun di sini agak ‘keras’.

Memandangkan perjanjian ‘transit’ ini bertujuan supaya makhluk halus ini menetap terus di kawasan berkenaan, kesannya adalah kepada kehidupan masyarakat pada hari ini. Kejadian-kejadian seperti ‘menumpang’, merasuk dan mengusik penduduk-penduduk yang berdekatan dengan kaki Bukit Enggang seringkali berlaku.

Pada tahun 1980-an menyaksikan kejadian histeria secara besar-besaran di sekolah-sekolah sekitar daerah Sik. Malah, hingga ke hari ini, terdapat beberapa kawasan di sekolah-sekolah berkenaan yang ditetapkan sebagai kawasan larangan untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku kepada guru-guru atau murid-murid.

Secara konklusinya, kita wajib meyakini bahawa manusia akan terus kekal hidup bersama makhluk halus di muka bumi ini hingga ke hari Pembalasan. Secara nyata mahupun tidak, makhluk halus ini merupakan suatu ujian oleh Allah S.W.T kepada umat manusia untuk mengindahkan catatan iman dan iktikad dalam diri. Jadi, perbanyakkanlah amal soleh supaya terhindar daripada fitnah mereka. InshaAllah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cetakan lama lebih nostalgia..  dalam simpanan ada cetakan baru jek.. dan dah tengok jua drama srengenge ni.. best!  tp kan best kalau ada sambungan srengenge II plak.. kesah2 mistik.. ngeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 12:16 AM | Show all posts
LostStar replied at 26-11-2018 12:08 AM
Cetakan lama lebih nostalgia..  dalam simpanan ada cetakan baru jek.. dan dah tengok jua drama sreng ...

Mai singgah sik..lagi thrill
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
LostStar replied at 26-11-2018 12:08 AM
Cetakan lama lebih nostalgia..  dalam simpanan ada cetakan baru jek.. dan dah tengok jua drama sreng ...

Aah,best kan,,tpi tak phm sgt la,best sbb suasana kg
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
NaemZamhury replied at 26-11-2018 12:16 AM
Mai singgah sik..lagi thrill

Bukit enggang tu kt are mna ye,,? Mcm pnh dengar,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 12:46 AM | Show all posts
BungaCitra replied at 26-11-2018 12:41 AM
Aah,best kan,,tpi tak phm sgt la,best sbb suasana kg

Sebab loghat daerah Sik ni pekat sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2018 12:47 AM | Show all posts
BungaCitra replied at 26-11-2018 12:42 AM
Bukit enggang tu kt are mna ye,,? Mcm pnh dengar,

Kat daerah Sik, Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik bos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2018 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
NanaNorgaya replied at 26-11-2018 12:51 AM
Terbaik bos

Steady boss
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
NaemZamhury replied at 26-11-2018 12:46 AM
Sebab loghat daerah Sik ni pekat sikit

Aah,jadi susah nk tiru loghat dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
NaemZamhury replied at 26-11-2018 12:47 AM
Kat daerah Sik, Kedah

Oh,memang bukit tu betul la ada kisah mistik mcm tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaCitra replied at 26-11-2018 01:12 AM
Aah,jadi susah nk tiru loghat dia

Kena stay lama baru boleh kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaCitra replied at 26-11-2018 01:14 AM
Oh,memang bukit tu betul la ada kisah mistik mcm tu?

Iya..begitulah ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:00 AM | Show all posts
Saya tak baca buku ni tapi selalulah dengar pasal novel Srengenge ni. Masa tengok drama Srengenge lakonan Eman Manan, tertarik dengan jalan cerita tapi sayang, berdasarkan penerangan tentang di sebalik tabir novel ini, rupanya ia lebih daripada itu.
Dalam drama, tidak banyak menyentuh perkara mistik di Bukit Enggang. Mungkin genre drama itu tidak dalam kategori seram. Maka ianya hanya berkisar kehidupan di kampung itu saja dan pantang larang yang perlu diikuti.

Baru faham apa kisah di sebalik Srengenge ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
NaemZamhury replied at 26-11-2018 01:36 AM
Kena stay lama baru boleh kot

Stay lama? hehe
rasa mcm keras je lidah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
NaemZamhury replied at 26-11-2018 01:36 AM
Kena stay lama baru boleh kot

Klu dngar org sik dan alor setar ckp,memang blh beza la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 09:29 AM | Show all posts
bestnye
boleh buat koleksi ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:38 AM | Show all posts
Karya ini juga telah diadaptasi ke layar kaca untuk tayangan RTM pada tahun 2017.

tajuk cerita pon srengenge ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 26-11-2018 01:46 AM

best, suka old copies...ayah ada bukunya tapi dia bagi anak buah baca and x pulang pulang.... drama tu epic with eman manan..off topic, i rasa drama rtm lebih kualiti banding lain.. tp ramai x suka
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:46 AM | Show all posts
NaemZamhury replied at 26-11-2018 12:16 AM
Mai singgah sik..lagi thrill

slalu p s.p rumah sedara mara.. tp tak pernah sampai ke sik lg.. ni yg buat teringin nk p ni.. blh hiking ke bukit ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.084179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list