View: 8102|Reply: 34
|
Disaman Sebabkan Kematian Kekasih, Jim Carrey Kini Hidup Menyendiri Dan Menderi
[Copy link]
|
|
Pelakon Jim Carrey, 56, kini sudah bertahun-tahun tertekan, hidup menyendiri dan enggan menerima sebarang tawaran berlakon sejak keluarga bekas kekasihnya Cathriona White menuduh beliaulah punca Cathriona membunuh diri pada tahun 2015.
Kredit foto: Mirror
Dalam temu bual dengan Radio Times, pelakon itu sendiri mengaku beliau kini tinggal seorang diri tetapi menikmati masanya dengan hobi membaca, melukis dan mengukir.
‘Saya juga keluar rumah sekali sekala’ katanya. Bagaimanapun , peminatnya dikatakan bimbang dengan kehidupan baru Jim itu. Semuanya dikatakan bermula apabila Jim Carrey disaman oleh keluarga Cathriona kerana menyebabkan kematiannya.
Kredit foto: Mirror
Sebelumnya ketika Jim dan Cathriona baru berpisah, Cathriona yang kemudiannya berkahwin dengan Mark Burton telah menyaman Jim atas tuduhan menjangkitinya dengan penyakit kelamin (STD), bagaimanapun saman itu ditolak mahkamah apabila mendapati Cathriona memalsukan laporan doktor tersebut.
Kredit foto: Carian Google
Selepas kematiannya kerana membunuh diri, ibu Cathriona dan Mark Burton pula menyaman Jim Carrey kerana dikatakan punca Cathriona terjebak dengan dadah sehingga ketagihan dan membunuh diri. Bukti yang dikemukakan adalah nota bunuh diri yang diambil dari iPad milik Cathriona.
Kredit foto: Mirror
Sekali lagi pada tahun 2016, saman keluarga Cathriona itu ditolak oleh mahkamah. Bagaimanapun, pengalaman tiga tahun dengan drama mahkamah itu rupanya mengubah perangai Jim Carrey dari seorang yang periang kepada seorang yang murung, sehinggakan terdapat khabar angin mengatakan beliau terpaksa mendapat rawatan mental.
Kredit foto: Mirror
Dalam satu temu bual tahun lalu Jim menafikannya dan mengatakan ‘Saya sudah tidak tertekan, tetapi seperti cuaca, kadang kala hari-hari saya mendung, tetapi hujan yang datang tidak terlalu lebat untuk melemaskan saya’ .
Tetapi para peminatnya tidak percaya. ‘Beliau nampak tertekan dan kami bimbang mengenainya’ kata mereka di twitter. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah dah lama tak ada movie dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya Jim. But i still think that girl yg xboleh move on. gurl tu dah kawen baru pun still nak tipu pasal Jim. nampak sgt that gurl n her family nak kan duit Jim. xabis2 saman. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya dia kawin dengan lelaki tu pun sebab nak bantu lelaki tu dapatkan Green Card aka Taraf Penduduk Sementara US. Aku suspek dia da;at bayaranlah kot
Tapi mungkin hatinya masih dgn Jim sebab diorang ni memang on off on off
|
|
|
|
|
|
|
|
Realiti hidup sang comedian.. |
|
|
|
|
|
|
|
I like him. alaaa bw better Jim. U deservelah untuk happy. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sampai Jim pulak bunuh diri sebab depression |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia. kaya dan popular x menjamin kebahagiaan |
|
|
|
|
|
|
|
‘Saya sudah tidak tertekan, tetapi seperti cuaca, kadang kala hari-hari saya mendung, tetapi hujan yang datang tidak terlalu lebat untuk melemaskan saya’ .
pacik Jimmy.. itu la depression..
bahaya ni biar sorang-sorang.. suicidal thoughts mesti ringing kuat dalam kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Ade je dia berlakon series apa yg xdenye |
|
|
|
|
|
|
|
what comes around goes around kot.. pacik jim ni tinggalkan isteri susah senang die dulu kannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Dia berlakon siri TV Kidding sahaja kan? Movie selepas 2016 dia menyepi.
2017 langsung tiada TV dan Movie
2019 baru akan berlakon movie
|
|
|
|
|
|
|
|
nape lak dia yg dipersalahkan dan bukan laki dia...btw who r yusss |
|
|
|
|
|
|
|
Heols n Heath Ledger sesama jd Joker. Hope tak ikut jejak Heath. Ai nmpk manusia makin berumur jd semakin sensitif.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... dah la mggu ni mak ceq dok tgk flm2 JC kat astro..xsgka plak dia ad mslh mcm ni...gws pkck JC |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya pakcik jim Carrey..dalam movie gila2 tapi realiti jauh menyimpang..hope baik2 je pacek,jangan bunuh diri hokay.. |
|
|
|
|
|
|
|
Komedian macam Jim Carrey, Robin Williams, Rau Combs, etc di luar sahaja selalu happy2 tetapi dalaman semua hidup tertekan |
|
|
|
|
|
|
|
Ex dia tu macsm pelakon je |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan tu maunya tak frust....Jim Carrey kot...berkahwin dgn actor hollywood maknanya kopun dikenali maaaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
baru je kami anak beranak tengok astro movie citer the mask, anak aku yg umur 2 tahun tu suka sgt kelakar citer tu, nasib baik dah rekod boleh la ulang2 nak tengok |
|
|
|
|
|
|
| |
|