CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1568|Reply: 3

OGAWA Cipta Pengalaman Urutan Terhebat, Tampil Dengan Teknologi AI

[Copy link]
Post time 21-11-2018 06:05 PM | Show all posts |Read mode
OGAWA World Bhd baru-baru ini melancarkan Master Drive Plus, pengalaman urutan tercanggih yang menggabungkan terapi holistik terbaik dengan teknologi terkini yang dapat anda lihat, inovasi yang dapat anda rasai, justeru membuatkan anda berasa tenang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Kerusi urut berinovasi tinggi ini dikuasakan oleh mikropemproses terbaharu M.5 Gen™ yang berprestasi tinggi dan dilengkapi dengan 4D thermal roller. Ia mempunyai lapan set sensor yang datang dengan alat kawalan tangan dikenali sebagai Health Tracker.


Kombinasi teknologi unik tersebut berupaya mengesan dan mengenalpasti kelesuan dan titik akutekanan di bahagian atas serta bawah tubuh. Data daripada maklumat berkenaan kemudiannya disalurkan ke dalam mikropemproses untuk dianalisis. Ia kemudianya akan menyenaraikan program urutan yang disyorkan mengikut kesesuaian individu berkenaan menggunakan AI-Powered Automated Analytics.






Master Drive Plus AI mempunyai 23 sesi urutan yang telah diprogramkan dengan lebih kurang 500 kombinasi urutan peribadi bagi memenuhi keperluan seseorang individu mengikut keadaan tubuhnya. Tidak kira sama ada anda mengalami kelesuan selepas penat mengembara, bersukan, bekerja di pejabat, membeli belah atau terlalu lama menghadap telefon, anda kini boleh merasai pengalaman daripada program yang dikhususkan mengikut keperluan peribadi anda bagi mengurangkan simptom tekanan, meningkatkan peredaran darah, merenggangkan otot yang tegang dan mengalami ketenangan yang belum pernah anda rasai sebelum ini.


Sebagai tambahan, dengan adanya pembantu maya AI, anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan ramalan cuaca atau keadaan jalan raya dengan hanya menggunakan arahan suara tanpa perlu meninggalkan keselesaan yang diberikan oleh Master Drive Plus AI.


Master Drive Plus menampilkan reka bentuk yang anggun dan bergaya disertakan dengan kemasan dan hasil seni pertukangan yang halus, yang pastinya dapat menyerikan lagi suasana kediaman sementara merangsang deria seseorang. Datang bersama muzik ambien, penetapan mood terapi cahaya dan alat kawalan M-Drive Navigator yang terunggul berserta paparan skrin sentuh 7 inci OS 2.0, kerusi urut berkenaan telah mengangkat dimensi pengalaman urutan ke satu tahap yang lebih tinggi di dalam industri kelengkapan kesihatan di rumah. Master Drive Plus AI turut dilengkapi dengan pembesar suara Harman Kardon yang serba mewah, jenama audio premium selama lebih 60 tahun, yang mewujudkan pengalaman bunyi menakjubkan.






“Sebagai peneraju pasaran di Malaysia, kami sentiasa didorong oleh inovasi. Kami menyasarkan untuk mencipta produk yang dapat menambah nilai kepada kehidupan harian para pelanggan kami. Dengan berbuat demikian, keperluan pelanggan sentiasa diutamakan di dalam proses penyelidikan dan pembangunan kami. Justeru, Master Drive Plus AI adalah yang pertama seumpamanya, membawa kelegaan ke tahap yang lebih tinggi yang benar-benar dapat memberikan kepuasan kepada setiap individu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA World Bhd, Lim Mee Ling pada majlis pelancaran yang menampilkan pameran bertemakan masa depan yang menunjukkan perbezaan kualiti yang dimiliki kerusi urut berteknologi tinggi tersebut.


Datang dengan pilihan warna Fox Red, Espresso serta Graphite, Master Drive Plus kini boleh didapati di kedai-kedai OGAWA di seluruh negara pada harga RM 21,999. Manakala Master Drive Plus AI didatangkan dalam tiga warna iaitu Urban Khaki dengan Panel Woodgrain, Hitam dan Kelabu, dan sedia untuk ditempah di semua kedai pada harga RM 28,999.






Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai OGAWA World Bhd, sila layari laman sesawang dan ikuti kami di Facebook atau Instagram rasmi kami di @OgawaMalaysia.
   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Urutan y terhebat mesti ade hapy ending
Raise ur hand if u agree
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
X best pun baik beli aircond
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mak aiii..rege rm21k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079944 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list