CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 35793|Reply: 65

[Haiwan & Tumbuhan] Bunga Telang

[Copy link]
Post time 17-11-2018 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:03 PM

BUNGA TELANG


Juga dikenali dengan nama saintifik Clitoria ternatea. Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunga ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', Blue Pea dan juga Crpdofan pea.
Clitoria ternatea, commonly known as Asian pigeonwings, bluebellvine, blue pea, butterfly pea, cordofan pea and Darwin pea, is a plant species belonging to the Fabaceae family.
Scientific name: Clitoria ternatea

Higher classification: Clitoria

Rank: Species



Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun.

Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.



Ciri-ciri bunga Telang :
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia.


Khasiat :
Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Selain daripada itu, bunga telang juga dikatakan boleh mengurangkan stress dengan meminum air bunga telang bersama lemon dan madu. Sama ada minuman panas atau pun sejuk.
   


Air minuman bunga telang juga dikatakan untuk kesuburan wanita dan melancarkan haid. Juga untuk memberikan penglihatan yang cerah dan memberikan wajah yang berseri.
Air rebusan bunga telang juga boleh digunakan untuk basuh rambut (pertumbuhan rambut) dan bunga telang disapu pada kening untuk lebat dan hitamkan bulu kening.





Bunga telang juga banyak digunakan dalam masakan sebagai pewarna. Pewarna kuih, nasi kerabu dan juga pewarna pasta (termasuk bihun dan mee)




Sekarang banyak bunga telang yang kering telah dijual di pasaran. Dengan harga serendah RM5 sepaket, bunga telang kering ini sudah boleh dibeli sama ada di kedai atau online.(Shopee atau Lazada).


Bunga telang kering


Saya dah minum. Awak awak semua tak nak cuba?




Yang ni saya campurkan dengan madu saja.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa camne ye air tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2018 10:17 PM | Show all posts

tak ada rasa apa yang spesifik.
kalau hanya bunga saja direndam, rasa air tu agak tawar
sebab tu dicampur madu dan lemon untuk perisa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tak        
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 17-11-2018 10:17 PM
tak ada rasa apa yang spesifik.
kalau hanya bunga saja direndam, rasa air tu agak tawar
sebab  ...

Ooo..camtu ye..

Mmg selalu dgr org kata bunga telang utk pewarna nasi kerabu je..ni baru tau ada kelebihan lain..

Thanks sudi share..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2018 10:41 PM | Show all posts

sedap. kalau diminum sejuk lagi sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2018 10:41 PM | Show all posts
NamaKuMawar replied at 17-11-2018 10:21 PM
Ooo..camtu ye..

Mmg selalu dgr org kata bunga telang utk pewarna nasi kerabu je..ni baru tau ad ...

sama-sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah dia pewarna nasi kerabu tu ye..  Byk manfaat lain rupa2nya
Betul ke cuma boleh hidup kat Kelantan je..
Tanam kat KL boleh hidup tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2018 11:34 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-11-2018 11:16 PM
Inilah dia pewarna nasi kerabu tu ye..  Byk manfaat lain rupa2nya
Betul ke cuma boleh hidup kat Kel ...

eh boleh je tanam kat mana-mana pun.
asal tanam dalam tanah dan pokok ni perlukan banyak air
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-11-2018 11:16 PM
Inilah dia pewarna nasi kerabu tu ye..  Byk manfaat lain rupa2nya
Betul ke cuma boleh hidup kat Kel ...

Biar betik hidup kat kelantan je sapa pemainkan  chuols ni. Merata negeri iols jumpa pokok ni chuols
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam bahasa cina dikenali sebagai lan hua.
Lan = biru
hua  = bunga

Seiring dengan warna bunga tu sendiri
Sebab tu iols ingat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tt. Sgt informative. Baru tahu ada jual online.

aku nak sgt cari bunga ni.  Nak try buat nasi kerabu. kenal pun dari kawan kelantan. Ada juga nampak tumbuh melata kat pagar rumah org. tak sure bunga ni atau bunga kembang pagi. Salah makan bunga karang termeninggal naya je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 18-11-2018 12:58 AM
Terima kasih tt. Sgt informative. Baru tahu ada jual online.

aku nak sgt cari bunga ni.  Nak try  ...

Carilah benih dia dan tanam dalam pasu. Pancangkan kayu supaya dia tumbuh melilit ke atas. Tanam tepi pagar pun cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 18-11-2018 01:15 AM
Carilah benih dia dan tanam dalam pasu. Pancangkan kayu supaya dia tumbuh melilit ke atas. Tanam t ...

Boleh tanam dlm pasu ke pokok ni? ok la senang jaga kalau mcm tu. kalau terjumpa benih pokok ni boleh la try nanti. Tq bagi tips!
Tapi dah tgk Shopee tadi, kalau beli yg kering pun tak mahal sgt. Byk pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 18-11-2018 01:33 AM
Boleh tanam dlm pasu ke pokok ni? ok la senang jaga kalau mcm tu. kalau terjumpa benih pokok ni bo ...

Tanam la pokok ni. Bunga dia cantik sangat. Best renung waktu pagi sebab warna bunga ni sangat "pekat". Pokok ni semacam pokok liar. I ada beri mak i benih pokok ni. Ambil kat semak-samun parking lot. Haha....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat bens grocer ada jual fresh dan kering bagi sesiapa nak beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 18-11-2018 12:00 AM
Biar betik hidup kat kelantan je  sapa pemainkan  chuols ni. Merata negeri iols jumpa pokok ni c ...

Hahahah..
Memang dah kena game ni rasanya..

Kawan sy kata, nasi kerabu kat kelantan je tak pakai pewarna..pakai bunga..

Kalau tempat lain, nasi kerabu pakai pewarna sbb bunga tu tak subur kalo tanam kat luar kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 18-11-2018 02:01 PM
Hahahah..
Memang dah kena game ni rasanya..


Merepek betul Nanti u tanam kat negeri selain kelantan tgk tumbuh tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru mak tau nama saintifik bunga ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 18-11-2018 01:46 AM
Tanam la pokok ni. Bunga dia cantik sangat. Best renung waktu pagi sebab warna bunga ni sangat "pe ...

pernah kwn ofis bagi bunga ni. mmg kaler dia cantik. hahaha ok la insulin  kenal pokok tu senang la nak rembat biji benih dia kat parking lot lagi. I takut salah pokok je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.514522 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list