Kredit foto: Metro.co.uk
Arnab yang diberi nama Mimi itu memang dilahirkan pekak dan hanya mempunyai 3 pasang kaki. Penjaganya yang sebenar terpaksa melepaskan arnab-arnab belaannya yang terdiri dari seekor arnab betina (ibu Mimi), Mimi dan beberapa adik beradiknya yang lain kerana sudah tidak mampu menjaga mereka disebabkan dirinya sudah tua dan sakit.
Namun begitu, Mimi dan keluarganya amat bertuah kerana mendapat tuan baru yang baik hati. Rodajia Welch, 22 tahun merancang menjaga sehingga arnab-arnab itu boleh dipisahkan tetapi dia akan menyimpan Mimi sebagai haiwan peliharaannya.
Rodajia membuat sepasang telinga daripada kain kait supaya Mimi tidak berasa tersisih daripada arnab-arnab yang lain. Keputusan untuk membuat telinga tersebut mendorongnya mencari nama yang mempunyai kaitan dengan telinga untuk arnab kesayangannya itu.
Kredit Foto : Metro.co.uk
Teman lelakinya, Josh mencadangkan memberi nama Kemonomimi iaitu sebentuk kostum mainan yang mempunyai bentuk telinga seperti haiwan dan ternyata nama tersebut amat sesuai kerana Mimi boleh memiliki pelbagai bentuk telinga yang ia mahukan.
Namun begitu, Rodajia hanya memakaikan telinga tersebut apabila mahu bergambar atau duduk bersama Mimi sahaja kerana Mimi pernah cuba untuk mengunyah jahitan telinga itu.
Kredit foto: Metro.co.uk
Sebenarnya Mimi tidak kisah sangat tentang telinganya itu kerana apa yang ia mahukan hanyalah untuk makan! - CARI |