View: 5206|Reply: 2
|
Cara Buat Stok Pes Kunyit Ini Pasti Memudahkan Mak-mak Memasak Di Dapur
[Copy link]
|
|
Kalau nak masak ikan atau ayam goreng mesti mak-mak gigih di dapur menumbuk kunyit untuk dijadikan rempahnya. Bukan tidak boleh menggunakan serbuk kunyit yang sudah tersedia, tetapi rasanya tidak pula enak berbanding jika menggunakan kunyit hidup.
Jadi, apa kata buat stok pes kunyit dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak gunakan, pasti mudah sebab sudah tersedia. Jom cuba resipi nak buat stok pes kunyit ini.
Bahan-bahan
2 labu bawang putih
300g kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3 inci halia
Serbuk kunyit secukupnya - Sebagai agen untuk mengelakkan pes terlalu berair
Sedikit air
Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan dan kikis halia, kunyit, basuh dan toskan.
2. Satukan kunyit, bawang putih, halia dan garam serta sedikit air ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
4. Masukkan pes kunyit ke dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Pes ini boleh bertahan berbulan-bulan dan sesuai untuk masak aneka masakan bergoreng.
Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi dan foto: Syiqah Jaafar Via Rasa |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku selalu buat bende ni.. senang keje nk mask |
|
|
|
|
|
|
|
Good tips. Buat jual paste ni pun laku gaks espc. mak2 yg keja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|