CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8764|Reply: 15

[Majalah] pernah baca AL ISLAM?...

[Copy link]
Post time 8-11-2018 03:27 PM | Show all posts |Read mode




Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 35 Users voted
86.49% (32)
5.41% (2)
8.11% (3)
0.00% (0)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2018 03:29 PM | Show all posts
Majalah Al-Islam tampil wajah baharu

Norimanah Seman (kiri) menunjukkan majalah Al-Islam yang berwajah baharu kepada pengunjung gerai buku Utusan Karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di PWTC, semalam.


utusan/MOHD AZIM ABD RAHMAN

25 April 2015 1:38 AM

KUALA LUMPUR 24 April – Setelah 41 tahun penerbitannya, kini majalah Al-Islam tampil dengan wajah baharu yang mengandungi topik dan penulisan lebih menarik untuk kepuasan pembaca setia mereka.

Penolong Pengarangnya, Norimanah Seman berkata, majalah yang memberi tumpuan terhadap isu-isu Islam itu diberikan nafas baharu dengan menampilkan wajah hadapan dan isi kandungan lebih segar.

“Pada awal penerbitan majalah ini, pihak kami menyasarkan pembaca bermula usia 25 tahun. Hasil tinjauan mendapati golongan remaja juga tertarik dengan topik yang diterbitkan majalah ini.

“Kita memandang positif sam­butan ini dan mengambil keputusan untuk meremajakan majalah Al-Islam dengan menghasilkan to­pik-topik yang lebih dekat dengan remaja seperti seni lukis, layout yang lebih berwarna-warni dan mudah dibaca oleh remaja seawal berusia 15 tahun.

“Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita masih lagi me­ngekalkan ciri-ciri lama yang terdapat dalam majalah Al-Islam dan tidak menukar ruangan asalnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran wajah baharu majalah itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pada masa sama, Norimanah berkata, untuk keluaran terbitan wajah baharu, pihaknya meneliti setiap topik yang diterbitkan supaya maklumat diberikan dapat dikongsi dengan pembaca.

“Pembaharuan ini untuk pembaca setia Al-Islam dan lebih kepada memotivasikan diri khususnya untuk remaja kerana terdapat bahagian baharu khas untuk mereka.

“Sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diberikan, mereka boleh mendapatkan naskhah Al-Islam dengan wajah baharu bermula keluaran Mei ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, salah seorang pembaca setia majalah Al-Islam, Afiah Pardi, 60, berkata, keluaran baharu majalah tersebut lebih menarik berbanding dahulu.

“Majalah ini bagus kerana mereka menerbitkan topik dan isu menarik tentang Islam dengan cara tersendiri dan sebenarnya memberi manfaat kepada semua peringkat umur.

“Saya melihat muka hadapan majalah ini semakin menarik dan susunan isi kandungan di dalamnya lebih mudah dibaca,” katanya.

Sementara itu, Aina Nazira Yusoff, 17, pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak berkata, sebelum ini dia hanya melihat majalah itu dan tidak pernah membelinya.

“Saya hanya baca jika dibekalkan pihak sekolah. Bagaimanapun, apabila melihat wajah baharu dan isi kandungan yang lebih ceria, menarik minat untuk saya membelinya.

“Selain itu, harganya lebih murah dan berpatutan jika hendak dibandingkan dengan majalah lain,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah baca n langgan..
so far majalah ni saya suka dari zaman sekolah menengah...macam2 ada..dia macam dewan siswa n of course more to islamic..dulu2 ada bahagian macam astronomi kaji pasal bintang bulan n sistem suria...suka baca yang tu sbb dia banyak kaitkan dengan islam..

in fact pernah menang surat terbaik masa bagi idea pasal pelaburan emas...tp hadiah dia perfume munif hijaz tu xpernah dapat kat tangan...xpela halal jerla..mgkn kalau dapat pun saya xpakai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam tak pernah baca..jahilnya terasa diriku..huhu..buku ni masih diterbitkan kan sis? Boleh la try cari lepas ni kat mph or popular..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 8-11-2018 07:03 PM
Rasa macam tak pernah baca..jahilnya terasa diriku..huhu..buku ni masih diterbitkan kan sis? Boleh l ...

Majalah ni. Kat library ada. Boleh baca edisi lama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernahhh...zaman sekolah menengah n kolej...sbg rujukan utk assignment pun yea

Tapi skrg dh x baca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2018 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca dan pernah beli. Pernah juga beli takdan baca

Lama dah tak membeli majalah2 ni. Padan duk berkuntum kat forum je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa sekolah..seorang pustakawan..jadi memang majalah ni mesti baca tiap bulan.
Sbb bila sampai yg baru..pustakawan akan dpt dulu.

Habis sekolah..x baca dah.
Tp selepas bersalin anak pertama...beli hampir setiap bln.kebetulan suami pn minat baca.
Skg?x beli dah...tp kdg2 pinjam di library negeri.

Byk ilmu dpt...sbb ada benda yg x tak tahu...dr majalah ni dpt ilmu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2018 07:28 PM | Show all posts
baca sekali lalu je bila ke Popular..
agak menarik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau travel akan beli.. sronok belek dan ulang2 baca.. malas baca novel time travel, sbb kene extra fokus kalau dgn novel..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baca majalah al islam ni..tp sejak ada majalah al ustaz, aku lebih tertarik ngn al ustaz.. sbb konsep dia soal dan jawap.. dan aku rasa al ustaz tu segar dan modern topik2 dia

bile balik kampung laa dapat beli majalah ni.. sbb tempat aku takde..edisi yg terlepas tu nanti aku beli masa pesta buku kat pwtc tu..edisi yg lepas2 boleh dapat murah..seringgit dua hinggit je..berbeban laa beli nanti

baca majalah ni senang, cepat habis dari baca buku..nak sambung2 baca senang.. kalau buku tu setahun belum tentu habis baca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah. My dad kadang pesan belikan untuk dia, jadi akan tumpang membaca sekali. Informative.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara majalah yg akak langgan semasa sekolah menengah , di maktab & sehingga lah 5,6 tahun lepas.. Bagus utk rujukan diri sendiri, & buat assignment dulu2.. Tiba2 rasa sangat purba diri ini!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu2 slalu beli n baca..pastu kluar majalah solusi bli solusi plak sbb topiknya sdikit ringan brbanding al islam..tp sy suka kedua2 nya..n majalah2 ni masih ada dlm simpanan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca..time tu bapak aku langgan al-islam, mastika n readers digest slama setahun..back early 2000 dulu la time tgah murah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah beli dulu. Sebab tertarik dgn tajuk isu edisi masa tu mengupas Dajjal dan Akhir Zaman. Few years back.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.087656 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list