CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5890|Reply: 21

'Saya Polis Melayu, Cina Dan India' - The Unsung Hero

[Copy link]
Post time 1-11-2018 12:28 PM | Show all posts |Read mode
‘Saya orang Melayu, Cina dan India'
Ungkapan keramat ini menjadi azimat dan prinsip bekas pegawai kanan polis berbangsa Cina,Tan Sri Yuen Yuet Leng yang pernah menyandang pelbagai  jawatan penting dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia antaranya sebagai Ketua Polis Perak pada tahun 1976 hingga 1981.
Beliau juga antara arkitek terpenting melakar perjanjian damai Hatyai yang membawa penamatan konflik komunis pada tahun 1989. Keamanan yang kita peroleh pada hari ini adalah di atas jasa wira - wira tak didendang seperti Tan Sri Yuen Yuet Leng.  Bermula sebagai inspektor percubaan pada tahun 1950, sejak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi, malah maju ke depan demi kemakmuran negara.

Mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng - pic Kosmo


Konfrontasi Indonesia,serangan komunis di Sarawak
Konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963 merupakan tanda protes oleh kerajaan Indonesia yang secara senyap disokong Parti Komunis Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Presiden Sukarno berpendapat rancangan penubuhan Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru oleh kerajaan United Kingdom.
Bagi Tan Sri Yuen Yuet Leng di Cawangan Khas, PDRM telah memberikan sokongan kepada pasukan polis sendiri dan unit pertahanan tentang maklumat perisikan. Beliau bersama pasukannya telah menyediakan keperluan logistik kepada Tun Ghazali Shafei semasa mengadakan mesyuarat  rahsia dengan Jeneral  Benny Moerdani dari Tentera Nasional Indonesia dan Tuan Adam Malik,bekas Menteri Luar Indonesia.
Hasil mesyuarat rahsia ini telah membawa keamanan serantau negara serumpun ini. Tan Sri Yuen Yuet Leng percaya kejayaan pendamaian ini adalah kunci diplomatik serta sokongan daripada perisikan dua belah pihak Indonesia dan Malaysia.



Imej anggota militan Parti Komunis Malaya - sumber :psywar.org


Usaha damai ini juga telah membawa kepada rasa tidak puas hati oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) yang berpangkalan di Kalimantan. Sempadan Sarawak – Kalimantan menjadi sasaran subversif militan komunis yang sebelum ini telah mendapat latihan di bawah Unit Kombat Tentera Nasional Indonesia. Selepas usaha damai efektif, TNI tidak lagi memberi sokongan PKKU.


Min Yuen yang nama lain bagi unit komunis di sempadan Sarawak pada mulanya tidak dilengkapi dengan sokongan logistik, mudah ditangani oleh pihak berkuasa. Kembalinya sebahagian ahli – ahli yang mendapat latihan secara intensif dibawah TNI, menyebabkan pertubuhan ini diperkukuhkan lagi. Operasi mereka menjadi lebih agresif menyerang pasukan pertahanan di Sarawak serta orang – orang awam. Situasi ini semakin tegang telah meletakkan Sarawak di bawah ancaman keselamatan nasional pada waktu itu.


Tan Sri Yuen Yuet Leng merasakan tidak mampu bertindak efektif kerana 2 bahagian utama di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia dan Sarawak menjadi sasaran komunis. Semangat beliau tidak mudah dipatahkan begitu saja,percaya susunan strategi dan perisikan yang bermutu dengan mudah memusnahkan musuh. Pada tahun 1971,Tan Sri Yuen Yuet Leng telah dihantar bertugas ke Sarawak. Beliau telah mengetuai Operasi Ngayau dan berperanan utama dalam Rajang Security Command (RASCOMM). Unit ini terbahagi kepada 3,iaitu 3,6 dan 7 Divisyen. Menurut Tan Sri Yuen Yuet Leng, organisasi ini adalah yang terbesar dalam penglibatan perkhidmatan polisnya.


RASCOMM mewakili operasi kerjasama tentera, polis dan orang awam di Sarawak serta mendapat sokongan dari Cawangan Khas. Situasi yang tegang di Semenanjung Malaysia berlarutan sejak tragedi 13 Mei 1969 juga telah membawa kepada serangan secara agresif oleh Parti Komunis Malaya terutama di sempadan Malaysia – Thai. Tan Sri Yuen Yuet Leng mengendalikan krisis ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan profesional sama ada di Bukit Aman dan juga Sarawak.


Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Perak pada tahun 1976 mendapat sokongan penuh dari Ketua Polis Negara pada ketika itu,Tun Haniff Omar. Tan Sri Yuen Yuet Leng bersama pasukannya telah mematahkan semangat musuh semasa Darurat Pertama. Namun, melalui risikan, ada kemungkinan Parti Komunis Malaya cuba mewujudkan darurat ke-2 tetapi berjaya dipatahkan.




Mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng semasa dalam rekrut Inspektor Percubaan. sumber gambar : malaysianreview.com


Situasi keselamatan di Perak
Semasa kali pertama Tan Sri Yuen Yuet Leng sampai di Perak sebagai Ketua Polis Perak, moral di kalangan polis sangat rendah berikutan serangan demi serangan militan komunis yang mensasarkan pegawai dan anggota polis terutamanya dari kaum Cina di seluruh Malaysia. Pada PKM,mereka umpama anjing – anjing kerajaan demokrasi yang dipilih rakyat. Sewajarnya nyawa mereka jadi taruhan kerana dianggap pengkhianat. Tan Sri Yuen Yuet Leng serta pasukan polis secara amnya tidak mudah patah semangat, demi kemakmuran negara,titisan darah terakhir sanggup dikorbankan. Beliau berpendapat untuk mengetahui kelemahan musuh, perlu berdamping erat dengan ‘jerung besar’. Justeru itu,pelantikan pegawai dan anggota polis dari kalangan kaum Cina amat dialukan. Kuasa risikan yang bagus dan berkesan membawa keadilan sejagat.
Pada tahun 1970an, sentimen perkauman masih menebal di kalangan rakyat Malaysia. Tan Sri Yuen Yuet Leng tidak terkecuali menerima tempiasnya. Kehadiran beliau yang mengiringi Perdana Menteri Malaysia dalam satu mesyuarat parti politik,mendapat reaksi cukup dingin dari ahli – ahli parti tersebut. Hanya setelah pengacara majlis memaklumkan beliau aktor terpenting dalam menangani konflik komunis,barulah hadirin bertepuk gemuruh. Beliau kesal dengan situasi itu. Tan Sri Yuen Yuet Leng menyertai perkhidmatan polis kerana mempercayai institusi perlembagaan persekutuan. Tanpa mengira kaum dan agama,beliau mencurahkan khidmat baktinya demi negara.




Tan Sri Yuen Yuet Leng bersama dengan anggotanya - sumber: www.ipohechoe.com.my


Segelintir pegawai – pegawai kanan polis pada masa itu, berfikiran mana – mana pegawai polis berbangsa Melayu yang boleh berbahasa Cina, berupaya mendapatkan maklumat. Benar, menurut Tan Sri Yuen Yuet Leng tetapi dengan kualiti yang bersifat rendah. Kualiti risikan yang berkesan perlu datang dari pemimpin musuh. Pemimpin musuh boleh dipujuk,berkongsi idea dan perlu dilayani rasa hormat. Kerjasama ini sangat penting demi keamanan negara. Sesetengah musuh bekerjasama dengan pihak berkuasa adalah kerana wang atau didorong sifat dendam dengan komrad komunis. Ada di antara mereka pula takut dan bimbang didakwa atas kesalahan lampau. Kebanyakan pegawai – pegawai polis gagal menyedari perkara ini, seterusnya berisiko hilang sumber maklumat yang bagus.


Semasa menyiasat pembunuhan Ketua Polis Perak sebelumnya, Datuk Khoo Chong Kong yang ditembak oleh militan komunis, beliau telah menemubual suspek pembunuh. Menurut suspek, ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat di era 1960an menjadi pendorong utama dia menyertai PKM dengan menjadi ahli biasa. Suspek berkenaan hanya seorang anti Dasar Ekonomi Baru dan bukan berniat untuk membunuh orang. Katanya,kemiskinan orang Cina di kalangan taikun orang kaya Cina begitu 'menghairankan' pada tahun 1960an. Malah menambah,orang Melayu dan India yang miskin mendapat bantuan,mengapa orang Cina tidak sedemikian? Tan Sri Yuen Yuet Leng tidak berupaya memberikan jawapan yang memuaskan hati suspek. Suspek seterusnya dihukum gantung. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 01:07 PM | Show all posts
Good article tt!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 02:30 PM | Show all posts

tq.. tak sangka release gak. lama gak pending..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 02:32 PM | Show all posts
artikel ni ada sambungan lagi. x tau x dpt nak save or edit. so sambungannya ada dibawah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 02:32 PM | Show all posts
Edited by zennaya at 1-11-2018 02:33 PM

"Anggota polis perlu bersimpati terhadap orang awam yang ditahan dan tidak sepatutnya ada dalam fikiran bahawa 'saya akan menahan kamu, baru kamu tahu'. Tugas polis adalah menguatkuasakan undang-undang dan perlu menahan seseorang yang boleh dibuat, sama ada dengan cara baik atau kasar, tetapi mengapa perlu kasar," kata  Tan Sri Yuen Yuet Leng dalam satu wawancara dengan akhbar Berita Harian. Beliau begitu cemerlang dalam perkhidmatan polis. Jasanya masih dikenang dikalangan rakyat Malaysia. Baktinya demi negara wajar disanjungi dan dijadikan panduan generasi masa depan. Tan Sri Yuen Yuet Leng telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Oktober 2015. Mendiang dikebumikan dengan penuh penghormatan mengikut adat istiada Polis Diraja Malaysia.

Sumber: King Ghaz – A Man Of His Time
Artikel ‘Together We Won The Battle’ by Yuan Yuet Leng
Muka surat 217 – 227
Sumber foto Berita Harian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 02:36 PM | Show all posts
Semasa hari pengkebumian Tan Sri Yuen Yuet Leng

sumber foto :Utusan Melayu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2018 02:40 PM | Show all posts
Edited by zennaya at 1-11-2018 02:42 PM

Sumber foto Laman web rasmi Persatuan Pegawai Kanan Kastam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 02:47 PM | Show all posts
saya rasa kesal dgn sikap sesetengah manusia yg terlalu jumud dgn perkauman sehingga menafikan sumbangan pegawai dan anggota polis berbangsa Cina,India dan lain - lain kepada negara. saya banyak buat kajian dan membaca kisah darurat.  mereka juga sama dgn rakyat Malaysia yang lain yg sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi Malaysia.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2018 02:55 PM | Show all posts
Malah mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng bersama dengan sekumpulan polis berbangsa Cina menyusup masuk PKM semata2 utk mendapatkan maklumat ttg strategi taktikal PKM dalam satu operasi yg dinamakan Operation Ginger di Sungai Siput,Perak pada tahun 1957. utk melemahkan musuh,adalah dengan cara menyusup ke dalam organisasi musuh.  mendiang dan rakan2 polis berbangsa Cina dlm operasi ginger menyamar jadi komunis. bukan satu tugas mudah,kerana jika tersilap langkah,dan jika penyamaran mereka diketahui,mereka akan diseksa sampai mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:06 PM | Show all posts
Tan Sri Khoo Chong Kong (DCP G/4218) adalah Ketua Polis di negeri Perak. Beliau pada asalnya adalah seorang anggota polis yang berkhidmat di negeri Sarawak dan telah ditukarkan oleh Polis Diraja Malaysia ke negeri Perak untuk dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis di negeri Perak Darul Ridzuan.

Kisah tragis yang melanda Ketua Polis Perak berlaku pada 13 November 1975. Apabila Tan Sri Khoo Chong Kong sedang dalam perjalanan pulang ke rumah beliau di Jalan Tower dari Jalan Raja DiHilir untuk makan tengah hari dengan menggunakan kenderaan rasminya.

Terdapat 3 orang individu yang ada di dalam kenderaan tersebut iaitu pemandu, pengiring Sarjan Yeung Peng Chong dan juga Tan Sri Khoo Chong Kong sendiri. Apabila kenderaan rasmi yang membawa Ketua Polis Perak itu berhenti di lampu isyarat di Jalan Hospital, ada dua orang lelaki yang menunggang motosikal dengan menyamar sebagai pelajar dengan berpakaian seragam putih telah berhenti disebelah kenderaan rasmi Ketua Polis Perak tersebut. Dengan tidak semenanya, kedua-dua pengganas komunis itu terus melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pemandu, pengiring Sarjan Yeung Peng Chong dan juga ke arah Tan Sri Khoo Chong Kong.

Artikel Penuh: https://www.orangperak.com/kisah ... gganas-komunis.html
© orangperak.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:06 PM | Show all posts
Pengiring Sarjan Yeung Peng Chong dan pemandu kenderaan rasmi Ketua Polis Perak dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Tan Sri Khoo Chong Kong (Ketua Polis Perak) yang dalam keadaan kritikal sempat dikejarkan ke hospital berdekatan yang hanya sejauh 100 meter sahaja namun tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia kerana keadaannya yang cedera parah akibat tembakan dua pengganas komunis itu tadi.

Artikel Penuh: https://www.orangperak.com/kisah ... gganas-komunis.html
© orangperak.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:08 PM | Show all posts
Pembunuhan Ketua Polis Perak adalah salah satu daripada sasaran yang sudah dikenalpasti oleh pihak pengganas komunis. Terdapat banyak anggota polis dan kakitangan cawangan khas yang telah dibunuh sebelum pembunuhan Tan Sri Khoo Chong Kong dibuat. Semasa pengkebumiannya di Ipoh, seramai lebih 20,000 orang telah hadir termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn dan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar.

Artikel Penuh: https://www.orangperak.com/kisah ... gganas-komunis.html
© orangperak.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:16 PM | Show all posts
senarainya terlalu panjang. saya masih lagi melakukan penyelidikan,jika ada,saya akan tambahkan disini. so,kesimpulannya,bukan orang Melayu saja yg berjasa kepda negara,malah org Cina,India,Iban,Kadazan,Org Asli pun ada unitnya semasa Darurat,Senoii Praq. kepakaran menjejaki musuh dalam hutan tebal memang sgt2 diperlukan. mereka dilahirkan disini,kenapa mesti mempertikaikan kesetiaan mereka kepada negara?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:23 PM | Show all posts
Tan Sri Khoo Chong Kong,Ketua Polis Perak 1975,adalah salah seorang pegawai polis berbangsa Cina yg sgt berani sehingga nyawanya terkorban
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:17 AM | Show all posts
love it
suka baca artikel mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 10:26 AM | Show all posts
jajangmyeon replied at 2-11-2018 10:17 AM
love it
suka baca artikel mcm ni

Tenkiu so much.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 11:37 AM | Show all posts
Menarik infonya mesti ramai yang tak mengenali beliau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 2-11-2018 11:37 AM
Menarik infonya mesti ramai yang tak mengenali beliau

Ye,sejak Mendiang meninggal,kisahnya tenggelam terus. Tulis artikel ni pun kebetulan masa tgh buat kajian
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:56 AM | Show all posts
bagus ade artikel camni..sekurang2nya kita tau ade jugak bangsa selain melayu yang sanggup berkhidmat demi negara..mostly bangsa bukan bumi banyak yg xnak join khidmat awam sbab kurang jati diri terhadap negara..walaupun pergi mengundi tapi berunsurkan untuk menolak parti politik tertentu demi kepentingan peribadi..boleh tengok kat sektor awam skang brape ramai bangsa bukan bumi berkhidmat n peratusan sngat ketara berbanding bumi..semangat cinta akan negara xdisemai dengan baik oleh ibu bapa & guru..beza sngat dengan warganegara indonesia & thailand, bangsa bukan bumi sangat fasih bercakap dalam bahasa kebangsaan tapi kat sini umur 70 tahun pun cakap bahasa kebangsaan macam baru duduk dekat Malaysia bulan lepas..menyedihkan!!!

#doneceramahpasalnegara
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 5-11-2018 11:56 AM
bagus ade artikel camni..sekurang2nya kita tau ade jugak bangsa selain melayu yang sanggup berkhidma ...


Ramai ja Cina jadik polis, walau tak seramai Melayu dan bumis lainnya. Depa mostly target pi Inspektor sebab gaji tinggi.

India, sebab memang dah bilangan kurang dalam negara, maka nampak sekerat ja la mereka dalam PDRM.

Yang askar ni yang ai tak nampak ramai non bumis. Rata2 bumis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.275653 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list